Thursday, November 29, 2012

Anda matang BILA ?

Anda Semakin Matang Bila...

~Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai.

~Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa.

~Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.

~Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka.

~Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat.

~Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.

~Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda.

~Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya.

~Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.

~Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.

~Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati.

~Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.

~Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif.

~Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna.

~Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.

~Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai.

~Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.

~Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.

~Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.



** kopi & tampal **   renungan bersama..

No comments: