Wednesday, October 31, 2012

Pembacaan. Mungkin tak berfaedah. Tapi nak baca jugak.


KTM KLANG - KL SENTRAL - MASJID JAMEK - PLAZA RAKYAT - PUDU

MARRY BROWN - KEDAI BUKU RAKYAT 1 MALAYSIA

3 buah buku.

LAKARAN RINDU - RM5
CINTA SEMANIS EPAL - RM5
BERTEMAN RINDU - RM10

dalam pembacaan.

LAKARAN RINDU - DONE

selepas ini ---> CINTA SEMANIS EPAL

seterusnya ----> BERTEMAN RINDU

assignment?

kerja?

hurm..






Tuesday, October 23, 2012

Ku Tak Ingin Lagi..

ku tak ingin peristiwa lalu berulang kembali..
kepahitan dulu yang aku rasai..
kini, bukan ku terlalu menginginkan kemanisan..
hanya keindahan dalam perhubungan..
hubungan antara manusia..
sungguh teruji..

peristiwa lalu membuat hati ini luluh mendengar pelbagai andaian yang dilontarkan..
peristiwa itu jua lah yang membuat situasi ceria menjadi suram & kusam..
peristiwa itu memberi 1001 satu cerita & kesimpulan yang sukar untuk digambarkan..
benar atau tidak ?
hanya ALLAH yang lebih mengetahui..

ku tak ingin peristiwa itu berulang kembali..
ku tak ingin sayang itu pudar berlalu pergi..
ku tak ingin ianya terjadi lagi..

ku tak ingin mutiara jernih itu mengalir lagi..
ku tak ingin luka lama berdarah kembali..
ku tak ingin kau turut merasa luka itu..
ku tak ingin kau merasai peritnya rasa itu..

ku tak ingin menangis lagi..
ku tak ingin hubungan ini terputus di tengah jalan lagi..
ku tak ingin senyumanmu penuh dengan tanda tanya..
ku tak ingin hatimu terluka lagi..
lantaran itu, jujurlah dalam perhubungan ini..
semoga ianya kekal abadi hingga ke Syurga..

sayangku..
kasih sayang itu titi..
kasih sayang penghubung hati..
kerana kasih itu tali..
kasih sayang pengikat diri..

tidak ku bijak bermadah kata
menyusun nada..
menyusun kata menjadi sebuah puisi agung yang penuh makna..
hanya yang aku bisa titipkan doa buat dirimu..
agar diberikan kekuatan dalam meneruskan perjuangan di medan ini..


Jangan Ada Benci
by Rem
Andainya ada di antara kita nanti

Berubah hala serta janji
Jangan ada benci
Suka dan duka dilalui
Jadikan kenangan di sudut hati

Andainya cita-cita tidak kesampaian
Ikatan murni terputus di pertengahan
Jangan dikesalkan
Jangan lantaran kegagalan
Kita saling berdendam saling bermusuhan

Ungkit-mengungkiti
Sakit-menyakiti
Memusnahkan diri

Kita harus tabah dan bersedia
Cekal hadapi kemungkinan yang tiba
Kadangkala yang berlaku
Di luar kemahuan kau dan aku
hatiyangberdoa

Tuesday, October 16, 2012

pengharapan ??

Sehingga kini aku masih tidak mengerti,

hanya yang aku mampu, doaku untuk dirimu,

semoga engkau sentiasa dalam lindungan-NYA,

Aminn..

jangan letakkan pengharapan pada CIPTAANNYA

letakkan pengharapan pada PENCIPTANYA

Monday, October 15, 2012

na makan aiskrim...

Muara hatiku..

Berselirat mindaku..

Di kala ini..

hanya Tuhan Maha Mengetahui..

Maha Adil..

Orang yang sentiasa berfikir pasti mampu menyelesaikan sebarang masalah yang mendatang..

Cuma,,mungkin dalam keadaan yang sangat tenang..

TANPA dipengaruhi sebarang emosi kurang stabil..

jom makan aiskrim !!!!!!!!!!


Wednesday, October 10, 2012

make a choice.........


mood sekarang ?

PILIH YANG MANA SATU.

Tuesday, October 9, 2012

Heartless.. HAHA

Happy?

Yeke?

Suke?

Yeke?

HAHAHA

Alhamdulillah..
kadang-kadang aku rasa perasaan ni buat aku tersenyum..
biarpun tiada siapa yang tahu..
hanya Tuhan saja yang tahu perasaanku..


kehadirannya,
membuat aku tersenyum..
membuat aku tertanya-tanya..
membuat aku keliru..
membuat aku pelik..                                        
membuat aku bingung..
membuat aku suke..
membuat aku benci..
membuat aku geram..

namun,
semuanya hanyalah mimpi..
mungkin ianya menjadi kenangan..
kenangan yang akan ku simpan buat selamanya..
kerna ku tahu dia bukan milikku..

perasaan ini..
hanyalah sia-sia..
aku tahu..
aku hanya mampu berdoa..
terus berdoa..
agar dipertemukan dengan dia yang menerima diri aku seadanya..

ku perlu perkukuhkan cintaku terhadap-NYA dahulu..
kerna hati ini terlalu rapuh & terkadang lemah apabila ujian datang menduga..

ALLAH..
keluarkan perasaan ini dalam hatiku..

Monday, October 8, 2012

nikah.


NIKAH

Connecting People

tangisan seorang IBU tatkala anak lelakinya melafazkan akad nikah.

Alhamdulillah, dengan sekali lafaz.

semoga bahagia berkekalan hingga ke syurga.

welcome to new family !


Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Takutlah kepada Allah, di dalam memimpin isteri-isterimu, kerana sesungguhnya mereka adalah amanah yang ada disampingmu, barang siapa tidak memerintahkan agar isterinya mengerjakan solat, dan mengerjakan agama kepadanya, maka ia telah berkhianat kepada Allah dan Rasul-Nya.



Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Perbaikilah wanita, kerana sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Paling bengkoknya tulang rusuk itu adalah di bahagian atasnya. Jika meluruskannya terlalu keras, maka ia akan pecah. Dan jika dibiarkan, maka ia akan tetap bengkok. Maka perbaikilah wanita itu dengan cara yang baik.


abang & kakak ipar :)


NIKAH - 5 OKTOBER 2012

Majlis di rumah pengantin perempuan - 6 OKTOBER 2012

Majlis di rumah pengantin lelaki - 7 OKTOBER 2012

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".

its my family,

keluarga saya :)
semoga ALLAH menempatkan arwah ayah & kakak Mariawati dalam kalangan orang yang beriman..

Aminn..

TAMAT.

continue assignment & kerja :)











Wednesday, October 3, 2012

cerita - 2, GADIS INI


sambungan..

Gadis ini,
tiada siapa mengerti apa yang tersimpan dalam hati gadis ini,
hanya KekasihNYA sahaja memahami..

dengarlah mentari..
suara hatiku menangis..
bisik hati kecil gadis ini..

sepi mencengkam dirinya..
tanpa-NYA tidak lagi bernyawa gadis ini..
terdetik hati kecil gadis ini..
setiap manusia telah ditentukan kematiannya..

BAGAIMANA? DIMANA? KENAPA? DENGAN SIAPA?

semua telah tertulis dalam percaturan-NYA

ALLAH,

Maha HEBAT !

kematian itu perkara yang PASTI.

teruskan perjuangan wahai GADIS INI..

perkara yang berlaku hanya ujian buat dirimu,
ujian TANDA ALLAH sayang kepada kita..

gadis ini,
terus dan terus berdoa..
hanya DIA cuma DIA yang kan mampu menyembuhnya..

penawar hati dukamu, rawatlah dengan ZIKIR..
ALLAH itu tidak kan menguji dirimu, sekiranya dirimu tidak mampu menanggungnya..
terpilih & dipilih ?
dirimu yang memilih.

GADIS INI..
jauh di lubuk hati kecilnya,
terbit rasa kasih & sayang..
biarlah ALLAH yang menentukannya..



biarlah ia menjadi kenangan dalam kotak memori gadis ini..
agar terus terukir senyuman penuh makna buat diri gadis ini dan insan yang berada di sekelilingnya..
dengan izin ALLAH..

Xiexie Ni :)





Monday, October 1, 2012

Pendidik :)

maafkanlah..
bila hati tak sempurna mencintai-MU

bukan tanpa sedar
tapi sedar

sejak dua tiga menjak ni
hadir perubahan tanpa dipinta
mungkin semangat baru

pendidik
bukan title yang sangat mudah tanggungjawabnya
mendidik manusia
berdasarkan



"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

lebih lanjut ?

ha,macam mana?
Kelas KPD memberi semua ni.
Profesor Dr Marzita Puteh memberi pelbagai macam cerita
gagal pendidik maka gagal mereka yang dididik
usah diutamakan mereka yang berada di dalam kelas pertama mahupun kedua
usah terlalu menjaga reputasi mereka yang bergelar bijak pandai sahaja dalam peperiksaan

dalam masa yang sama
mereka yang berada dalam kelas terakhir mahupun kedua terakhir
usah diabaikan mereka yang kurang mahir dalam akademik 
usah dilepaskan mereka yang nakal yang kurang bijak akademiknya
usah dilupakan mereka yang tidak pernah merangkul sebarang anugerah dalam bidang akademik

apabila SAYA & ANDA melakukannya seperti itu,
maka masa depan anak didik yang diabaikan tadi musnah
usah diukir senyuman pada wajah SAYA & ANDA
sekiranya mereka yang diabaikan tadi menjadi seorang PEMBUNUH, PEROMPAK, MUSUH NEGARA

tanya diri, koreksi diri
bukan mudah seorang
GURU
PENDIDIK
malahan guru tadika yang mana akan sentiasa memikirkan cara pengajaran yang terbaik bagi memudahkan pemahaman pelajar iaitu kanak-kanak tadika yang masih tidak kenal nombor & warna sebagai contoh.
contoh : merah & biru, betapa sukarnya guru tadika tadi untuk menghurai apa itu MERAH & BIRU?
tidak boleh dizahirkan.
hanya dapat dikaitkan dengan situasi kehidupan seharian kita sebagai manusia.

dunia.
pelbagai cerita manusia.
pelbagai ragam.
pahit.manis.
itulah dunia.
yang perlu dihadapi.
dengan penuh SABAR & TENANG.



Alhamdulillah.
sama seperti seorang IBU & AYAH.
pendidik di rumah.
kesabaran mereka hanya ALLAH yang mengerti.
begitu jua kita sebagai
PENDIDIK
di alam persekolahan.



DIDIKLAH
dengan penuh kasih sayang
DIDIKLAH
dengan penuh rasa tanggungjawab

mereka adalah MASA HADAPAN

Wallahua'alam,

XIE XIE NI TO ALL READERS !

this is my personal opinion,
salah silap tolong tunjukkan ^^v



( Gadis ini )


~ connect to ALLAH ~

Photo: ayuh!semak solat kita
#tepuk dada tanya iman#
ALLAHU AKHBAR!
SOLAT ada 3 peringkat berat

 

A. Berat sebelum melakukan sembahyang

Bagi orang Islam yang hatinya tidak khusyuk oleh itu mereka merasa berat dan beban dengan sembahyang. Orang begini tidak akan menunggu waktu sembahyang. Apabila khusyuk dengan Tuhan tiada, sudah tentu ada perkara lain yang kita agung-agungkan yang menjadi otak dan jiwa kita mungkin banyak atau mungkin sedikit seperti cintakan glamour, anak isteri, kemasyhuran atau kesusahan ataupun semuanya. Orang yang begini tentu berat dan susah dengan sembahyang sebab gangguan kehidupan. Oleh sebab itu tidak larat untuk bersembahyang dan kalau dilakukan hanya fizikalnya sahaja sembahyang, fikiran dan hati tidak sembahyang.

Contoh – contoh berat sebelum sembahyang :

Bila rasa sayang meninggalkan kerja. Ketika mengerjakannya rasa terpaksa dan terseksa.
Bila sedang bersukaria dengan anak isteri tentu berat untuk sembahyang. Sembahyang pula dilakukan lewat dan tidak dari hati.
Apabila sedang mesyuarat, sembahyang dipandang berat, maka sembahyang dipandang kecil dan kerana bimbang dengan mesyuarat. Lalu tertinggal atau qada’ maka tidak khusyuklah solat.
Apabila sedang berkelah/berseronok dengan kawan-kawan sudah tentu sembahyang tidak diambil kiradan dipandang ringan. Apabila kenduri kendara kita jiwai supaya tiada cacat celanya maka sembahyang dilupai atau dilakukan dengan rasa terpaksa.
Waktu musafir badan terasa letih, asyik dengan pemandangan dan seronok hingga terpesona maka berat untuk melakukan sembahyang.
Apabila jiwa bertuhan tiada dan jiwa lemah, sembahyang tetap berat dan nak cepat-cepat. Lebih-lebih lagi untuk melaksanakan ikrar di dalam sembahyang.
Oleh itu orang yang hanya berfikiran tauhid bukan berjiwa tauhid tetap berat untuk sembahyang. Apa yang diingati oleh orang yang tak khusyuk di dalam sembahyang ialah perkara yang dijiwainya selain dari Allah dan ia besarkan maka itulah yang ringan dan mudah dilakukan. Ingatan inilah yang menggantikan ingatan pada Allah. Kawan-kawan, anak isteri, mengira-ngira duit, setiap kesusahan, dendam kesumat dan setiap apa yang dijiwai sama ada seronok atau susah itulah yang datang dalam sembahyang.

 

B. Berat semasa sembahyang

Bila rasa bertuhan tiada, sembahyang rasa terpaksa. Oleh itu sembahyang dilakukan dengan cepat-cepat. Maka mengerjakan
sembahyang terasa penat. Berat, jemu, tak sabar, lambat, tidak bertenang-tenang lebih-lebih tak sabar untuk hayati/faham setiap lafaz yang dibacanya. Akhirnya dibaca tanpa roh. Jika tarikan dunia lebih daripada itu maka masuklah perkara-perkara lain. Dan sembahyang dirasakan penat, jemu dan akhirnya boleh sampai tinggal sembahyang

 

C. Berat menunaikan tuntutan sembahyang

Dia seronok dengan sembahyang tetapi tak faham tuntutan sembahyang. Sewaktu sembahyang berbagai ikrar dibuat. Contohnya meminta jalan yang lurus iaitu jalan rasul-rasul dan ingin hidup ikut jalan Allah dalam seluruh aspek hidup. Ikrar dan janji yang sama diulang lima kali sehari.

Bagi orang yang khusyuk terasa amat takut dan bimbang. Oleh itu bila selepas sembahyang mereka sungguh-sungguh ikut ajaran Islam. Maka bimbang takut tak dapat laksanakan. Bezanya dengan orang yang berjiwa tauhid ialah mereka selalu lupa dan bohong dengan Tuhan. Janji tidak ditunaikan dengan Tuhan bahkan lupa dan tidak sungguh-sungguh. Orang yang khusyuk hatinya sentiasa takut seolah-olah belum menunaikan janjinya. Mereka yang tidak khusyuk tak sungguh-sungguh tunaikan janji kerana tarikan kepada Tuhan telah lemah. Oleh itu kehendak Allah walaupun telah berjanji tetapi amat berat untuk dikerjakan. Oleh itu berjanji untuk hidup ikut syariat tetapi yang diikut ialah teori-teori akal. Sembahyang tidak dikaitkan dengan ekonomi, politik dan sosial. Membangunkan sembahyang ertinya membangunkan tamadun. Contohnya di dalam sembahyang memerlukan kain.

Perusahaan untuk membuat kain adalah fardhu kifayah bagi umat Islam, dari sini akan lahir teknologi pertanian, kejenteraan, pengangkutan, import ekspot dan lain-lain lagi. Sebab itu kita lihat banyak tamadun Islam yang dibangunkan oleh orang-orang dulu.

jalan cerita untuk gadis ini sangat berbeza hari ini.

gadis ini memerlukan kata-kata semangat bagi meneruskan perjuangannya di medan itu.

kekuatannya ada dalam dirinya sendiri.

gadis ini tabah apabila mengenangkan mereka yang telah tiada dalam diari kehidupan gadis ini.

gadis kampung ini datang ke gua ilmu, untuk mencari ilmu & kehidupan.

sebagai bekal di dunia & di akhirat kelak.

gadis ini seringkali dilanda kegelisahan.

seringkali gadis ini berasa kurang stabil emosinya.

namun gadis ini berusaha mengawal sedaya upaya emosinya agar tidak mempengaruhi perkara lain.

supaya gadis ini terus bertabah menempuh hari-hari mendatang.

tiada lain di dalam kotak fikirannya.

hanya medan perjuangan.

ketelitian diperlukan.

semangat yang ada seiiring dengan usaha yang perlu dibina.

semoga berjaya kepada gadis ini.

semoga gadis ini menjadi muslimah sejati.



credit to GADIS INI.