Thursday, May 10, 2012

kerinduan yang hadir..

Ternyata kerinduan semakin menebal
hadir di dalam jiwa..
hanya kalam ALLAH..
yang menjadi penawar duka..

tanpa seorang ayah disisi..
dua bulan enam hari.
cukup arwah ayah meninggalkan sebuah keluarga..
masih kukuh terasa kehadiranmu..
mungkin tidak sanggup kehilanganmu..
namun..
itulah takdir ILAHI..



kerinduan semakin bertambah..
hati meronta ingin kembali ke pangkuan keluarga..
namun..tanggungjawab perlu dilunaskan disini..

kerinduan ini tidak sepatutnya melebihi kerinduan terhadap ALLAH..RASULULLAH..
ALLAH..
ALLAH..
setiap airmataku mengalir..
ALLAH.. aku lemah dan tak bererti..
setiap derai tangis membasahi..

rindu..
terlalu padamu..
ayah..

ku harap agar dirimu tenang di sana..
menghadap ILAHI..
doaku sentiasa mengiringimu..
dengan izin ALLAH..

orang yang meninggalkan anak yang soleh/solehah yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristigfar baginya.

iaitu anak yang selalu diajari ilmu Al-Quran maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.


Abu Hurairah r.a, berkata, rasulullah S.A.W telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan 3 perkara":
1) Sedekah amal jariah
2) Ilmu yang berguna & diamalkan
3) Anak yang soleh/solehah yang mendoakan baik baginya


semoga ALLAH menempatkan arwah ayah dalam kalangan orang yang beriman..
walaupun hati ini kadang terluka..
hatinya lebih banyak terluka..
cuma bibir tidak berbicara meluahkan dengan kata-kata..

AYAH..
tetap seorang ayah..
tanpanya..tanpa mak..& terutamanya TANPA IZIN dari ILAHI..
aku tidak lahir ke dunia ini..

sayang ayah..
namun tidak dapat ku cari ganti bagi seorang insan yang bergelar AYAH..

salamsayangrindubuatsemua..

No comments: