Friday, September 14, 2012

cerita hari ini.

pada awan biru ku melakar kata-kata

pada langit cerah ku panah semua cerita

dengarlah mentari suara hatiku menangis

beterbangan jiwa merentasi pelangi

panahan ceritaku sehingga ke langit

leka termenung sehingga airmata membasahi pipi

tanpa disedari sudah tiba ke arah yang dituju

kuseka airmata yang ingin jatuh tanpa dipinta

kerana malu dengan mereka

oleh kerana terlalu menyayanginya

sehingga berpanjangan aku terlalu memikirkannya

14 September 2012,

hari yang penuh dengan cerita.

terima kasih kepada yang mendengar..

setelah jauh diselami hati ini

rupa-rupanya 15 September 1948, hari ini. 15 September 2012

adalah hari kelahiran arwah ayah yang tersayang..

tidak dapat ku cari ganti dirinya..

4 Mac 2012, arwah meninggalkan kami sekeluarga..

pulang menghadap ILAHI..

semoga ALLAH menempatkan arwah dalam kalangan orang yang beriman, Aminn..

16 September 2012, hari kelahiran Intan Umairah, anak kecil kurniaan ILAHI dalam keluarga kami..

ibu - marliana, babah - akmal azrin


sungguh teratur percaturan yang telah diaturkan oleh-NYA..

hanya DIA yang Maha Mengetahui segala setiap yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku..

terima kasih ALLAH..

panahan cerita terus ke langit, salah satu ciptaan ALLAH yang Maha Agung..

Subhanallah..

panahan cerita terus ke mentari

18 Disember 1991, tarikh kelahiran  aku.

14 Disember 1991, pemergian insan tersayang anak pertama bagi  mak & arwah ayah.

cantik manis penampilannya, bijak pandai  orangnya, patuh mendengar kata-kata 

namun, ALLAH lebih menyayanginya..tidak sempat untuk aku merasa hangat pelukannya.

pemergiannya mungkin diganti dengan kehadiranku..

ku harap jalan cerita ini penuh dengan pelbagai hikmah yang kunjung tiba, tidak di dunia , 

insyaAllah di akhirat..Aminn..


tarikh - tarikh ini akan sentiasa terpahat dalam ingatan


diari kehidupan yang penuh kemanisan,

dihiasi dengan kepahitan

disulami dengan kesabaran

dilengkapi dengan insan yang sentiasa sayang menyayangi


ya ALLAH..berikan aku kekuatan..


doa untuknya :

ya ALLAH berikan dia kekuatan..menghadapi segala dugaan dan rintangan yang mendatang..
hiasilah dirinya dengan sifat sabar..
kurangkanlah rasa amarah dalam dirinya..
tabahkanlah hatinya menempuh hidup baru..
lindungilah dirinya dari pengaruh yang tidak baik..

seka airmatamu  daripada terus mengalir..kecuali hanya kerna ALLAH..

manusia dicipta dengan pelbagai cara, pelbagai ragam
namun itulah hiasan lakonan pentas dunia yang perlu kita hadapi selagi masih bernyawa di atas muka bumi ALLAH..
berwataklah sebagai seorang hamba-NYA yang beriman, bersopan dalam kata-kata
DAN sentiasa ingat pesanan Mak, kakak dan keluarga.

gapailah bintang yang kau inginkan
usah meletakkan harapan yang menggunung tinggi
jika jatuh, bangunlah..usah gentar dengan  cabaran.
 usaha, tawakal, doa ! bergantunglah pada ALLAH s.w.t..

insyaALLAH..
ALLAH akan sentiasa melindungimu..

ya ALLAH..
peluklah hatinya di saat dirinya mulai gelisah, dalam kekosongan,
lidah kelu tanpa kata-kata,
resah gelisah, kaku perlakuannya..
ku hanya mampu utus doa buatmu..
kerana ingin melihat kau berjaya..gigihlah menerima sesuatu yang baru..









No comments: