Friday, November 30, 2012

Tolong jagakan dia ya ALLAH :)

Andai dia bersungguh..pasti menanti.kalau ada jodoh akan bersama. kalau tak, pesan pada dia, percaya pada TAKDIR ALLAH..
Just DOA..if ada jodoh, adalah..tapi, sekarang pesan pada dia, belum masanya untuk berfikir tentang perkara tu, muda lagi..tapi, bole buat solat isktikharah..
Banyakkan DOA, pasti ada PETUNJUK..anggap ianya hiburan KETAWA seketika..banyak lagi nak kena fikir..BIJAK BUAT KEPUTUSAN :)
Perlahan2, mula meniti ke ALAM itu, jadi buat PERSEDIAAN SECUKUPNYA..
DOA BANYAK-BANYAK :)
.
.
.
.
.
Hubungan antara dua jiwa
Yang berlainan jantina
Perlu ada batasnya
Perlu ada jaraknya
Perlu ada hadnya
Perlu ada pengawasnya
Melainkan sudah disatukan dalam ikatan yang teramat mulia
Dalam lafaz sakinah
Yakni dengan akad nikah.
Jika akad belum mengikat diri
Bentengilah hati
Kawallah hati
Pandulah pergaulan
Kekalkanlah jarak
Minimumkanlah urusan
Tegaskanlah peribadi


Ya Allah,

Bantulah aku untuk melangkah, seandainya dia benar milikku yang telah Engkau tetapkan di Luh Mahfuz, seandainya juga dia baik untuk agamaku, kehidupanku, dan kesudahan urusanku samada cepat atau lambat, takdirkanlah dia untukku, permudahkanlah serta berkatilah dia untukku, 
tolong jagakan dia ya Allah..

Namun, jika sebaliknya ya Allah.. Engkau redhailah hatiku, Engkau jauhkanlah aku daripadanya dan jauhkanlah dia daripadaku, Engkau buangkanlah jua segala rasa yang mungkin timbul ini ya Allah.
Aamiin ya Rabb..




tidak ku pinta ia,
hanya sekadar melintasi ruang hati & minda ini..
Aamiin ya Rabb..
Semoga diberikan petunjuk..


Thursday, November 29, 2012

I.M.Y.

RINDU.

Anak buah ku yang tersayang. yang tercinta. yang tercomel.

maklang nak tengok Umairah jalan.



asik kena dukung je kan ? ha, lepas ni, jalan jangan sampai tak ingat kat maklang.

muah!

really miss you, you are the one of my happiness in OUR LIFE :)

Semoga Intan Umairah menjadi anak yang solehah, patuh kata-kata IBU & BABAH. 
Semoga Umairah menjadi insan yang berguna pada masyarakat, agama, bangsa & negara.
serta tak lupa, semoga Intan Umairah menjadi hamba yang TAAT, SETIA & PATUH akan perintah-NYA..

Aminn..

LAST BUT NOT LEAST , selalu sayangi Maklang ni !
walaupun kadang-kadang Umairah taknak dengan Maklang, Maklang TETAP NAK DENGAN UMAIRAH !!

mood : tak sabar menanti waktu untuk pulang ke kampung halaman.

Anda matang BILA ?

Anda Semakin Matang Bila...

~Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai.

~Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa.

~Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.

~Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka.

~Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat.

~Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.

~Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda.

~Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya.

~Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.

~Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.

~Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati.

~Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.

~Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif.

~Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna.

~Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.

~Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai.

~Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.

~Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.

~Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.



** kopi & tampal **   renungan bersama..

Sunday, November 25, 2012

Bicara tanpa suara..

penat ?

lelah?

bila tak suka, tak rela, inilah hasilnya.

kuncinya SATU. iaitu yang SATU, ALLAH.

jauh dari-NYA, semakin dekat dengan-NYA.

renung kembali, bukan seorang, malah lebih dari seorang.

bukan perasaan seorang, malah ramai orang.

LELAH..

HANYA MAMPU BICARA TANPA SUARA.

ianya berulang & terus berulang..

continous dalam bahasa MATEMATIK.

LIMIT dalam bahasa MATEMATIK.

HAD yang ada samada INFINITY ataupun ADA LIMIT.

SABAR.

LIMIT DALAM SABAR.

jika tidak terlintas dalam akal fikiran, perasaan ramai orang.

TAK WUJUD LAGI JASAD DISINI.

MUNGKIN JASAD MASIH ADA, NAMUN HATI TIADA.

LEMAHNYA diri bila dilanda musibah, baru teringat pada PENCIPTA.

LEMAHNYA diri bila DIUJI, sudah MENGALAH.

rindu kan MAK & AYAH. ku kirim DOA untuk arwah ayah. ku kirim doa buat mak.

semua rindu MAK&AYAH?





It's so hard to explain
What I'm feeling
But I guess it's ok
Cause I'll keep believing


There's something deep inside
Something that's calling
It's calling you and I
It's taking us up high to


CHORUS:

Healing, a simple act of kindness brings such meaning
A smile can change a life let's start believing
And feeling, let's start healing


Heal and you will be healed
Break every border
Give and you will receive
It's Nature's order
There is a hidden force
Pulling us closer

selamat tinggal malam.







Monday, November 19, 2012

SAHABAT.

Hilang sahabat ?




terjumpa..


Hadis Persahabatan: Rasa Sayang
“Jika seseorang itu sayang kepada sahabatnya maka hendaklah dia beritahu bahawa dia menyayanginya.” (Riwayat Abu Daud)


Hadis Persahabatan: Doa Untuk Sahabat

Umar Ibnu al-Khattab meriwayatkan:

Pada suatu ketika saya memohon izin daripada Rasulullah s.a.w. untuk pergi menunaikan umrah. Baginda mengizinkan saya. Beliau berpesan “Jangan lupa mendoakan kami wahai saudaraku.”. Saya amat berbesar hati dengan ungkapan Baginda tersebut. (Riwayat Abu Daud)


Hadis Persahabatan: Bermanis Muka

Abu Dzar meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Jangan engkau memandang kecil perbuatan yang baik, walaupun sekadar bermuka manis apabila bertemu dengan sahabat” Riwayat Muslim)

Saturday, November 17, 2012

Tuhan saja yang tahu..


Ku pendamkan perasaan ini
Ku rahsiakan rasa hati ini
Melindungkan kasih yang berputik
Tersembunyi di dasar hati

Ku pohonkan petunjuk Ilahi
Hadirkanlah insan yang sejati
Menemani kesepian ini
Mendamaikan sekeping hati

Oh Tuhanku
Berikanlah ketenangan abadi
Untukku menghadapi
Resahnya hati ini mendambakan kasih
Insan yang ku sayang

C/o:
Di hati ini
Hanya Tuhan yang tahu
Di hati ini
Aku rindu padamu
Tulus sanubari
Menantikan hadirmu
Hanyalah kau gadis pilihanku

Kerana batasan adat dan syariat
Menguji kekuatan keteguhan iman
insan yang berkasih
Ku rahsiakan rasa hati ini
Melindungkan kasih yang berputik
Tersembunyi di dasar hati

Ku pohonkan petunjuk Ilahi
Hadirkanlah insan yang sejati
Menemani kesepian ini
Mendamaikan sekeping hati

Oh Tuhanku
Berikanlah ketenangan abadi
Untukku menghadapi
Resahnya hati ini mendambakan kasih
Insan yang ku sayang

C/o:
Di hati ini
Hanya Tuhan yang tahu
Di hati ini
Aku rindu padamu
Tulus sanubari
Menantikan hadirmu
Hanyalah kau gadis pilihanku

Kerana batasan adat dan syariat
Menguji kekuatan keteguhan iman
insan yang berkasih

hanyaTuhansajayangtahu.
engkaudalamlipatankenanganterindahdalamdiriku.

Friday, November 16, 2012

serius. RINDU.

Tindakbalas PERTAMA tika melihat GAMBAR INI.


tak lain TAK BUKAN.


Ha, memang menangis terus, TANPA buang masa.

RINDU + GEMBIRA + SEDIH = SEKARANG

itulah saat yang aku tunggu, UMAIRAH..tunggu maklang balik OKE !! kita main kejar-kejar !!

iluvyou,youmakemesmile.imissyou.

Thursday, November 15, 2012

Wednesday, November 14, 2012

Maal Hijrah 1434H :)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Maal bermaksud 'bersama'

Maal Hijrah bermaksud ' bersama berhijrah ' atau ' bersama hayati hijrah '

HIJRAH bermaksud perpindahan dari suatu keadaan yang tidak baik kepada keadaan yang lebih baik.

SELAMAT TAHUN BARU.

dari BARISAN JAWATANKUASA MAHASISWA KOLEJ, KOLEJ HARUN AMINURRASHID, UPSI

Sunday, November 11, 2012

Wanita & Emosi



in progress.

seorang adik comel berkongsi ILMU tentang quiling, katanya jika dia stress, dia buat quiling

aku? tak stress. 

cume mengurangkan kegundahan di hati.

____________________________________________________________

Astagfirullahhalazim..
Sabar selagi masih ada..
Cerita berkaitan WANITA & EMOSI.
sesungguhnya WANITA itu tidak lari daripada EMOSI..
terbaca artikel menarik mengenai EMOSI & WANITA.
ada jugak terasa dengan penyataan yang diberikan.

Saban hari , berlaku sesuatu yang bakal menganggu emosi.
tidak kira bangun dari tidur, mahupun tika hendak melelapkan mata.

Tidak hairanlah, dan sangat logik jika emosi sering dikaitkan dengan wanita.
kerana pada emosi, wanita itu akhirnya tersungkur jua.
Di saat & tika itu, siapakah yang ada di sisinya?


Bagi yang bersuami, ada masanya bahasa isteri mampu difahami, raut wajah surinya tidak dapat dibaca dengan baik, lantas si isteri dibiarkan larut dengan emosinya.

Bagi yang masih belum berumah tangga, kepada siapa perlu diharapkan? 
hendak disandarkan duka kepada ibu bapa, bimbang mereka pula bimbang berlebihan. 
hendak disandarkan kepada rakan-rakan yang dulunya sentiasa bergelak ketawa bersama, mereka pula kini sibuk dengan keluarga masing-masing.
dan 
adakalanya cerita bahagia mereka umpama duri di dalam hati, menambahkan lagi lara.

WANITA,

Andai emosimu tersungkur, dan mencari tempat sandaran terbaik , pilihlah ALLAH..

Serahkan dirimu sepenuhnya kepada DIA yang menciptakanmu sebaik2baik manusia..
Firman ALLAH s.w.t :

" dan DIA memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya . Dan barang siapa bertawakal kepada ALLAH, nescaya ALLAH akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya, ALLAH melaksanakan urusan-NYA. Sungguh, ALLAH telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu"

(At Thalaq : ayat 3)
Andai kamu ingin menangis, maka menangislah.

Namun menangislah dengan suara yang perlahan kepada-NYA,
Jangan ditanya mengapa dirimu yang diuji,
namun berkatalah, " Terima kasih ALLAH kerana mengujiku.."














WANITA,

Jika emosimu tersungkur kerana berang suamimu, ingatlah Asiah wanita syurga yang menghadapi Firaun

Jika emosimu tersungkur kerana fitnah & cemuhan, ingatlah Aisyah yang tabah menghadapi fitnah ke atasnya sehingga turun wahyu membersihkan namanya

Jika emosimu tersungkur kerana keperitan hidup, ingatlah bagaimana Fatimah menghadapi kemiskinan hidupnya dengan tabah malah mampu memberikan sedekah kepada orang yang dirasakan lebih fakir darinya

Jika emosimu tersungkut kerana kamu merasakan bos tempat keje seorang yang sangat kejam, ingatlah bagaimana Mashitah menghadapi Firaun yang zalim

Jika emosimu tersungkur kerana kamu belum bernikah & menerima pelbagai tohmahan, ingatlah Maryam yang diuji sehebat-hebatnya dan dia redha

Jika emosimu tersungkur kerana kamu merasakan kamu dianiaya, lihatlah berapa ramai muslimah di Palestin, Syria, Iraq yang mengalami penganiayaan manusia yang jauh lebih dahsyat & mereka kekal beriman

Jika emosimu tersungkut kerana kamu merasakan dakwahmu dipandang sepi, lihatlah Khadijah yang kental tatkala orang lain menafikan kerasulan suaminya yang tercinta

Maka,
Sekiranya mereka boleh bangkit dari emosi yang tersungkur, apalah sangat jika dibandingkan dengan keperitan yang kita alami kini.

Wahai wanita,
hiasan dunia, seindah hiasan adalah WANITA SOLEHAH..
EMOSI kita kadangkala tersungkur..
namun, ingatlah pesan Rasulullah S.A.W kepada sahabatnya  Abu Bakar tatkala mereka berlindung di sebuah gua dari kekejaman kafir Musyrik.


" janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya ALLAH bersama kita"

(At - taubah, ayat  40)


perkongsian.
wallahua'lam.

