Friday, June 22, 2012

itu lagi?

Berkisar tentang ITU
sudah bosan mendengarnya lagi
berbalik ke mana-mana pasti tentang ITU
hanya senyuman menjadi tindakbalas terhadap cerita ITU


bukan suatu kesalahan apabila berfikiran tentang ITU
tetapi, usahlah terlalu tinggi dan jauh tahap pemikiran tentang sesuatu ITU
sesuatu yang sememangnya BELUM PASTI..
ku akui kelemahan diri..
ku insafi kekurangan ini.

bertukar ganti ITU dalam sekelip mata sahaja
membuat pilihan dengan memberi harapan
harapan yang tidak pasti
masih terawang-awang
masih tertanya-tanya
dalam erti kata manismu
hanya janji yang dilafazkan
berilah seribu satu alasan
berilah seribu satu cerita
berilah seribu satu khayalan

ku cerita 
ku kisahkan
ku coretkan
ku jadikan kalam
kalam cerita
cerita ITU
hanya sekadar luahan rasa
luahan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata
hanya Yang Maha Mengetahui lebih mengerti apa yang ada di dasar jiwa
di lubuk hati seorang insan yang lemah & leka
ku doakan semoga aku & mereka menemui ITU yang sebenar..
usahlah kita membiarkan masa yang diberi secara percuma dari ALLAH S.W.T..
hanya diisi dengan perkara ITU..


ya ALLAH..lemahnya diri ini..
apabila diuji dengan sesuatu..
sudah jatuh..tidak bangkit untuk berdiri..


2 comments:

cik inaz_luqluq said...

Ujian. Semoga tabah su.. miss u. :')

Cik Suriati said...

syukran sahabatku !
semoga anda jua tabah menjalani hidup tanpaku disisi. HIHI. missyuutoo. :)