Sunday, February 12, 2012

CINTAKAN IA..


kerinduan..
begitu sukar diungkapkan dengan kata-kata..
hanya tingkah laku yang menjadi kata-kata..

kerinduan..
suatu ketika dahulu..
suka dan duka dilalui bersama..


kini..
adakah ianya hanya tinggal kenangan?
adakah dahulu hanyalah lakonan?
ya ALLAH..

kasih sayangku yang tertumpah disitu..
tidak akan ku biarkan ianya berlalu..
bagai air..

air yang tenang..
pasti ada penghalangnya..
sebesar mana pun batu-batu dihadapan..
akan tetap dan terus mengalir..
untuk menuju ke satu destinasi yang pasti..

mungkin sukar untuk difahami..
namun itulah yang pasti..
hati kini hanya mampu diam..

berbicara..tanpa kata-kata..
takut !
untuk menilai..
untuk mentafsir..
segala yang berlaku..

mungkin di bibirnya..
sangka bukanlah dirinya..
siapa ? siapa ?
usah dipersoalkan..
malah harus dirungkai..

untuk itu..
jiwanya haruslah tenang..
bukan menyimpan..
seribu satu cerita..
yang di tanam jauh di dalam sudut hati terpendam..

tanpa IA..
musnahlah segalanya..
bukan hanya dulu. tapi KINI dan SELAMANYA..

bukanlah bijak berkata-kata..
namun, sekadar insan biasa. 
punya hati, akal, fikiran, ingin menilai..
bukan menghakimi..
malah mendoakan..
segala yang berlaku..
akan berakhir dengan senyuman..
walaupun diiringi dengan tangisan..
namun, biarlah..tangisan itu tangisan yang mengukir senyuman di wajah..bahkan di dalam HATI JUA!

IA digalas bersama-sama..
daripada ENGKAU SIAPA ? AKU SIAPA ? WARNA KEGEMARAN ENGKAU ? MAKANAN KEGEMARAN AKU ? ENGKAU LAHIR DI MANA ? 

everything !!
now?
i'm scared..so scared..IANYA dibina dengan penuh semangat..
dengan penuh rasa yakin pd ALLAH s.w.t..
namun..apakah yang dimahukan di penghujung cerita CINTA, KASIH, & SAYANG yang kita bina..

ada yang menyedarinya..
sehingga dapat mentafsir..sehingga jauh ke lubuknya..ke akarnya..
mungkin..mungkin..

Sunday, February 5, 2012

untuk awak.


~~~~ semenjak kau hadir..dalam hidupku..~~~~

nada dering pesanan ringkas telefon di tangan..

' love you so much ! '

From : __________

05/02/2012  02:06:02pm

pesanan ringkas yang tertera di skrin telefon di tangan..

menjemput mutiara jernih yang bertakung di kolam mata..

kembali semula dengan kenangan lalu..

yang kini membuat diriku saat ini..

maaf jika ku tidak sempurna..

tika bahagia mula menjelma..

bila keyakinan datang merasa..

kasih disalut dengan kejujuran..

mencintaimu dirimu..

merindui dirimu..

memiliki dirimu..

hingga JANNAH bersama kamu..insyaALLAH..

terima kasih, awak..

tangisan itu bermakna kasih sayangku terhadap dirimu..kerana engkau sudi menghargai diri 

yang kerdil lagi hina ini..


terima kasih, sahabat...
i love you too..
maaf ya..

Friday, February 3, 2012

Marah vs Benci

 vs 

" Pisahkan antara MARAH dengan BENCI, " itu yang terdaya saya katakan kepada seorang teman.

Ya. Jangan disembunyikan kemarahan. Meluahkan kemarahan dengan sebuah pertengkaran adalah jauh lebih sihat dari memendam lagi BERDENDAM. Bagaimanapun, dalam pertengkaran itu, janganlah luahan kemarahan bertukar menjadi KEBENCIAN. 

" Bagaimana mahu dibezakan antara MARAH dengan BENCI ?" soal sahabat lagi.

" Marah itu adalah luahan rasa tidak puas hati dengan mengharaapkan PERUBAHAN."
Manakala,
" Benci pula adalah luahan rasa tidak puas hati TANPA mengharapkan perubahan."

Sungguh tipis dan beza antara MARAH dan BENCI.
Namun, untuk dibezakan antara keduanya, kembalilah kita kepada menyoal DIRI.

Apakah yang dituntut semasa pertengkaran berlaku?
Apakah luahan rasa tidak puas hati yang tidak tentu hala atau suatu proses yang meletakkan perubahan sebagai hasil yang diharapkan.

Maka FITRAH manusia itu sendiri, sentiasa terdedah kepada berubahnya diri apabila berubahnya HATI.

Ya Muqallib al-Quloob, tsabbit qalbi ' ala tho'atik, wahai Tuhan yang membolak balikkan  hati ini, tetapkanlah hati ini di dalam ketaatan-Mu."

IKHLAS : antara marah & benci..
buat peringatan bagi diriku & sahabat2 , pembaca yang sudi singgah di ruangan ini..
Syukran !!