Saturday, September 29, 2012

credit to LOVE.

Malam ini
Terang bulan
Tiada bintang

Subhanallah
Indah sungguh ciptaan-MU 
ya ALLAH


UKHUWAH

  
Ukhuwah itu bagai seutas tasbih..
Ada awal..tiada penghujung..
Dicipta untuk mengingati-NYA..
Dibahagikan untuk cinta-NYA
dan
Diratib untuk redha-NYA..



terima kasih awak 
saya sayang awak.
credit to awak.
(^_^)
You're not alone
Together we stand

I'll be by your side, you know I'll take your hand

When it gets cold
And it feels like the end
There's no place to go
You know I won't give in
No I won't give in 


xie xie ni , to all readers !

Friday, September 28, 2012

Terjalin Kasih Sayang..


UKHUWAH
disini kasih tercipta..
rindu bermula..
rasanya bahagia bersama..

pahit manis ditempuh bersama..
sabar & kuat menjadi teman !

KITA MESTI KUAT !


Hargai Tika Ada, Rindui Bila Tiada 

Thursday, September 27, 2012

speechless.



speechless.
no words.
please.

Monday, September 24, 2012

Su Lau Shi :)

nak cerita.
masuk kelas mandarin semester 5.
wah. 
ALONE.
no worries.
MESTI ada kawan baru.

kelas pertama MANDARIN.
LEWAT 15 MINIT kot.

PUNCA?
semester 5, kelas semua di KAMPUS BARU, UPSI.
kelas mandarin kat MAKMAL BAHASA, TADAHAN UTARA.
aku DENGAN CONFIDENTNYA pegi jalan melulu ke TADAHAN SELATAN.
memang la SALAH !

cikgu kata, PANDAI.
tapela. masuk kelas. duduk sebelah tak kenal sape2.
15 minit kemudian. 
OKE, KELAS TAMAT.

XIE XIE LAU SHI!
HIHI

NEW THINGS !
menarik bahasa MANDARIN.
mana tau, aku di ' POSTING' kan ke sekolah kanak-kanak CINA
ha, at least aku FAHAM sikit-sikit.

walaupun BAHASA ARAB aku tak berapa nak MUMTAZ masa sekolah agama dulu.
tak salah kan aku nak BELAJAR bahasa MANDARIN?

menarik, kerana bahasa ini bermain dengan pergerakan bibir JE.

nama pensyarah CHEN LAU SHI
means - cikgu CHEN

LAU SHI - cikgu

2minggu pertama.
belajar perkataan yang mudah.
belajar huruf vokal & konsonan.

minggu ke3, minggu ni.
bakal belajar TONE dalam bahasa mandarin
ada 3bahagian dalam bahasa MANDARIN.

Pinyin :
1) INITIAL
2) FINAL
3) TONES

oke, mari belajar sama-sama.

wo - saya
ni - awak

ni hao ma ? - awak apa khabar ?

hen hao - sangat baik
hao le - baik

ni hen hao - awak sangat baik

chi - makan

chao mian - mee goreng

wo chi chao mian - saya makan mee goreng

he - minum

nai cha - teh susu

wo he nai cha - saya minum teh susu

oke, berenti dulu setakat ini.
lain kali sambung lagi.
itulah hasil pembelajaran pada minggu pertama & kedua.

ada lagi, tapi tu je yang ingat. HEHE.

jumpa lagi di NEXT ENTRY !






Friday, September 14, 2012

cerita hari ini.

pada awan biru ku melakar kata-kata

pada langit cerah ku panah semua cerita

dengarlah mentari suara hatiku menangis

beterbangan jiwa merentasi pelangi

panahan ceritaku sehingga ke langit

leka termenung sehingga airmata membasahi pipi

tanpa disedari sudah tiba ke arah yang dituju

kuseka airmata yang ingin jatuh tanpa dipinta

kerana malu dengan mereka

oleh kerana terlalu menyayanginya

sehingga berpanjangan aku terlalu memikirkannya

14 September 2012,

hari yang penuh dengan cerita.

terima kasih kepada yang mendengar..

setelah jauh diselami hati ini

rupa-rupanya 15 September 1948, hari ini. 15 September 2012

adalah hari kelahiran arwah ayah yang tersayang..

tidak dapat ku cari ganti dirinya..

4 Mac 2012, arwah meninggalkan kami sekeluarga..

pulang menghadap ILAHI..

semoga ALLAH menempatkan arwah dalam kalangan orang yang beriman, Aminn..

16 September 2012, hari kelahiran Intan Umairah, anak kecil kurniaan ILAHI dalam keluarga kami..

ibu - marliana, babah - akmal azrin


sungguh teratur percaturan yang telah diaturkan oleh-NYA..

hanya DIA yang Maha Mengetahui segala setiap yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku..

terima kasih ALLAH..

panahan cerita terus ke langit, salah satu ciptaan ALLAH yang Maha Agung..

