maafkanlah..
bila hati tak sempurna mencintai-MU
bukan tanpa sedar
tapi sedar
sejak dua tiga menjak ni
hadir perubahan tanpa dipinta
mungkin semangat baru
pendidik
bukan title yang sangat mudah tanggungjawabnya
mendidik manusia
berdasarkan
"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
lebih lanjut ?
ha,macam mana?
Kelas KPD memberi semua ni.
Profesor Dr Marzita Puteh memberi pelbagai macam cerita
gagal pendidik maka gagal mereka yang dididik
usah diutamakan mereka yang berada di dalam kelas pertama mahupun kedua
usah terlalu menjaga reputasi mereka yang bergelar bijak pandai sahaja dalam peperiksaan
dalam masa yang sama
mereka yang berada dalam kelas terakhir mahupun kedua terakhir
usah diabaikan mereka yang kurang mahir dalam akademik
usah dilepaskan mereka yang nakal yang kurang bijak akademiknya
usah dilupakan mereka yang tidak pernah merangkul sebarang anugerah dalam bidang akademik
apabila SAYA & ANDA melakukannya seperti itu,
maka masa depan anak didik yang diabaikan tadi musnah
usah diukir senyuman pada wajah SAYA & ANDA
sekiranya mereka yang diabaikan tadi menjadi seorang PEMBUNUH, PEROMPAK, MUSUH NEGARA
tanya diri, koreksi diri
bukan mudah seorang
GURU
GURU
PENDIDIK
malahan guru tadika yang mana akan sentiasa memikirkan cara pengajaran yang terbaik bagi memudahkan pemahaman pelajar iaitu kanak-kanak tadika yang masih tidak kenal nombor & warna sebagai contoh.
contoh : merah & biru, betapa sukarnya guru tadika tadi untuk menghurai apa itu MERAH & BIRU?
tidak boleh dizahirkan.
hanya dapat dikaitkan dengan situasi kehidupan seharian kita sebagai manusia.
dunia.
pelbagai cerita manusia.
pelbagai ragam.
pahit.manis.
itulah dunia.
yang perlu dihadapi.
dengan penuh SABAR & TENANG.
Alhamdulillah.
sama seperti seorang IBU & AYAH.
pendidik di rumah.
kesabaran mereka hanya ALLAH yang mengerti.
begitu jua kita sebagai
PENDIDIK
di alam persekolahan.
DIDIKLAH
dengan penuh kasih sayang
DIDIKLAH
dengan penuh rasa tanggungjawab
mereka adalah MASA HADAPAN
Wallahua'alam,
XIE XIE NI TO ALL READERS !
dunia.
pelbagai cerita manusia.
pelbagai ragam.
pahit.manis.
itulah dunia.
yang perlu dihadapi.
dengan penuh SABAR & TENANG.
Alhamdulillah.
sama seperti seorang IBU & AYAH.
pendidik di rumah.
kesabaran mereka hanya ALLAH yang mengerti.
begitu jua kita sebagai
PENDIDIK
di alam persekolahan.
DIDIKLAH
dengan penuh kasih sayang
DIDIKLAH
dengan penuh rasa tanggungjawab
mereka adalah MASA HADAPAN
Wallahua'alam,
XIE XIE NI TO ALL READERS !
this is my personal opinion,
salah silap tolong tunjukkan ^^v
No comments:
Post a Comment