Friday, December 28, 2012

exam + rindu : sayang mak.


oh, IBU.
I LOVE YOU.
MISS YOU SO MUCH.
orang kata, nak tengok kita masa tua, tengok mak kita eh? thats my mom & my grandmother. :)
love both of you. rindu nenek. lama tak jumpa. LOVE YOU MAK.

mak, doakan kita ya.

semoga urusan kita dipermudahkan, tunggu 7 januari 2013, tepat lepas habeh exam, nak balik rumah jumpa mak.

wait, wait, wait..sabar ya..

buat semua sahabat-sahabat, semoga dipermudahkan urusan kita dalam perjuangan kali ni !

TAWAKAL PADA ALLAH, USAHA & DOA. 

aminn ya Rabb.



semoga sepanjang semester 5 di U.P.S.I menjadi kenangan yang terindah buat diriku !

tekad hati, buang perasaan wujud dalam diri, semoga diri dirahmati, semoga kehidupan bahagia disisi.

INGAT, ALLAH IS THE BEST PLANNER.

now, lets focus !


**sempat lagi update blog, sebab nak ngelak ngantok duk kat bilik. 


Wednesday, December 26, 2012

13 days :)

Bermusafir lagi hari ini, amik adik comel sorang neh kt Medan Gopeng,
muntah2 duk dalam bas, tak tahan duk dalam bas dr kedah ke Tanjung Malim. 
tapi turun kat Medan Gopeng.
ni dia budak comel neh, 
Alhamdulillah, Munqeez bersama keretanya. boleh amik adik comel neh kt Medan Gopeng.
sepanjang perjalanan banyak perkara yang bersarang di minda..
mungkin solusi & mungkin juga jawapan, mungkin juga petunjuk yang ALLAH nak berikan.
Wallahua'lam.
rasa kesal wujud secara mendadak. beruntungnya mereka yang tidak pernah mengalaminya.
terluah kata-kata ini kepada seorang sahabat.
ujian & dugaan semua manusia itu TIDAK SAMA, mungkin sama namun tidak serupa.
MATLAMAT HANYA SATU. PERINGATAN DARIPADA ALLAH KEPADA HAMBANYA.

Mujahadah wahai diri. 
pesanan sahabat merangkap pemantau diri.
Terima kasih awak.
memberikan diri ini sedikit solusi dalam topik ini.
akan ku kotakan janji itu.
InsyaALLAH, sebaik-baik janji.
terutama kerana ALLAH.
& juga diri sendiri.

tempoh masa yang diberikan agak singkat, 
bermula 26 Disember 2012 hingga 7 Januari 2013.
namun akan ku usahakan untuk tidak melanggar peraturan yang telah ditetapkan sepanjang tempoh itu.

either YES or NO,
back to ALLAH
kasih abadi kekal selamanya di hati sepanjang hidup ini
sentiasa ada melindungi diri
hanya dengan mengingatinya setiap detik & ketika.
meninggalkan apa yang dilarangNYA.
dalam apa jua perlakuan & perbuatan.
kata-kata terakhir dari pemantau diri.
Good Luck in Your Exam :)

copy & tampal : Terkadang, kamu menghindari darinya, bukan bererti kamu membencinya. Kamu menginginkannya tapi kamu tahu bahwa kamu tidak akan memilikinya sekuat mana usahamu.

i will take note this quotes.for me & you.

Tuesday, December 25, 2012

Ku adaMu :)


Merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniakan di dunia
Kau berikan ku kekuatan
Tuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan
Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu
Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu
Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu
Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu
ku merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan

yaALLAH..ku adaMu..ku pohon petunjuk dariMu ya ALLAH..

Solat Sunat Istikharah :)


searching for Istikharah

Solat Sunat Istikharah

Umat Islam disuruh mengerjakan solat sunat Istikharah bagi menyelesaikan jalan buntu atau untuk membuat suatu pilihan atau keputusan dalam segala urusan kehidupan. Terdapat beberapa hadis Rasulullah SAW yang menggalakkan solat Istikharah. Di antaranya;
Rasulullah SAW bersabda:  “Di antara kebahagiaan anak Adam ialah Solat Istikharah (minta pilih) daripada Allah Taala dalam segala urusannya dan di antaranya kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan solat Istikharah daripada Allah pada segala urusannya.”
la boleh dikerjakan dua rakaat atau sehingga dua belas rakaat (enam salam). Waktunya siang atau malam. Sebaik-baiknya dikerjakan pada waktu sebelum tidur malam. Insya-Allah Tuhan akan menggerakkan hati anda dan memberi petunjuk untuk membuat sesuatu keputusan atau penentuan yang betul.

Cara Solat Istikharah

a.  Lafaz niatnya:
Daku solat sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Taala.
b.  Antara surah yang dianjurkan ulama ialah:
Rakaat pertama, bacalah Al-Kafirun (1 kali).
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (1 kali).
Atau;
Rakaat pertama, bacalah ayat Al-Kursi (7 kali).
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (11 kali).

c.  Dalam sujud akhir, baca tasbih berikut sebanyak 40 kali:
Maha Suci Dikau yang tiada ilmu bagi kami kecuali apa yang Dikau ajarkan (tunjukkan) kepada kami. Sesungguhnya Dikau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana!
d.  Sebelum bangkit dari sujud, mohonlah kepada Allah SWT. dipertunjukkan jalan yang betul dalam membuat keputusan dan pilihan.

e.  Selesai memberi salam, bacalah selawat untuk dihadiahkan kepada Rasulullah SAW., para sahabat Baginda, para wali Allah dan seluruh umat Islam.

f.   Membaca doa solat sunat Istikharah:

g.  Ulangilah doa tersebut sebanyak 3 kali. Dalam berdoa sebaik-baiknya sebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah SWT. misalnya: “Ya Allah! Jika Dikau mengetahui urusan ini..….. (sebutkan perkaranya).” 

h.  Serahkanlah sepenuh keyakinan kepada Allah SWT. sambil bermohon kepada-Nya agar diberikan petunjuk, sama ada didatangkan melalui mimpi, gerak hati atau dengan dipermudahkan urusan yang mana baik. Tidurlah dalam keadaan berwuduk dan berpakaian bersih.

i.  Lakukan solat Istikharah 3 atau 7 hari berturut-turut, mengikut kepentingannya. Insya-Allah akan diberi kecenderungan atau digerakkan hati untuk membuat sesuatu keputusan atau pilihan yang betul.

Monday, December 24, 2012

Yeay ! Yeay !


Alhamdulillah..
resah di hati berkurang..
JUJUR WALAUPUN IANYA PAHIT..
kejujuran amat perlu di mana-mana, tetapi bagi aku, ianya juga perlu mengikut situasi..

Alhamdulillah..
rasa itu terluah jua..
namun, tiada balasan yang aku pinta..
hanya sekadar ketenangan dalam hati..
dengan harapan tiada benci yang wujud antara kita..

rasa itu akan ku pendam..
kerana ini bukan masa & ketika yang tepat untuk ia berlaku.
terima kasih..
terima kasih..
ALLAH..dengan harapan semoga ALLAH terus memberi petunjuk dalam segala apa yang berlaku..
HIKMAH yang terlalu indah tersembunyi di sebalik setiap yang berlaku..

ALLAH, jagakan dia.
semoga dia sentiasa dalam lindungan Rahmat-MU..
semoga dia menjadi insan yang soleh & dapat membimbing zaujahnya sehingga ke syurga..

aminn ya Rabb, semoga rahsia ini terus menjadi rahsia, hanya Tuhan yang tahu.

ku pendamkan perasaan ini
ku rahsiakan rasa hati ini
melindungkan kasih yang berputih
tersembunyi di dasar hati
ku pohonkan petunjuk Ilahi
Hadirkanlah insan yang sejati
menemani kesepian ini
mendamaikan sekeping hati

Bukan senang untuk dimiliki & memiliki.
semoga dia mendapat apa yang diinginkannya. Aminn ya Rabb.

lebih bersemangat untuk study for final exam !

Akhiri Semester 5, di U.P.S.I
dengan 4 kertas peperiksaan akhir.

PERAKAUNAN KEWANGAN 2
31 / 12 / 2012
9.00 PAGI
B10-0-BK03
SEAT - 64

TEORI NOMBOR PERMULAAN
31 / 12 / 2012
2.30 PETANG
B04 - 3 -BK01
SEAT - 45

ORDINARY DIFFERENTIAL EQUATION
4 / 1 / 2013
9.00 PAGI
MUZIUM SAINS, BLOK 3
SEAT - 57

TEORI STATISTICS & PROBABILITY
7 / 1 / 2013
9.00 PAGI
B10 - 0 - BK03
SEAT - 20

my bracelet :)


suprise !!!
jeng..jeng..jeng..
hari ini saya dapat suprise !!!
saya dapat hadiah lagi !!!


okay, okay, okay. 
nak tau siapakah insan yang sudi memberikan hadiah ini?
ini dia orangnye !


ha, kembar kan? time kaseh bebanyak, may ALLAH bless you, semoga ALLAH permudahkan urusanmu sahabat. :)
terima kasih untuk hari ni, 24 December 2012, daripada
bowling
.
.
.
TESCO
.
.
.
nasi ayam
.
.
.
rambutan
.
.
.
mak nisa
.
.
.
rumah nisa (sebijik macam rumah Su)
.
.
.
JUSCO
.
.
.
Lastly, gelang tangan tuu..
okay. bye. bye. nak tido. nak rehat. 

salam imtihan sahabat2 untuk FINAL EXAM !


Saturday, December 22, 2012

Cubaan meng'edit' :)

cubaan, terima kasih adik comel bernama Husna :)


Thursday, December 20, 2012

21 Tahun :)


Alhamdulillah..sudah cukup umurnya 21 Tahun..
terima kasih ALLAH, terima kasih Mak, terima kasih keluarga, terima kasih semuanya..
berada di perantauan..Kota Tanjung Malim..Bumi UPSI..
dikirim doa dari sahabat2 seperjuangan sudah lebih dari cukup & teramat bersyukur,
ucapan terima kasih & penghargaan buat pemberi hadiah di hari ulangtahun kelahiran.

perkenalan awak ber-4 lebih lama berbanding perkenalan kita ber-5, malu sebenanye..tapi terima kasih sangat2 sebab ingat tarikh ni.Maaf atas salah silap..semoga ALLAH mengekalkan persahabatan ini sehingga ke Syurga..Aminn Ya Rabb..

lot of love, may ALLAH bless all of you..

from Jeda, the second person that i've met..time MINGGU SUAIKENAL :)
from Mariah, budak comel yang umpama adik ku. HIHI. terima kasih awakk..



from Rarai yang comel jugak.terima kasih atas coklat cadbury & tudung. :)
i will wear it !
from shiuman Lim, terima kasih, akak akan makan nanti bila lapar. HIHI. ade lagi satu cadbury, HAZELNUT, from SHIDI, tapi dah abeh makan..

from adik HUSNA yang comel. terima kasih atas kad Quilling yang diberikan :)
from Zatie yang comel jugak. terima kasih ye, nanti su cube letak bunga idup, su jage elok2. ya :)
lastly, dari sufia :)
makasih ! nanti nak minum guna cawan ni la....

daripada teman sebilik, srikandi nazira
xiexie ni atas kek yang diberikan :)

Amin 40x ya Rabb atas semua doa dari sahabat2 yang telah diberikan..sejuta semillion terima kasih, seinfinity terima kasih kepada semua sahabat2 yang mendoakan..aminn2 ya Rabb..

Maaf sekiranya salah silap sepanjang perkenalan kita..Maaf jika saya terlupa..tegur jika saya terleka..
Terima kasih & bersyukur kepada ALLAH, kerana masih diberi peluang bernafas di atas muka bumi ini. Doa seorang sahabat, semoga pahala juga meningkat seiiring dengan peningkatan usia kini..InsyaALLAH..

entry ini dibuat sekadar hiburan, dengan harapan tiada mana-mana pihak yang terluka hatinya..MAAF..
bukan niatku untuk melukakan hatimu..

Sekian.
Terima kasih :)

notakaki : yang seronok & indahnya, semua warna berasaskan warna UNGU, my favourite colour ! :D

Tuesday, December 18, 2012

Friday, December 14, 2012

Put Your Trust in ALLAH s.w.t :)


Mudah berkata, sukar melakukan.
Sabar di bibir, perit di hati.
Ujian tidak sehebat mana, sudah rebah ke bumi.
Tiada guna menangisi.
Jika tiada usaha.
Ingin menangis, namun tidak berguna.

pahit itu perlu, jika sudah merasa manisnya.

sudah lumrah orang bercinta.

berkasih sayang.

berukhuwah.

bersahabat.

tangis, tawa, duka, gembira ingin dikongsi bersama. 

teman mudah dicari, teman setia sukar dijumpai.

setia itu sukar diungkapi.

walaupun hanya sekadar senyuman, bukanlah realiti.

terima seadanya, seribu kebaikannya menutupi satu keburukannya.

mungkin diri ini terlalu banyak khilafnya, khilaf yang entah di mana, dalam sedar mahupun tidak.

disebalik yang berlaku, tersingkap 1000 hikmah yang terlalu RAHSIA.

hati ini memang mudah disakiti, menyakiti diri sendiri, demi membahagiakan yang lain.

ingin menangis rasa hati, namun mata menjadi tabah, menahan rasa itu.


HADIS RIWAYAT BUKHARI DARI ABDULLAH R.A

pesanan buat diri & semua.

menyedihkan bukan yg ke-3 itu?

sabar..itulah diperlukan.

taperlulukayawahaihati.
usahasedayaupya,letakkan kebergantungankamupadayangMahaEsa, ALLAHS.W.T

semoga ALLAH s.w.t meletakkan arwah kak Mariawati dalam kalangan hamba-MU yang beriman..
Aminn ya Rabb..
walaupun tiada kenangan yang tercipta antara aku dan dia, namun hati ini tetap saling berpaut hingga ke akhir nafasku di bumi ALLAH s.w.t
14 Disember 2012, genap 21 tahun arwah pulang kembali kepada-MU ya ALLAH..
tiba-tiba rasa rindu itu hadir, walau diri ini tidak pernah ditemukan dengannya..






Monday, December 10, 2012

esok, nak jumpa si comel :)


esok. nak jumpa si kecil ni !

gembira rasa hati. ya ALLAH terima kasih, sebab saya masih punya keluarga walaupun tanpa seorang AYAH sebagai ketua keluarga.

doa sentiasa mengiringi ayah, semoga tenang di sana..

Nasihat yang sering diberikan daripada seorang TEMAN.



jujur, hati ini pedih rasanya KINI. surat cinta ALLAH memujuk hati.

peha kiri dicubit, peha kanan yang terasa.

nota kaki : nak tau kenapa saya buat macam tu? sebab saya terasa sakit bila peha kiri dia dicubit, peha kanan saya terasa. itulah sebab utama ianya terjadi. terima kasih.

harapan semoga semuanya selamat di bawah lindungan rahmatNYA..
tekad hati, menjaga hati utama kerana ALLAH s.w.t
bukan kerana manusia.

terutama juga menjaga hubungan sesama manusia.
walaupun terkadang ianya perit, namun itulah rencah kehidupan di dunia.
pelbagai ragam manusia yang ada.
pentas utamanya dunia, pelakonnya adalah manusia.

maaf dipinta melukakan hati semua pihak. mungkin watak diri ini merosakkan lakonan pentas ini.
HAHA.

memetik status dari FB seorang HAMBA ALLAH.

Kalau ingin dimaafkan, belajarlah untuk memaafkan.
Kalau ingin dihormati, belajarlah untuk menghormati.
Kalau ingin difahami, belajarlah untuk memahami.

Kalau ingin disedari, belajarlah untuk menyedari.
Kalau ingin disayangi, belajarlah untuk menyayangi.
Kalau ingin dikasihi, belajarlah untuk mengasihi.

Kalau ingin diterima, belajarlah untuk menerima.
Kalau ingin dihargai, belajarlah untuk menghargai.
Kalau ingin disenangi, belajarlah untuk menyenangi.

Bukan orang lain yang perlu berubah mengikut kehendak kita tetapi kitalah yang sebenarnya perlu mengubah diri kita.

Memuaskan hati semua orang itu tidak mudah tetapi berubah untuk memuaskan hati semua orang itu tidak mustahil.

Bak kata pepatah, di mana ada kemahuan di situ pasti ada jalan.

DENGAN IZIN ALLAH, AKAN DIPERMUDAHKAN..
INSYAALLAH SEBAIK-BAIK JANJI..




Sunday, December 9, 2012

Aku Suka Dia :)


Aku lihat dia di sana
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba menghampirinya
Lalu aku menyapa dia

Dia pun membuka bicara
Dan aku mulai mengenalnya
Kita mulai bermain mata
Mula timbul rasa bahagia

Bila dia mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Kekadang hati ku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya

Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya

Bila dia mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Mungkinkah aku kan berjumpa dengannya
Untuk meluahkan rasa
Mungkinkah aku kan berdiam diri saja
Menunggu cinta darinya

Ku terima satu nota darimu
Yang tertulis ‘Aku suka kamu’

Bila dia mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Akhirnya kini ku kan mampu ceria
Diriku sangat gembira
Akhirnya kini aku mulai bahagia
Menerima cinta darinya

Aku suka dia

by Ainan Tasneem.

Thursday, December 6, 2012

Yesterday, today. Tomorrow?

Yesterday Im happy 

Today a little bit sad, not so happy 

I dont know WHY?

maybe Im tired.

but, I know they must be more tired than me.

Suddenly feels like to leave it.

But I cant.

I have to go on what Im trying to do.

Now, I have to be strong. Deep In my heart. Still need a strength.