Sunday, November 11, 2012

Wanita & Emosi



in progress.

seorang adik comel berkongsi ILMU tentang quiling, katanya jika dia stress, dia buat quiling

aku? tak stress. 

cume mengurangkan kegundahan di hati.

____________________________________________________________

Astagfirullahhalazim..
Sabar selagi masih ada..
Cerita berkaitan WANITA & EMOSI.
sesungguhnya WANITA itu tidak lari daripada EMOSI..
terbaca artikel menarik mengenai EMOSI & WANITA.
ada jugak terasa dengan penyataan yang diberikan.

Saban hari , berlaku sesuatu yang bakal menganggu emosi.
tidak kira bangun dari tidur, mahupun tika hendak melelapkan mata.

Tidak hairanlah, dan sangat logik jika emosi sering dikaitkan dengan wanita.
kerana pada emosi, wanita itu akhirnya tersungkur jua.
Di saat & tika itu, siapakah yang ada di sisinya?


Bagi yang bersuami, ada masanya bahasa isteri mampu difahami, raut wajah surinya tidak dapat dibaca dengan baik, lantas si isteri dibiarkan larut dengan emosinya.

Bagi yang masih belum berumah tangga, kepada siapa perlu diharapkan? 
hendak disandarkan duka kepada ibu bapa, bimbang mereka pula bimbang berlebihan. 
hendak disandarkan kepada rakan-rakan yang dulunya sentiasa bergelak ketawa bersama, mereka pula kini sibuk dengan keluarga masing-masing.
dan 
adakalanya cerita bahagia mereka umpama duri di dalam hati, menambahkan lagi lara.

WANITA,

Andai emosimu tersungkur, dan mencari tempat sandaran terbaik , pilihlah ALLAH..

Serahkan dirimu sepenuhnya kepada DIA yang menciptakanmu sebaik2baik manusia..
Firman ALLAH s.w.t :

" dan DIA memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya . Dan barang siapa bertawakal kepada ALLAH, nescaya ALLAH akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya, ALLAH melaksanakan urusan-NYA. Sungguh, ALLAH telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu"

(At Thalaq : ayat 3)
Andai kamu ingin menangis, maka menangislah.

Namun menangislah dengan suara yang perlahan kepada-NYA,
Jangan ditanya mengapa dirimu yang diuji,
namun berkatalah, " Terima kasih ALLAH kerana mengujiku.."














WANITA,

Jika emosimu tersungkur kerana berang suamimu, ingatlah Asiah wanita syurga yang menghadapi Firaun

Jika emosimu tersungkur kerana fitnah & cemuhan, ingatlah Aisyah yang tabah menghadapi fitnah ke atasnya sehingga turun wahyu membersihkan namanya

Jika emosimu tersungkur kerana keperitan hidup, ingatlah bagaimana Fatimah menghadapi kemiskinan hidupnya dengan tabah malah mampu memberikan sedekah kepada orang yang dirasakan lebih fakir darinya

Jika emosimu tersungkut kerana kamu merasakan bos tempat keje seorang yang sangat kejam, ingatlah bagaimana Mashitah menghadapi Firaun yang zalim

Jika emosimu tersungkur kerana kamu belum bernikah & menerima pelbagai tohmahan, ingatlah Maryam yang diuji sehebat-hebatnya dan dia redha

Jika emosimu tersungkur kerana kamu merasakan kamu dianiaya, lihatlah berapa ramai muslimah di Palestin, Syria, Iraq yang mengalami penganiayaan manusia yang jauh lebih dahsyat & mereka kekal beriman

Jika emosimu tersungkut kerana kamu merasakan dakwahmu dipandang sepi, lihatlah Khadijah yang kental tatkala orang lain menafikan kerasulan suaminya yang tercinta

Maka,
Sekiranya mereka boleh bangkit dari emosi yang tersungkur, apalah sangat jika dibandingkan dengan keperitan yang kita alami kini.

Wahai wanita,
hiasan dunia, seindah hiasan adalah WANITA SOLEHAH..
EMOSI kita kadangkala tersungkur..
namun, ingatlah pesan Rasulullah S.A.W kepada sahabatnya  Abu Bakar tatkala mereka berlindung di sebuah gua dari kekejaman kafir Musyrik.


" janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya ALLAH bersama kita"

(At - taubah, ayat  40)


perkongsian.
wallahua'lam.

No comments: