Tuesday, January 1, 2013

Aku & Dia 2013 :')

Kita punya perasaan.
Dia juga punya perasaan.
Kita punya hati.
Dia juga punya hati.
Kita punya tanggungjawab.
Dia juga punya tanggungjawab.
Jadi, persoalannya apa? saling menghargai.
Saling menghargai harus bermula dengan menghargai diri sendiri. Kurang manfaatnya jika terlalu menghargai orang lain tetapi tidak menghargai diri sendiri. Mulakanlah daripada hal-hal terkecil dalam diri :
1) Kesihatan
2) Kebersihan
3) Pemakanan
4) Penampilan
5) Pengurusan masa
6) Tanggungjawab
7) Apa sahaja yang bersangkut paut dengan diri sahaja. DLL :)
Sekiranya tidak mampu dilakukan, tipis harapan untuk kita menghargai mereka yang hadir dalam kehidupan kita.
Sekiranya mampu dilakukan, maka mereka yang hadir dalam kehidupan kita dengan mudah untuk menjadi lebih mesra & dihargai dalam kehidupan kita.
Pagi Januari 2013.
nasi goreng.
mak.
hati.
sangat heartless. payah jugak.
sangat tak heartless pun payah jugak.
haih.
kenapa nak terase? tak perlu. kena fikir perasaan orang lain. benci diri sendiri jela. tapi dlm masa yang sama sayang diri sendiri. kalau tak hargai diri sendiri nanti payah jugak.
buang masa je hati ni nak terase2. baik isi dengan perkara yang sepatutnya. 
bak kata kawan, kenapa terasa-terasa. 
kawan kan. janganlah terasa-terasa. tak best.
memang tak best.
biarlah hati ini dibawa pergi angin bayu.
sampai termimpi-mimpi malam tadi.
mimpi apa? mimpi kertas kerja tak jumpa.
dah buat, dah hantar, tak jumpa.
maksudnya?
apa-apa jela.
inilah aku. kalau dah terbanyak fikir sampai terbawak dalam mimpi.
apatah lagi PERDANA MENTERI ke, orang kuat negara ke. lagi banyak dia nak fikir kan.
takpe, masing-masing punya HAK,
kita manusia memang perlu hidup bersosial.
bermasyarakat.
sedangkan tarzan yang duduk dekat hutan pun bertemankan gajah, monyet, singa, harimau, burung.
apatah lagi manusia?
hasil dari pembacaan buku "Wadah Cinta Solehah"..
menarik sangat buku tu.
terima kasih buat dik Aqilah bagi akak baca buku tu.
sahabat saya kata : HATI ADALAH SATU ORGAN YANG SANGAT UNIK.
pesanan kecil pada hati saya : jangan terase lagi okay. forget IT. leave IT. 
semua kata tak baik terasa hati. oka. saya cuba tak buat lagi.

No comments: