Tuesday, July 31, 2012

rindu awak.

rindu si dia.


gadis bertudung ungu.

eh, kita rindu awak lah.



friend till jannah oke.
mesti jumpa.
ta kira macam mana pun.
ta nak tunggu kad jemputan.
kena jumpa sebelum tu.
HIHI.



Thursday, July 26, 2012

istimewa buat sahabat..

Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah Ijab dan Qabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam. Perkataan zawaj digunakan di dalam al-Quran bermaksud pasangan dalam penggunaannya perkataan ini bermaksud perkahwinan Allah s.w.t. menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan zina.


" KALAU SUKA, TAK SEMESTINYA BERCINTA"
" KALAU BERCINTA TAK SEMESTINYA ADA JODOH"
" KALAU ADA JODOH TAK KE MANA JUA"

buat sahabat-sahabatku diluar sana
yang tika ini sudah pun mulai
memikirkan tentang CINTA & NIKAH
Tahniah, anda kelihatannya sudah bersedia..

kebahagiaan dirimu bertemu bakal imammu
akan ku iringi dalam setiap doaku..
insyaAllah..

  
sekadar dalam  angan-anganku..
tika berbicara mengenainya..

Tuesday, July 24, 2012

balik kampung !


gembira ~!
esok, balik kampung.
buat seketika.
menyediakan masa & ruang bersama ibunda & keluarga tercinta.
tak sabar.

KTM Tanjong Malim - Rawang - KL Sentral - Klang

RM9.10

Mak ! tunggu ! walau seketika cuma
namun ianya amat bermakna

harus buat kuih banyak-banyak untuk bulan Ramadhan ni.
takyah beli kat bazaar. 
buat lebih sedap.
airtangan mak pule tu.

jumpa si comel neh. 
dak nih dah sehat ye.
maklang nak cium dye banyak2!


sekian, salam sayang buat semua.

mood:gembira sangat

Friday, July 20, 2012

tersedar dari lamunan !

HIDUP UMPAMA AISKRIM
Nikmatilah sebelum ianya cair..


ada kisah di sebalik cerita
ada duka di sebalik senyuman
ada suka disebalik tangisan
ada kasih di sebalik perlakuan
ada cinta di sebalik rahsia yang terpendam
ada sesuatu di sebalik apa yang berlaku
ada hikmah tersembunyi disebalik yang berlaku

baik atau buruknya
hanya ALLAH yang tahu

usai sudah cerita hati
biarlah sampai disini
hanya langit menjadi saksi
renung kembali
kisah hati
yang mengusik hati
hati yang sungguh sukar tenang apabila diuji
ujian para nabi & Rasulullah s.a.w lebih menguji!

sesungguhnya yang berkata ini
hanyalah insan biasa
insan yang leka
insan yang alpa
namun punya hati & perasaan
yang ingin disayangi
yang ingin dicintai
yang ingin dikasihi
namun rasa ingin itu ada pada memberi
memberi itu lebih mulia dari menerima
bukan bermaksud
hanya menerima semata-mata
malah harus memberi

rasa apabila memberi
berbeza dengan rasa apabila menerima
syukur apabila menerima
bahagia & syukur apabila memberi
itulah naluri manusia

manusia yang punya pelbagai rasa
rasa yang mungkin dimengerti
rasa yang mungkin difahami
rasa yang mungkin ingin diberi
rasa yang tidak kan pernah wujud di mana-mana

ikhlaslah menjadi diri sendiri
agar hidup penuh ketenangan dan keamanan

HIDUP TANPA PEGANGAN IBARAT BUIH-BUIH SABUN
BILA-BILA MASA IA AKAN PECAH

Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam
di atas batu hitam
di malam yang sangat kelam
IANYA wujud tetapi amat sukar dilihat

tersedarku dari lamunan
sejarah pahitku lupakan
kenangan silam datang menjelma
ku biar kalam berbicara
menghurai maksudnya di jiwa
sungguh ku mengerti apa yang terjadi
sudah suratan ILAHI..

kata-kata menghurai maksud di jiwa
jauh di sudut hati
tercipta kasih
yang tidak berbelah bahagi
tercipta sayang
tercipta cinta 
tercipta rindu

semoga ini membuatku 
terjaga dari lena yang panjang
khilafku..
ku cuba sedaya upaya
tak melukai hatimu..
mungkin sudah suratan hidupku..

Selamatmalamsemua..
semoga Ramadhan kali ini penuh MAKNA..
insyaAllah..

Thursday, July 19, 2012

Ramadhan ini..

sebak di dada, 
tika dialog ini dilontarkan.

aku : nak balik buat kuih raya !
mak : yeke nak buat kuih..
aku : yela..mcm tahun lepas..
mak : buat pun, takda orang nak datang rumah. dulu adala, datang tgk ayah. sekarang tade dah. takkan nak tengok mak.
aku : jgnlah cakap gtu. ade, mesti ada datang. tengok mak lah. (ya Allah..hampir menangis)
mak : ha, dah3..nak jahit baju ni. baik2 tau.
aku : oke..bye2..

ya Allah..sebak di dada, hanya Tuhan mengerti..
mungkin aku hamba yang masih bertuah kerana mempunyai ibu serta abang, kakak & adik..
namun, tetap merasa kehilangan seorang ayah. 

tanpa ayah, aku tiada di dunia..
tanpa izin-NYA jua, aku tidak lahir ke dunia..


Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna..

ku harap kan insan di luar sana yang lebih susah serta merasai kehilangan yang mungkin lebih besar dari ku, terus TABAH & KUAT untuk meneruskan perjuangan dalam sebuah kehidupan !



kehilangan yang dirasai..
kehilangan yang penuh makna.
hargai mereka yang menyayangi diri ini..
hargai mereka yang sentiasa mengingati diri ini..
tika diri ini membuat khilaf..
tanpa disedari..
mereka jua yang sanggup berkorba jiwa & raga..
menggunakan sepenuh tenaga..
bagi mencari rezeki..
untuk menyara diri ini..
sejak dilahirkan di dunia..sehingga ke hari ini..

Allah..
masih tetap jua dijadikan sebagai pusat kehidupan kita..
bukan ibu bukan bapa bukan abang bukan kakak bukan kawan bukan kekasih
Allah Maha Penyayang..
seberapa banyak dosa yang kita lakukan,
masih jua Allah memberi kita peluang bagi memohon keampunan dari-NYA..

aku hamba yang hina..
terlalu menggunung dosa yang aku lakukan..
semoga di bulan Ramadhan yang mulia ini..
aku dapat mengumpul seberapa banyak pahal yang aku mampu lakukan..
sebelum jasad berpisah dari tubuh..


InsyaAllah..
semoga Allah memberkati puasa ku, keluarga ku & sahabat2 ku..
di bulan Ramadhan yang mulia ini..

Monday, July 16, 2012

Tika ini !



Jangan putus asa jika Allah s.w.t menunda apa-apa yang kamu sukai.
Jangan bersedih hati.
Tapi, bersabarlah dan tersenyumlah.
Kerna DIA  berfirman dengan penuh kasih sayang.


Usah ditanya mengapa kita yang diuji.
Kerana Allah tidak kan menguji hamba-NYA, sekiranya hamba-NYA tidak mampu untuk menanggungnya.


rasa ini..hanya Tuhan mengerti..
tika & saat ini..
Alhamdulillah..ada sahabat yang mengerti serta memahami situasi ini..
tanpa ada kata-kata.
hanya dengan perbuatan.
sudah cukup difahami.
sudah cukup penjelasan.
tanpa sebarang alasan.
apa dosa yang ku lakukan.
sehingga diperlakukan begini.

diri ini.
manusia yang sangat tidak sempurna.
dari segi ilmunya. dari pelbagai perkara.
bukan mahukan pujian.
hanya sekadar penghormatan.
di mata mereka.
aku lemah.

benar, penilaian dari Allah..pandangan dari sisi Allah..
lebih UTAMA..
namun, manusia. punya hati & perasaan.
andai kau tahu..
biarlah angin membawa perkabaran hati ini.
biarlah langit menjadi saksi tika ini.
tidak ku mahu kerinduan itu hadir , tika engkau tiada lagi di dalam kamus hidupku.


kerjaberbarismenunggu.
namunharuskuluahjuadisini.
otaktidakbolememprosestikanini.

Saturday, July 14, 2012

Wahai Adam


Salam dihulur setulus bicara
Sejahtera ke atasmu sebagai hamba
Moga kita masih berada di bawah rahmatNYA
Yang Maha Pengampun Maha Berkuasa.

Asif Jiddan andai bicara Hawa
mengganggu Adam mencuri masa
Sungguh mujahadah ini memandu Hawa
Menyusun bicara meluah rasa.

Untukmu Adam
Yang amat Hawa hormati
Usah ditanya mengapa Hawa pergi
Usah disoal mengapa Hawa menjauhi
Usah jua dimusykilkan hati
Mengapa Hawa menjarakkan diri.

Untukmu Adam tiada benci
pada perilaku dan peribadi
Saat ini Hawa Hijrahkan diri
Mengatur langkah mendidik hati
Cuba bermujahadah menongkah budi 
Mencari sinar yang didambai
Lantas usah didukai
pengislahan diri.

Mujahadah ini mengajar Hawa
Mempersiapkan diri meraih taqwa
Menjadi insan yang lebih sempurna
Dan menginsafi khilaf butir bicara
Agar kalamnya selembut sutera
Bak sekuntum Az-Zahra
Yang harumya menyenangkan jiwa.

Di jalan damai ini
Harus Hawa siapkan diri
Mengadun amal menyantun budi
Agar menjadi nisa' berakhlak tinggi
Mahmudah terpuji  hiasi peribadi
Zahir dan batin tiada sangsi

Harapku jua
Pada mu Adam agar bersama
Di jalan mujahadah ini kita melangkah
Usah berleka dek kealpaan dunia
Persiapkanlah diri, hati dan jiwa.

Semoga di suatu ketika
Diri mu menjadi imam kepada Hawa
Membawa Hawa di jalan yang sama
Di atas hamparan kehidupan yang tersedia

Hanya kerana Allah
Kita bertemu
Jua hanya keranaNya
Mujahadah hati ini akan bersatu.

Andai lafaz sakinah itu bukan takdirnya
Pada hati harus pasrah
Jiwa harus tabah
Ini suratanNYA
Pasti akan ada hikmahnya
Usah kecewa
Kerana niat utama sebuah hijrah 
Hanya kerana Allah semata
Berdoalah, bersyukurlah
Agar hati sentiasa kerana ALLAH.

Moga untuk Adam pendamping an-nisa'
Adalah yang terbaik kurniaanNya
Dan moga untuk Hawa
Adanya sentuhan Rahmah
Dari yang Esa Pemilik Cinta
Menguatkan hati pada segenap rasa
Agar hati yang bemujahadah
Sentiasa berkilau dalam kasih sayangNya
Menjadi permata yang berharga 
Untuk Ummah dan Agama.

Harapan dan doa diiringi
Moga jua hubungan ini
Akan sentiasa dirahmati  Rabbi
Sunnguh, hanya kerana Ilahi
Mujahadah ini diharungi.

Akhir kalam daripada Hawa
Untuk Adam lafaz bermadah
Yakinlah..
Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis fitrahnya
Semoga haruman mujahadah ini 
Akan sentiasa mengharumi
Taman perjuangan kita!

tidak bijak untuk bermadah kata,
hanya sekadar perkongsian yang ingin diberikan.
buat adam semua.