Subhanallah..

panahan cerita terus ke mentari

18 Disember 1991, tarikh kelahiran  aku.

14 Disember 1991, pemergian insan tersayang anak pertama bagi  mak & arwah ayah.

cantik manis penampilannya, bijak pandai  orangnya, patuh mendengar kata-kata 

namun, ALLAH lebih menyayanginya..tidak sempat untuk aku merasa hangat pelukannya.

pemergiannya mungkin diganti dengan kehadiranku..

ku harap jalan cerita ini penuh dengan pelbagai hikmah yang kunjung tiba, tidak di dunia , 

insyaAllah di akhirat..Aminn..


tarikh - tarikh ini akan sentiasa terpahat dalam ingatan


diari kehidupan yang penuh kemanisan,

dihiasi dengan kepahitan

disulami dengan kesabaran

dilengkapi dengan insan yang sentiasa sayang menyayangi


ya ALLAH..berikan aku kekuatan..


doa untuknya :

ya ALLAH berikan dia kekuatan..menghadapi segala dugaan dan rintangan yang mendatang..
hiasilah dirinya dengan sifat sabar..
kurangkanlah rasa amarah dalam dirinya..
tabahkanlah hatinya menempuh hidup baru..
lindungilah dirinya dari pengaruh yang tidak baik..

seka airmatamu  daripada terus mengalir..kecuali hanya kerna ALLAH..

manusia dicipta dengan pelbagai cara, pelbagai ragam
namun itulah hiasan lakonan pentas dunia yang perlu kita hadapi selagi masih bernyawa di atas muka bumi ALLAH..
berwataklah sebagai seorang hamba-NYA yang beriman, bersopan dalam kata-kata
DAN sentiasa ingat pesanan Mak, kakak dan keluarga.

gapailah bintang yang kau inginkan
usah meletakkan harapan yang menggunung tinggi
jika jatuh, bangunlah..usah gentar dengan  cabaran.
 usaha, tawakal, doa ! bergantunglah pada ALLAH s.w.t..

insyaALLAH..
ALLAH akan sentiasa melindungimu..

ya ALLAH..
peluklah hatinya di saat dirinya mulai gelisah, dalam kekosongan,
lidah kelu tanpa kata-kata,
resah gelisah, kaku perlakuannya..
ku hanya mampu utus doa buatmu..
kerana ingin melihat kau berjaya..gigihlah menerima sesuatu yang baru..









Saturday, September 8, 2012

Istimewanya Dirimu


"Indahnya ciptaan ALLAH.."

"perbezaan itu INDAH.."

kata-kata seseorang yang aku kagumi kelebihan yang ada pada dirinya.

bakal meninggalkan kami.

untuk berjuang di bumi ALLAH yang mungkin telah ada dalam percaturan-NYA untuk dirinya.

insyaALLAH.

dia bakal memenuhi impiannya.

tiap detik yang dilalui tidak kan dibiarkan begitu sahaja.

bagaikan air yang mengalir, tanpa henti. 

" Hargai tika ada, Rindui bila tiada "

Maha Agungnya kekuasaan ALLAH.
Dicipta pelbagai jenis kelebihan buat semua hamba-NYA.
Semua itu saling melengkapi.
Menambah yang mana kekurangan.

Ada yang bijak bermadah kata
Ada yang mahir dalam penulisan
Ada yang hebat dalam bersukan
Ada yang kreatif berkarya
Ada yang pandai bertukang
Ada yang punya suara merdu

Pelbagai kelebihan yang ada dalam diri setiap orang yang berbeza-beza.
Kita diciptakan ALLAH.
DIA Maha Adil. Maha Penyayang. Maha Mentadbir !
Kita ini saling melengkapi di atas muka bumi ALLAH.

Marilah kita sama-sama bersyukur serta menghargai setiap kelebihan yang telah dianugerahkan ALLAH untuk semua hamba-NYA.
Bersyukur atas nikmat yang diberikan samada BESAR mahupun KECIL.
Mungkin bagi kita ianya adalah kecil, tetapi mungkin bagi mereka yang lain ianya adalah nikmat yang BESAR.

In a nutshell,
Kita tidak perlu menanam rasa lebih  pada manusia.
Kerana kita semua sama.
Nikmat yang ada, kelebihan yang ada, hanyalah PINJAMAN semata-mata.
THE REALITY  IS , SEMUA ADALAH MILIK ALLAH S.W.T

INI adalah lakonan semata-mata, pentas lakonan kita dalah dunia yang sementara ini.
SEMUA punyai watak yang tersendiri.

ucaplah, 

Assalamualaikum & selamat pagi 
2.07 pagi.