Wednesday, May 30, 2012

sayang semuanya. infinity.

1112.
bukan kod cinta. bukan password telefon bimbit. bukan jumlah tunai di tangan mahupun di dalam bank.
bukan no telefon yang bisa dihubungi. 
1112
satu rindu
satu memori
satu cinta
penuh kasih sayang
satu kenangan
setahun yang berlalu..
bagai semalam baru bermula..



bilamana ukhwah diuji..

mula menggagahkan diri untuk tidak mengalirkan mutiara jernih itu
namun, bila kenangan lalu bermain di minda..
tanpa izin!
airmataku menitis..
kau sahabatku..kau yang di hati..

dari sahabat teman, suka, duka, kongsi cerita, tangis bersama, katanya :-
keep holding ON.


you're not alone
together we stand,

diri ini yang meneruskan perjuangan..
terasa bagai ditinggal keseorangan..

Just, stay strong,
’cause you know I’m here for you,
I’m here for you
thanks awak..
rasa tidak mampu..tanpa kalian..
peratusan suka melebihi peratusan duka sepanjang perkenalan kita..
benarlah..ukhwah kerna ALLAH..semoga berkekalan..



30 Mei 2012
lafaz ikrar dan janji buat yang kedua kalinya dalam organisasi JMK
dahulu..bersama 1112
menangis bukan bererti kita tidak kan bertemu lagi..
mungkin ini yang terakhir kali..
hanya satu ku pinta..
jangan dilupakan kami..
jangan ditinggalkan kami..


kini..bersama 1213..
Jawatankuasa Mahasiswa Kolej sesi 2012/2013..
semoga kita dapat membina ukhwah kerna ALLAH..
menunaikan amanah yang diberi kerna ALLAH..


buat semua..bermula dari hairieyl, kak emy, mariduan, nisa, adonis, zati, shah, kak asiah, kak sufia, anep, yoke, faiz, wahyu, sahli, afifah, munirah, husna, aina, shiu man, rai, ipin, shirley, nita, usamah, qilah, munqeez, nur, azrin, farhan, shidi, ziemah, fred & kak afiqah

kita harus bersatu dalam membina ukhwah..
kerna ukhwah itulah yang menghubungkan kita..
bersama menunaikan tanggungjawab yang digalas bersama-sama..
belajar menerima segala kekurangan diri & orang lain..
berlapang dada
membetulkan niat dalam hati masing-masing..

suka duka perit tangis tawa adalah lumrah..
lumrah dalam berorganisasi malahan lumrah serta adat dalam sebuah keluarga..
saling memahami..itulah kunci kebahagiaan..
kejujuran..

terakhir..sayang kalian..

notakaki : maaf  JMK1213, tak de pd su lagi gambar kite semua. 
nnt kite amik, su letak ye. :p

Friday, May 25, 2012

Umi, Boleh Tak Anakmu Ini Nak Kahwin?

Umi, saya nak kahwin. Umi janganlah bersusah hati ya, ini kerana pernikahan itu membuka seribu pintu rezeki. Perkahwinan atas nama Islam, sudah pasti akan diredhai Allah. Daripada Anas r.a, katanya telah bersabda nabi S.A.W bahawa perkahwinan adalah sunnahku, sesiapa yang benci sunnahku, maka dia bukan dari golonganku. Allah S.W.T menjadikan manusia dengan fitrahnya yang ingin hidup berpasang-pasangan, berkasih-sayang, bahagia, dan dapat memenuhi tuntutan syahwatnya melalui cara yang halal. Fitrah tersebut dapat dilaksanakan melalui ikatan perkahwinan yang sah. Bolehkah umi?

Umi, saya nak kahwin. Umi janganlah menghalang keinginan saya, kerana Allah sudah berjanji, barangsiapa berkahwin keranaNya pasti akan dipermudah segala urusan. Namun cinta jangan dilawan, kerana bila jodoh datang bertandang, tiada siapa yang mampu menolak kuasa Tuhan. Bolehkah umi?

Umi, saya nak kahwin. Jangan sesekali risau pasal pelajaran, kerana ia takkan pernah berhenti. Hatta sampai ke mati sekalipun, ilmu takkan pernah habis dicari. InsyaAllah, si dia yang bergelar suami tidak akan menghalang saya menuntut ilmu, kerana kami berdua dahagakan ilmu. Ingatkah umi, menunda perkahwinan menurut Syeikh Muhamad Bin Shalih Al-Utsaimin adalah sikap yang bertentangan dengan perintah Rasulullah SAW:

SAW bersabda: “Jika seorang lelaki yang engkau sukai agama dan akhlaknya melamar, maka nikahilah dia (dengan puterimu). Jika hal itu tidak kamu lakukan, maka akan ada fitnah di atas bumi dan kerosakan”

