Sunday, July 31, 2011

terkedu aku..

ramadhan ini..
aku hina..
sepertinya aku menyambut kedatangan bulan yang mulia dengan tangisan..
tangisan diatas ujian yang sekecil kuman,,

ujian ini tidaklah berat jika dibandingkan ujian kepada umat Nabi Muhammad s.a.w dahulu..
Allahumma Solli A'la Muhammad Wa'ali Muhammad

ya Allah..
berikanlah hamba-Mu ini peluang..
ruang untuk memperbaiki diri..
penuhi dadaku ini dengan sifat yang penuh kesabaran..


adakah aku tidak bersedia untuk semua ini ya Allah..
benarlah kata-kata seorang hamba Allah yang mengembalikan semula semangat dalam diri ini..
tika aku benar-benar terjatuh, 
ingin melangkahkan kaki keluar dari tempat ini..

dan tika itulah jua..
doa dan kata-kata yang lahir dari sahabatku..
insyaAllah..
sahabatku dunia hingga akhirat..
terima kasih sahabat..

aku sayang kamu kerana Allah s.w.t..

seseorang yang mengembalikan semula sedikit demi sedikit semangatku..

katanya, aku seorang yang berani..
tapi, aku jua lah yang meletakkan lemah dalam diri
dan akhirnya aku pasti akan terus lemah..

sekiranya dialah imamku dan syahid tika perang bersama imam mahdi dan nabi isa menentang dajal,
adakah aku akan bertindak untuk membunuh diri ?


terkedu seketika,
merenung kembali..
akan ringannya ujian yang diberikan oleh Allah..
terutama pada tika ini..
dimana semua umat islam gembira..
dan melahirkan rasa syukur menyambut kedatangan bulan Ramadhan..

Wednesday, July 27, 2011

perkongsian ILMIAH dari sahabat..





Sedikit perkongsian dari sahabat..
untuk dikongsikan bersama semua yang sudi singgah di ruangan ini..
terima kasih zati..
anda mengambil berat tentang diri ini..

maafkan aku..
mungkin tika ini emosi yang kurang stabil..
menyebabkan diri ini kurang banyak bercakap..

kepada zati..
be urself..
andalah yang terbaik..
bangga mempunyai sahabat seperti anda..

renungan anda..
punya maksud dan persoalan..
terhadap diri ini kan?

usah dirisaukan..
cuma kurang sihat buat masa ini..


1)  "Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu "
(Riwayat Muslim)

2) Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud
  " Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang melakukannya tanpa sedikit kurang pun dosanya " (Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sahih )

3) "Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam neraka sejauh antara timur dan barat" (Riwayat Al-Bukhari dgn Fathul Bari)


renung-renungkan bersama dan selamat beramal..


ramadhan bakal tiba..

tanpa disedari
detik yang berlalu
begitu pantas
ramadhan bakal tiba

ya Allah..
tanpa dipinta
kesedihan wujud di jauh sudut hati ini..
tapi tidak ku pasti 
apakah sebabnya..

tidak seharusnya rasa itu
wujud walaupun jauh di sudut hati ini
rasa syukur dan gembira
yang seharusnya wujud dalam diri ini
kerana ramdhan adalah salah satu bulan 
istimewa buat semua umat islam

istimewa
dan pasti mempunyai banyak kelebihan..

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1)  Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi.

2) Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi.

3)  Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi.

4) Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi.

5) Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi.

PENERANGAN HADIS

1) Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2) Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3) Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4) Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5) Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6) Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7) Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8) Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10)  Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11) Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

salah silap,
bole komen.
^_^
terima kasih atas kunjungan anda..

Sunday, July 24, 2011

kerinduan..

rindu
satu lafaz
yang sukar diungkap dengan kata-kata
hanya Allah Yang Maha Mengetahui
segala yang tersirat di dalam hati

lafaz yang membuat
jiwa meronta-ronta 
menginginkan dirinya
di saat ini

Allah..
aku pasti ada hikmah disebaliknya
jika diceritakan
tentang kesusahan
keperitan
yang dialami
oleh diri ini

berfikir dahulu aku
tentang kesusahan
serta keperitan yang lebih berat
ditanggung oleh orang lain

bukan hanya
Aku
yang berpijak di atas muka bumi ini
ciptaan Allah..

mengeluh
dan terus mengeluh
sakit
dan terus sakit

bukan penyelesaiannya
malah bukan jalan terakhir 
untuk memberitahu seluruh dunia
hanya Aku yang diuji



Masalah-masalah kita adalah buatan manusia, maka dari itu, dapat diatasi oleh manusia. Tidak ada masalah dalam takdir manusia yang tidak terjangkau oleh manusia.

biar jauh namun dekat dihatiku
aku terlalu menyayangi dirimu
mungkin kerana ego
yang menahan bibirku
dari terus mengungkapkan
kata-kata sayang
terhadap dirimu
aku selalu mendoakan dirimu
inshaAllah..
kaulah permata hatiku..
yang selalu memahami 
diri ini..
semoga dalam keadaan sihat selalu
dirahmati dan dilindungi Allah s.w.t..



sangat menyayangi mak ! 
:)

Thursday, July 21, 2011

kisah itik dan kura-kura.

ada satu kisah
yang ingin dikongsikan
bersama kalian




Terdapat dua ekor itik dan seekor kura-kura yang bersahabat baik tinggal di suatu kawasan yang semakin kering dek kemarau panjang. Binatang-binatang yang bermastautin di situ telah lama meninggalkan tempat tersebut memandangkan semakin hari semakin sukar untuk mendapatkan makanan dan minuman. Semua kolam kering dan tumbuh-tumbuhan semakin kekuningan dimamah sinaran mentari yang hangat membahang.
Disebabkan keadaan semakin mendesak, maka dua ekor itik itupun telah berpakat dan mengambil keputusan untuk berpindah ke kawasan yang lebih lembab dan berair. Kura-kura berasa risau memandangkan sahabat baiknya ingin meninggalkan tempat tersebut. Dengan keadaannya yang bergerak lambat dan tidak boleh terbang seperti mereka, agak mustahil untuk dirinya mengikuti jejak langkah mereka. Maka dia pun berkatalah kepada kedua-dua ekor itik tersebut.
"Kalian hendak berpindah, nanti aku akan mati kekeringan di sini. Aku tidak mampu terbang mengikutimu mencari tempat yang lebih baik. "
"Hmmm.. betul juga kata kamu Si Kura-Kura. Owh, tidak mengapa jika kamu mahu, kami boleh membantu kamu untuk sama-sama berpindah," ujar salah seekor itik tersebut setelah berfikir seketika.
"Bagaimana?" balas kura-kura kembali.
"Kami berdua akan menggigit sebatang kayu dan kamu juga mesti menggigit kayu itu untuk sampai ke destinasi kita dengan selamat. Bagaimana, kamu setuju?" Soal itik.
"Owh, kalau begitu aku setuju," kura-kura memberi persetujuan tanpa berbelah bagi.
Maka terbanglah kedua-dua ekor itik itu mencari tempat tinggal baru bersama kura-kura. Tiba-tiba sedang melalui suatu kawasan, ada beberapa orang budak nakal yang mengejek kura-kura.
"Hei kura-kura! Ada hati nak terbang tinggi. Engkau tu dah memang semulajadinya tidak boleh terbang, ada hati nak terbang tinggi macam itik. "
Kura-kura berasa geram dan marah dengan ejekan tersebut, tetapi dia masih tidak berkata apa-apa kerana dia tahu jika dia membuka mulut pasti dia akan terjatuh.
Kedua-dua itik tersebut terus terbang meninggalkan mereka tanpa mempedulikan ejekan budak-budak itu. Setelah penat terbang mencari destinasi impian, mereka melalui satu lagi kawasan yang dipenuhi dengan budak-budak yang sedang bermain. Mereka begitu kagum dengan keberanian dan kesungguhan kura-kura.
"Kura-kura, kami kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh kamu. Walaupun kamu tidak boleh terbang, tetapi kamu berusaha dengan gigih dan mahu ditolong oleh sahabat-sahabat mu, " jerit mereka kepada kura-kura.
Disebabkan teruja dengan pujian budak-budak tersebut, maka kura-kura pun membuka mulutnya untuk menjawab pujian budak-budak itu.
'ALHAMDULILLAH, aku ingin pergi ke tempat yang lebih baik dan berair bersama itik-itik"
Sebelum sempat menghabiskan kata-katanya, maka jatuhlah kura-kura itu ke atas tanah dan berkecailah badannya.
Begitulah berakhirnya kisah Itik dan Kura-Kura. Apabila dikeji, dihina, kura-kura begitu kuat tetapi kura-kura yang dulu bersemangat kental akhirnya mati menyembah bumi dek kerana sedikit pujian.
Begitu juga dengan kita, kita akan kuat apabila dihina dan diberi pelbagai tohmahan tetapi kita mudah terbuai dengan puji-pujian. Dalam kehidupan ini, kita janganlah cepat lemah dengan kejian, dan cepat riak dengan hanya sedikit pujian.Sebaliknya sentiasa bersyukur dan jadikan setiap kejian, umpatan dan fitnah tersebut sebagai sumber kekuatan kita untuk terus berjaya. Dan jika kita dipuji, janganlah pula berasa riak. Sebaliknya kembalilah segala pujian tersebut kepada-Nya, kerana tanpa keizinan-Nya tidak mungkin kita mampu memiliki apa yang kita usahakan.

Awal pujian adalah lembah kehinaan. 
Janganlah kita mudah terbuai dengan pujian yang diberikan, kelak kita yang akan binasa.



sekian,
kongsi dari motivasi iluvislam

senyumanmu...

langit menjadi saksi detik itu
detik yang tidak akan pernah luput dari kotak ingatanku
langit yang cerah
begitulah hati ini
dan hatimu


tika itu
senyuman terukir di bibirmu
gelak tawamu menjadi peneman
jatuh bangunmu
aku ingin bersamamu

yakinlah
aku sentiasa bersamamu
mereka jua bersamamu

seperti ingin dihentikan
detik yang sedang berlalu

namun
siapalah aku
hanya insan kerdil
yang tidak punya apa-apa

aku percaya
akan tiba lagi detik seperti itu
malah lebih indah lagi
untuk tika ini
selepas selamanya

mohon
kuatkan semangatmu
untuk dirimu
doaku
doa kedua ibubapamu sentiasa mengiringi dirimu
INSHAALLAH..

langit yang gelap
saat terakhir
terdetik di hati kecilku
adakah detik yang berlalu bersifat sementara ?


ya Allah..
kembalikanlah..
langit yang cerah..


dihiasi pelangi indah..
Terima Kasih ya Allah..

Sesungguhnya hanya Allah yang bisa melakukannya..

akhirnya
langit kembali cerah
sehingga kini
masih cerah
dan terus menerangi bumi

begitulah hati ini kembali 
bahagia
melihat keletahmu kembali seperti dulu
aku merayu
agar ianya kekal 
sama seperti langit yang sentiasa cerah

aku panjatkan kesyukuran kepada Ilahi
atas segala setiap detik yang berlaku

namun
sebagai insan yang bergelar manusia
dan khalifah 
di muka bumi ini

ingatlah
bahwa langit itu tidak selalu cerah


mendung berarak
membawa sesuatu yang harus disampaikan
kepada insan-insan
bertuah
dipilih 
oleh Maha Pencipta

dan tika itulah
kesabaran serta kekuatan 
menjadi peneman

mungkin detik ini buat dirimu
mungkin jua
akan tiba detik seperti itu
buat diriku

kerna langit yang cerah
adalah milik semua
dan begitu jua
langit yang tidak selalu cerah tetap menjadi milik semua

walau apa pun 
yang berlaku
aku sentiasa bersamamu
INSHAALLAH

dibantu oleh semangat
yang hadir 
di dalam dirimu

Aku Sayang Kamu
Lillahi..







Wednesday, July 20, 2011

lemahnya Aku..

kecewa terhadap diriku..
aku tidak mampu untuk membantu dalam membina kekuatan dalam dirinya
adakah aku yang bersalah?

rasa kasih dan sayang terhadap dirinya menguasai diriku
aku tahu dirinya sangat memerlukan aku
aku lemah tanpanya
tapi tidak sesekali akan aku curahkan rasa itu
di hadapanmu
jua mereka

tanpa dirimu
aku berusaha untuk kuat
tika dan waktu ini
dan terus cuba membina kekuatan yang sama untuk dirimu

aku tahu 
engkau seorang yang kuat
engkau umpama lilin yang sedang membakar
Allah sentiasa bersamamu
selagi aku masih bernafas
akan aku 
selalu berada disampingmu
menatap matamu
merindui senyuman dan gelak tawamu
berusaha mengukir senyuman di bibirmu
tiap saat
tiap detik

tidak akan aku relakan dirimu pergi
jauh dariku
dari mereka
kerana engkau juga salah satu kekuatanku
kekuatan mereka
dalam segala yang berlaku saat ini

ya Allah
Pinjamkan kekuatan-Mu
Aku mohon...


maafkan diri ini..
sekiranya tidak dapat memberi kekuatan yang diperlukan
pada waktu dan tika ini
.......
i need ur hug...

Aku menyayangimu kerana Allah..
sungguh Aku terlalu merinduimu..
tidak tahu lagi kemana harus ku luahkan

terus tersenyum

  olways be there for you,
inshaallah...
i'll come to you..
please..
don't leave me ...