Istimewa buat kamu :)


babyDi jalan ALLAH,
PERSAHABATAN 
ini bukan milikku dan bukan jua milikmu,
PERSAHABATAN
ini adalah perancangan daripada ALLAH yang mengetahui segala rahsia,
kerana DIA lah aku mengenalimu & kerana DIA lah jua telah menetapkan ukhwah itu,
PASTI terukir 1001 kenangan & kasih sayang,
semuanya kerana ALLAH..



Sungguh..
Bukan Kerana selain daripada-NYA..

uhibbuki fillah..

Mencintaimu kerana ALLAH..



istimewa untuk awak : awak. i love you.




Thursday, November 8, 2012

Mohon doanya..



doakan kejayaan saya dunia & akhirat ya.

insyaAllah, saya cuba usaha buat yang terbaik.

semester 5 ini penuh dengan pelbagai corak cabaran & dugaan.

cuma tabah ke TAK je.

semoga aku kuat mengharunginya.

pesannya pada diriku, jangan cepat nangis.

belagak dulu TOUGH, tak kan nangis.

last sekali, KALAH. NANGIS.

buat apa? tak guna. bazir airmata.

tapi, pesannya pada diriku menangislah, jika itu yang dapat menambah kekuatan buat dirimu.

tangisan itu menunjukkan kekuatan yang ada dalam diri. kesabaran yang tak berapa menggunung tinggi.

namun, kekuatan seperti itu tidak boleh ditunjukkan kepada sesiapa pesannya pada diriku.

banyak pesanan.

tatkala ini, hati hanya mendiamkan diri.

tidak mampu untuk meluahkan rasa dengan kata-kata.

biarlah ALLAH sahaja yang mengetahuinya.

Alhamdulillah, terima kasih atas pesanan sahabat2 & sokongan padu yang diberikan oleh sahabat2.

Terima kasih u olls.

insyaAllah, hati ini sedang diuji.

dan bakal terus diuji.

semoga ALLAH permudahkan segala urusan & langkahku pada esok hari & seterusnya. Aminn..


WISH ME LUCK TOMORROW !!

esok ? ujian lisan MANDARIN KOMUNIKASI + TEST TEORI NOMBOR.

_____________________________________________

ada seseorang kata TAKUT TENGOK SU.

jangan TAKUT. su okey, su akan fokus terhadap perkara tersebut.

jeng,jeng,jeng. siapa? 


CUBA TEKA !!


Sunday, November 4, 2012

anger, anger, anger.

adakah aku tidak cukup menghargai sehinggakan aku merasai tidak dihargai

sungguh kejamnya dirimu
mengkhianati cinta yang tersemat di jiwa

aish, lirik lagu je tu.

penuh dengan drama kehidupan ni kan?

hanya lakonan semata-mata

namun, itulah lumrah kehidupan..
kadang-kadang rasa ingin dihargai itu ada,
sekiranya tidak mampu untuk membalas budi, dikenang budi itu pun sudah lebih dari cukup..
ALLAH..

aku berusaha untuk tidak meletakkan harapan pada CIPTAANNYA, namun aku berusaha untuk meletakkan harapan pada PENCIPTANYA..

perjalanan hari ini memberikan aku sesuatu.

pergi dengan sesuatu.
pulang dengan sesuatu.
cuaca redup seolah-olah mengiringi perjalanan ini.

___________________________________________________________________



TERKAKU SEKETIKA.

namun, itulah yang harus disampaikan.
dikongsikan.
ingin sekali memberi.
namun sayang seperti tidak ingin menerima.
seperti ingin menguji kesempurnaan hamba ALLAH yang dilahirkan sejak azali di atas muka bumi ALLAH ini tidak sempurna, namun bersyukur dikurniakan NIKMAT yang ada.

sempurna, hanya ALLAH sahaja.
mungkin ianya hanya mainan kata-kata, namun dengan kata-kata jugalah bisa menjadi senjata yang merosakkan kasih yang tercipta.



THINK BEFORE YOU ACT.



THINK??

ACT WHAT YOU LIKE BUT PLEASE CARE OF THE OTHERS FEELING & HEART.

Alhamdulillah, ALLAH temukan aku, kau & dia.



mungkin jalan cerita aku, kau & dia ini terlalu rumit serta penuh dengan onak duri yang perlu ditempuhi.


ya, ini benar.



sekian.