Umi, saya nak kahwin. Walaupun si dia yang merupakan lelaki pilhan saya masih belum bekerja, bukan bermaksud dia tidak boleh menyara bakal isterinya. Sudah tercatat di dalam Quran, orang miskin sekalipun pasti akan dimampukan oleh Allah lepas berkahwin.
Umi, saya nak kahwin. berkahwin itu menghalang maksiat. Daripada si dia melihat perempuan di sana sini, lebih baik dia melihat isterinya saja. Dapat pahala lagi. Umi, perkahwinan juga adalah benteng mempertahankan maruah dan harga diri. Sesungguhnya, manusia perlu berkahwin adalah disebabkan tuntutan psikologi dan fitrah dijadikan Allah. Maka atas tuntutan itu, tanpa adanya perkahwinan, manusia akan terjerumus ke lembah perzinaan dan maksiat. Nauzubillah.
Umi, saya nak kahwin. Percayalah yang calon suami saya memang sudah bersedia untuk bertanggungjawab. Jangan dilihat pada kematangan pada usia, tapi lihatlah pada peribadi dirinya. Jika dia sudah bersedia menjadi pemimpin, maka benarkanlah dia jadi pemimpin kepada isterinya pula. Walaupun, Ilmu agamanya sedikit cuma, tapi si dia tiada pernah berhenti mencari ilmu. Maka doakanlah supaya dia dapat menjadi seorang lelaki yang lebih soleh dan dapat membimbing saya ke jalan Allah.
Umi , saya nak kahwin. Semua ini hanyalah keinginan anakmu saja. Namun kiranya tiada dipersetujui, anakmu terima sepenuh hati. Kerana si dia juga tahu, bagaimana untuk menghormati keputusan kedua orang tuanya. Namun, sekirannya umi bersetuju ingin mendapat anak menantu, maka izinkanlah anakmu ini mencari calonnya. InsyaAllah, bukan calon suami yang dicari, tapi calon ayah kepada cucumu yang akan dicari.
Umi, saya nak kahwin. Apa pun jua keputusan dipilih, semoga Allah sentiasa memberkati. Dan semoga pilihan itu adalah yang terbaik. Sama-samalah kita berharap kepadaNya.


sekadar perkongsian bersama para pengunjung rumah blog yang simple ini ! 
12:03 a.m
3512KHAR

Thursday, May 17, 2012

Monday, May 14, 2012

_ _ _ _ _ wahai diri.


balik ya hujung minggu ni. jumpa keluarga tercinta.
terima kasih ya ALLAH..untuk situasi yang berlaku hari ini..
semoga ianya menjadi sumber kekuatan untuk aku lebih tabah !


semoga ALLAH menempatkan arwah dalam kalangan orang yang beriman..
Ameen..
senyuman terukir di bibir...tidak semestinya hatinya juga terukir segaris senyuman..

selamatmalamsayangsahabatku..

Saturday, May 12, 2012

bukan sempena HARI IBU :)

Ibu..


Aku lahir tanpa apa-apa.
Engkaulah yang mengajariku segalanya,
Membesarkanku dengan segala upaya,
Berharap aku kan jadi orang yang berguna..

Ketika..
Aku menangis dalam ketakutan..
Engkaulah yang menenangkanku..
Ketika..
Aku jatuh sakit..
Engkaulah yang selalu berda di sampingku..

Engkau..
Menegurku ketika aku salah..
Mengingatkanku ketika aku lupa..
Menghiburkanku ketika aku sedih..
Menyembuhkanku ketika aku terluka..

Kini..
Aku telah dewasa..
Berusaha mengejar dan meraih cita-cita..
Berharap kan menjadi orang yanmg berguna..
Demi mewujudkn harapan dan impian keluarga..


TERIMA KASIH IBU..
Engkaulah segalanya bagiku..
tanpamu kini aku bukanlah apa-apa..

Kasihmu padaku tidak akan terbalas sepanjang masa..



i miss you, IBU..

 

MAK, rindulah..


rindu kat semua..
bukan sempena HARI IBU yang dalam kalendar..
hati memang meronta dah nak balik..
cuma tak dapat nak balik..

Semoga ALLAH melindungi pakcik yang sedang berda di dalam ICU kini.
Semoga ALLAH mengurangkan rasa sakitnya..
Semoga ALLAH memberi kesedaran terhadap anak-anaknya..
SAKIT itu UJIAN ALLAH yang hadir
sebagai peringatan buat diri kita..

Ameenn..

kalau nak diikutkan perasaan..
memang menangis dah..
tapi, takda guna..
buang airmata..
ubat rindu call mak..
:)


mak, jaga diri..
terima kasih ALLAH jagakan mak untuk saya..
:)