Friday, February 3, 2012

Marah vs Benci

 vs 

" Pisahkan antara MARAH dengan BENCI, " itu yang terdaya saya katakan kepada seorang teman.

Ya. Jangan disembunyikan kemarahan. Meluahkan kemarahan dengan sebuah pertengkaran adalah jauh lebih sihat dari memendam lagi BERDENDAM. Bagaimanapun, dalam pertengkaran itu, janganlah luahan kemarahan bertukar menjadi KEBENCIAN. 

" Bagaimana mahu dibezakan antara MARAH dengan BENCI ?" soal sahabat lagi.

" Marah itu adalah luahan rasa tidak puas hati dengan mengharaapkan PERUBAHAN."
Manakala,
" Benci pula adalah luahan rasa tidak puas hati TANPA mengharapkan perubahan."

Sungguh tipis dan beza antara MARAH dan BENCI.
Namun, untuk dibezakan antara keduanya, kembalilah kita kepada menyoal DIRI.

Apakah yang dituntut semasa pertengkaran berlaku?
Apakah luahan rasa tidak puas hati yang tidak tentu hala atau suatu proses yang meletakkan perubahan sebagai hasil yang diharapkan.

Maka FITRAH manusia itu sendiri, sentiasa terdedah kepada berubahnya diri apabila berubahnya HATI.

Ya Muqallib al-Quloob, tsabbit qalbi ' ala tho'atik, wahai Tuhan yang membolak balikkan  hati ini, tetapkanlah hati ini di dalam ketaatan-Mu."

IKHLAS : antara marah & benci..
buat peringatan bagi diriku & sahabat2 , pembaca yang sudi singgah di ruangan ini..
Syukran !!

No comments: