Thursday, April 4, 2013

syukur ditemani airmata. bole ke? HAHA

Assalamualaikum & Salam Sayang buat semua pembaca yang sudi singgah di teratak KISAH AKU.

detik waktu terus berjalan..

tangis & tawa tergores bagai lukisan..

sejak beberapa hari ni, banyak airmata mengalir tanpa dipinta.
mengalir dari hati yang terluka.
luka kerana manusia?
itulah aku yang kadangkala sering menangis kerana manusia.
sedangkan dosa kepada pencipta-NYA lebih menggunung.
maafkanlah bila hati tak sempurna mencintai-Mu.

Alhamdulillah..

sakit itu adalah ujian dari ALLAH.
supaya sering mengingati-Nya, sering bersyukur ats nikmat-Nya.
tanda-tanda macam dah ada.
cuma takut nak pegi jumpa orang yang sepatutnya untuk mengesahkan perkara ni.
04/04/2013 - dua kali hampir mengalirkan airmata gara-gara sakit perut.

maaf ya semua. maaf hosuemateku yang teman makan tadi.
saya tak tahan, tapi saya cuba.
terima kasih kepada yang sudi bertanya tentang kesihatan.
may ALLAH bless all of you, sahabat.

bakal menjelma cuti mid semester 6.
tempoh yang lama. SEMINGGU.
lama kan?

berusehe menyelesaikan perkara kerja amanah yang diperlukan dengan SEGERA.
kemudian, di follow oleh tugasan yang diamanahkan oleh pensyarah yang dikasihi.
terima kasih barisan pensyarah.

semoga urusan saya & sahabat2 yang bakal membuat makropengajaran di sekolah pilihan masing2 dipermudahkan.
bukan mudah menjadi seorang pendidik. mudah untuk mengajar. tetapi sukar melahirkan sifat sabar dalam diri yang bakal berhadapan dengan bakal generasi MASA HADAPAN.
PEMIMPIN MASA HADAPAN.

pesanankhasbuat diri : bukan diri ini sahaja yang punya masalah, penyakit. semua juga punya perkara yang sama. yang bezanya adalah kemampuan untuk menanggungnya.

ALLAH menguji hamba-Nya berdasarkan kemampuan dirinya.
doakan semoga dia mendapat hidayah, agar hati ini menjadi hati yang terakhir terluka olehnya.
aminn ya Rabb.

ALLAH.


ingatlah, tiada duka yang abadi di dunia.
bersyukur kerana mampu tersenyum.

No comments: