Saturday, June 23, 2012

.....

Dalam diam,saya suka kamu tetapi saya malu hendak cakap...
Jadi,saya pendamkan sehingga kamu cakap kamu suka saya...

 

23 Jun 2012(SABTU)
6:24 petang
3.5.12, KHAR, UPSI

Friday, June 22, 2012

itu lagi?

Berkisar tentang ITU
sudah bosan mendengarnya lagi
berbalik ke mana-mana pasti tentang ITU
hanya senyuman menjadi tindakbalas terhadap cerita ITU


bukan suatu kesalahan apabila berfikiran tentang ITU
tetapi, usahlah terlalu tinggi dan jauh tahap pemikiran tentang sesuatu ITU
sesuatu yang sememangnya BELUM PASTI..
ku akui kelemahan diri..
ku insafi kekurangan ini.

bertukar ganti ITU dalam sekelip mata sahaja
membuat pilihan dengan memberi harapan
harapan yang tidak pasti
masih terawang-awang
masih tertanya-tanya
dalam erti kata manismu
hanya janji yang dilafazkan
berilah seribu satu alasan
berilah seribu satu cerita
berilah seribu satu khayalan

ku cerita 
ku kisahkan
ku coretkan
ku jadikan kalam
kalam cerita
cerita ITU
hanya sekadar luahan rasa
luahan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata
hanya Yang Maha Mengetahui lebih mengerti apa yang ada di dasar jiwa
di lubuk hati seorang insan yang lemah & leka
ku doakan semoga aku & mereka menemui ITU yang sebenar..
usahlah kita membiarkan masa yang diberi secara percuma dari ALLAH S.W.T..
hanya diisi dengan perkara ITU..


ya ALLAH..lemahnya diri ini..
apabila diuji dengan sesuatu..
sudah jatuh..tidak bangkit untuk berdiri..


Friday, June 15, 2012

Hargailah :)

cisdel ambil mutiara 20++ Mutiara Kata dan Ayat ayat Motivasi yang Menarik

lembu ni nak ambik mutiara.
tapi macam susah kan?
kenapa mesti mutiara ?
mungkin sebab mutiara tu berharga.
berharga dari segalanya..
Jika nak dibandingkan dengan emas?
kenapa lembu ni ta pilih emas ?
mungkin sebab emas tu boleh dapat kat mana-mana..
mutiara susah nak carik tau..
bukan senang na jumpa mutiara neh.

Jadi hargailah setiap apa pun yang kita temui. ta kira ianya mahal atau murah atau percuma sekalipun, hargai dengan penuh rasa syukur atas setiap nikmat yang diberi pinjam oleh Allah s.w.t
dengan izin-Nya mudah-mudahan dilindungi oleh-Nya..
begitu jua dengan setiap ujian & dugaan yang mendatang tanpa kita pinta..
jemputlah ujian yang datang 
dengan senyuman..
dengan ketenangan..
dengan kesabaran..
jua dengan penuh rasa gembira dan bersyukur..

ha, comel kan kucing neh?
sad06 Gambar Anak Kucing Sedih yang Sangat Comel

sangatlah comel kucing neh.
sayang sangat kat kucing.
sedeh bila anak kucing pernah ta bernafas lagi di muka bumi Allah ini depan mata sendiri
menangis ta berlagu
ta sampai hati nak menangis kebumikan kucing tu.
.
.
.
.
.
nak cerita, cukup 100 hari arwah ayah meninggalkan kami sekeluarga..'
ternyata Allah itu lebih menyayanginya berbanding kami sekeluarga..
kehilangan arwah amat dirasai sehingga kini..
tetap merasai seolah0olah arwah masih ada..
tangisan dalam hati hanya ALLAH yang mengerti..
tidak dapat diluahkan dengan kata-kata serta perlakuan..
hanya doa yang mampu dilakukan buat arwah ayah..
semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman disisi-Nya..
ameen..
4 /3/2012 - Pemergian ayah
3/4/2012 - Pemergian wak long (kakak sulung mak)
14/5/2012 - Pemergian pakcik (abang kepada mak)
dugaan kuat buat mak.
nak jadik macam mak. 
TABAH !


selamat malam semua 
semoga Allah memberkati para pembaca yang sudi singgah dalam ruangan ini ! 
Assalamualaikum ^^v
Doakan exam Englsih For Communication saya esok petang & doakan keselamatan perjalanan pulang saya ke kampung halaman ! kenduru arwah ayah 100 hari 17 Jun 2012 :)

230pagi
3512, KHAR



Always by ur our side :)

Di keheningan malam..
ku terasa sepi..
sepi ku sendiri..
meratapi hari yang berlalu..
berlalu pergi..
hanya yang tinggal adalah kenangan..

Kesedihan masih terasa..
tatkala aku kerinduan..
kerinduan kepada hati-hati yang bersatu di dalam hatiku..
hanya foto bersama menjadi kenangan..
tatkala mutiara jernih..
berupaya untuk ditahan..
aku menangis sendirian..

ya Allah..aku jatuh cinta..

sedikit ilmu didapati daripada sebuah buku bertajuk di atas..

usah pernah mengatakan diri ini sepi, sunyi dan perlukan teman..
perlukan sesuatu bagi menjadi punca dan semangat dalam kehidupan..
ibubapa, sahabat, teman dan guru hanyalah penyeri dalam lakonan pentas kehidupan kita..
yang lebih Mengetahui..yang lebih Menyayangi dan selalu bersama kita adalah Allah s.w.t



Biarlah kita kehilangan sesuatu kerna Allah s.w.t.
Usahlah kita kehilangan Allah s.w.t kerna sesuatu


830malam
3512,KHAR


Tuesday, June 12, 2012

Wanita Istimewa - FeelHoney

selamat pengantin baru.


Ameenn..
buat sahabat-sahabat, guru-guru, jiran- jiran, sepupu-sepupu, orang-orang kampung..
yang bakal atau pun sudah membuat keputusan serta kata sepakat..
untuk membina masjid..

Alhamdulillah..
bertemu jodohnya..
Tahniah..mungkin bakal melangsungkan..ku tunggu khabar darimu wahai sahabat..
ku doakan semoga engkau berbahgia di samping pilihan hatimu..
jagalah ia..

Wanita istimewa..
Rawat hatinya..
beri dia cinta..
jangan sekali-kali kau sakiti dia..
kerna hatinya mudah kecewa..
oleh cinta yg penuh berpura-pura..

Engkau..
harus sayangi dia..
kerna wanita dicipta untuk dicinta..
JANGAN CEMARKAN HARGA DIRINYA..
kerna dia masih punya CITA..

Alhamdulillah..ku harap kan kau kan bahgia hingga ke akhirnya..
mengenali engkau bukan suatu kenangan yang pahit..
malah suatu pengalaman serta pengajaran..
yang patut diambil iktibar darinya..
Terima Kasih..

mungkin masih banyak persoalan yang berada di minda..
banyak tanda tanya dan juga kata-kata..
namun, mungkin semuanya dusta belaka..
dan hingga ke akhirnya..
mungkin..
ku tidak mengenali siapa engkau sebenarnya..
mungkin..
ku tidak ditakdirkan untuk mengenali siapa dirimu yang sebenarnya..

khabar berita yang diterima..
kebenarannya hanya ALLAH yang lebih Maha Mengetahui..
tidak terbit sebesar zarah rasa kecewa, terluka mahupun berduka..
hanya DOA mengiringi dirimu dan dirinya..


semoga ikatan ukhwah yang terbina kekal hingga ke syurga..
insyaALLAH..


alangkah bersyukurnya..
jika ianya..seindah namamu..






Thursday, June 7, 2012

Ku serahkan segala kepada-Mu


Mujahadah.
Apakah maksud Mujahadah?
Mujahadah bermaksud melawan dan menundukkan kehendak hawa nafsu.
" Apabila nafsu dapat dikalahkan, individu mengutamakan perkara yang dicintai Allah dan mengetepikan kehendak peribadi."
" Orang yang sanggup melawan nafsu adalah orang yang percaya kepada akhirat serta hari pembalasan. Ia adalah kekuatan yang ada pada umat Islam."
Mujahadah menyucikan nafsu dan menaikkannya ke tahap yang mulia. Secara dasarnya, nafsu yang paling rendah martabatnya adalah nafsu ammarah. Hati yang dikuasai nafsu ammarah dipenuhi dengan syahwat, suka dipuji, takutkan kesusahan dan mudah kecewa.

taktaujadicaritaumaksudmujahadahyangsebenar:)

Selamat bermujahadah ya Ukhtiku Fillah..
Syukran kak..
pesanan dari seorang kakak di bumi UPSI ini..

Perkongsian bersama..
PAHIT sebab..SYURGA itu Manis..

Allah jua penentu segalanya..
Namun aku masih disini mencari yang tidak pasti..
Hidup ini indah jika segalanya kerna Allah..
Walau apa pun yang berlaku, jagalah hati dan hubungan yang sedia terbina kerna Allah..

Tiada sebarang jawapan mahupun persoalan yang dilontarkan ketika pertanyaan diajukan..
Lidah kelu tanpa kata-kata..seperti angin lalu..
Mungkin kata-kata tidak seiiring dengan akal fikiran..
Mungkin masih tidak cukup persediaan diri ini bagi menghadapi situasi itu..
Semoga Allah memberikan jalan yang terbaik buat dirinya dan diriku...
Tidak ku katakan YA, tidak ku katakan TIDAK..
Tidak kan ku berikan sebarang jawapan kerna aku masih tidak cukup bersedia..
Tidak cukup matang untuk menghadapinya..
Biarlah Allah yang menentukannya..

Cukuplah sekadar kita memperbaiki diri..dengan izin Allah, sekiranya kita ditakdirkan Ilahi untuk bersatu, tidak di dunia insyaAllah di akhirat..

hanya kepada Allah tempat aku memohon..
Maafkan aku..
namun Terima Kasih diucapkan kerna kita masih bersahabat..berukhwah kerna Allah..


Semoga Allah merahmati kita semua..
Ameen..
insyaAllah..