Monday, July 9, 2012

sincerely, ME. :)

Antara anak & ibunya.

Mak : nanti carik yang baik-baik, yang agamanya bagus
Aku : Terdiam seketika..kalau jauh macam mana? 
Mak : Jauh mana?
Aku : Sabah ke Sarawak ke?
Mak : Nak ke duduk sana?
Aku : Manalah tau dapat yang jauh ke..ada senior bagus ja. dari sanelah..
Mak : Ha, ok jugak tu. boleh jalan-jalan kat Sabah..
Aku : HAHA.. tade lah, kalau je mak. kalau..

HAHA. membuat aku tersenyum sendiri..perbualan yang panjang juga sebelum situasi di atas berlaku di pagi Isnin, jam 9.00 pagi. Tika aku sedang menyapu halaman rumah.

Malam sebelum tu, panjang lagi kalau nak cerita. Sangat tak diduga, mak cerita tentang bab NIKAH @ IJABKABUL aku. 
Tergelak sakan aku..ta mampu nak berenti gelak.. sbb aku memandang itu bukan perkara UTAMA untuk tika & saat ini..
Mak teka aku ni dah berpunya ke belum. HAHA. Tadela mak..kawan kawan je semua..
Mungkin sebab abang pun dah selamat bertunang kot. Tu yang masuk bab aku pulak. 

Mak kata, berbakti dulu pada keluarga.. habehkan belajaq dulu.. baru pk tu semua..
Ya mak.. memang tak pk pun tu semua. sekarang pk amanah yang kena buat dulu di bumi UPSI & KHAR ni. Alhamdulillah mak paham situasi aku..


insyaAllah..ALLAH knows better..

**
Mak : Nanti carik suami, carik yang bagus agamanya..

Mak..nak carik yang soleh..yang agamanya bagus, Su kena jadi yang bagus dulu..yang solehah dulu..
insyaAllah..





sincerely!! LotOfLove..







Monday, July 2, 2012

Suatu Masa..


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani ~
Salam ku hulurkan
Pada mu teman
Yang selalu bersama dalam perjuangan...
Tiadalah apa
Yang mahu ku bicarakan
Sekadar memberi pesan
Sementara diri masih diberi Keizinan...

Hari ini
Bicara dan coretan
Bisa lagi menghiasi ruangan
Walau terkadang
Ada yang tidak senang
Dan mungkin agak lantang
Maafkanlah insan ini yg serba kekurangan...

Apalah daya yang ada
Semuanya atas penyusunan yang diaturkanNya
Aku ini insan hina dan sekadar teman yang menumpang cuma
Jauh sekali dapat mengembirakan kalian yang istimewa...

Suatu masa
Tarian jari ini akan ku hentikan jua
Bicara ini akan ku diamkan selamanya
Semuanya atas perlaksanaan yang ditentukan olehNya
Aku sebagai hamba hanya mampu menuruti aturan Pencipta...

Suatu masa
Kiranya jasad dan nadi masih ada
Namun kita tidak lagi dapat bersama
Kalian akan ku doakan sentiasa
Agar kebahagiaan dunia dan akhirat sana
Menjadi penetapanNya untuk kita...

Suatu masa
Yang tinggal hanya kenangan
Berilah penghargaan pdNya yang menciptakan
Dan usahlah bekalan akhirat kalian tangguhkan
Agar buku catatan amalan disambut ditangan kanan
Dan tidak hadirnya dalam penuh kehitaman dan kegelapan...

Suatu masa yang pastikan tiba
Jasad pasti ke tanah jua
Kala itu hanya ingatan dan doa yang ada
Selebihnya amalan kita yang akan dibawa
Untuk mengadapNya Yang Maha Esa...

Begitulah kita
Seperti sehelai daun cuma
SUATU MASA PASTIKAN GUGUR JUA..

coretan dari iluvislam.
menarik..
(^_^) selagi masih bernafas..
Assalamualaikum..