Friday, April 19, 2013

Entry saje.

Selalu aku berdoa kepada Yang Maha Esa..
Moga dikurnia seorang ratu di jiwa..
Tempat untuk kuluahkan segala rasa..
Perasaan yang tersimpan seribu satu makna..

Di kala aku keseorangan
dia penghibur dan jua peneman
hati yang sayu tidak kesepian
duka lara tiada keresahan

Ya ALLAH tidak ku pinta yang menawan
tidak ku harap yang hartawan
bukan jua kerna kedudukan
cuma ku damba insan yang sepadan

Kasihnya sejati bukannya kerna paksaan
biarpun derita yang menjadi rintangan
ketulusannya yang tiada bandingan
tercipta ayu indahnyaperibadi insan..



Aku selesa begini.
Mengharap dapat membahagiakan keluarga, sahabat-sahabat & orang sekeliling.
Kisah Aku yang dulunya satu kesilapan & pengalaman akan diusehekan supaya tidak berulang lagi.
Berusehe aku untuk jaga hati, namun kekuasaanNYA itu lebih hebat berbanding yang lain.
Jika hendak diuji hati ini, maka terujilah jua.
Semoga dilindungi & dijauhkan daripada Kisah Lama.

Mungkin kini bukan lagi masa dan tikanya.
Ku harus persiapkan diri.
Semoga dia juga mempersiapkan diri.
Tidak ku pinta cintanya kepada manusia melebihi cinta kepada-NYA.

Percaya akan jodoh & takdir-NYA.
Semoga dipermudahkan urusan.

Aminn ya Rabb.







No comments: