Showing posts with label with love... Show all posts
Showing posts with label with love... Show all posts

Monday, October 17, 2011

soal hati ?

Assalamualaikum, pembuka bicara..
bicara hati diluahkan melalui tulisan..
Allahuakbar..
detik hati ini sejak beberapa hari lalu memberikan arti sesuatu..
ternyata..
pelbagai persoalan menjelma di minda..
pelbagai jangkaan telah dilakukan..
tanda atau panduan sesuatu akan berlaku..
yang melibatkan hati..


hati yang secebis ini..
yang bukan milikku..
pemberian atau lebih mudah adalah pinjaman dari Allah s.w.t..
cas positif sentiasa melekat di fikiran..
yang sering memikirkan..
tidak pernah untuk melakukan sesuatu tanpa sebab..
hati ini sangat tahu
akan itu..
dan berjaya untuk tidak terlalu terburu-buru melakukan sesuatu..
jarak yang dekat tidak semestinya bakal menyatukan..
jarak jauh juga tidak semestinya bakal memisahkan..
lebih berpegang kepada takdir..
jika itu ketentuan-Nya..
aku terima..
dengan hati yang terbuka luas..
menganggap peristiwa yang berlaku sebagai kenangan..
kenangan yang bakal luput dari ingatan..
dan dijadikan sebagai salah satu pengajaran..
kepercayaan mungkin mudah untuk diberi..
tapi, tidak kusangka..
hadirmu cuma bersandiwara..
tidak dapat disangkal lagi..
itulah yang dinamakan takdir..
apa yang telah berlaku..sedang berlaku dan akan berlaku..
semua sudah tertulis..
sejak azali..
sejak aku dilahirkan di atas muka bumi ini..
bagi insan bernama Suriati..
kelahiran teristimewa bagi Markimin dan Mohd Khormain..
insyaAllah..apa yang pasti..cube dan terus mencuba..
menjadi anak yang terbaik..sentiasa mendoakan ibu dan bapa ku..
kuasa Allah..sangat hebat..

ya Allah...
kata-kata sahabat..insyaAllah..akan ku pegang sentiasa..
aku harus bersyukur..dan terus bersyukur..
alhamdulillah..sahabat yang lebih matang sentiasa mengingatkan..
sentiasa menasihati diri yang mudah lalai ini..
walaupun jauh dari jagaan keluarga tercinta..
aku tetap merindui mereka...
mereka ada untuk memeberikan kasih sayang terhadap diriku..
terima kasih,
bos, sis juju, sis ika, sis mariah, sis shithoh, sis intan, mariduan..
dan lain-lain..
aku menyayangi mereka ya Allah..
mungkin ada kesilapan yang telah aku lakukan..
sehingga aku diuji sebegini rupa..
tidak perlu aku bersedih kerna...
ujian ini tidaklah seberat mana jika dibandingkan waktu dahulu..
mereka yang berjuang demi menegakkan agama Islam yang tercinta..

ampunkan aku ya Allah..
berikan aku sepenuh kekuatan untuk menghadapinya..
terima kasih atas segala petunjuk yang diberikan..
straight ja pd diri ini..tade pun melalui orang len..

alhamdulillah..
alhamdulillah..
alhamdulillah..

akan ku ukirkan senyuman di bibir ini buat semua yang tersayang..