Friday, May 31, 2013

31 Mei 2012 - 31 Mei 2013

31 Mei 2012.

Tarikh yang pernah terpalit satu sejarah & kenangan :)



Di saat ikrar dilafazkan
Amanah dalam pegangan
Tanggungjawab perlu digalas
Meneruskan perjuangan
Generasi Simbiosis 11/12

Saat ini berat melepasakan rasa ini berlalu
Airmata yang mengalir tidak sanggup melepaskan mereka yang bergelar abang & kakak
yang banyak mengajar
yang sudi berkongsi segala ilmu
segala pahit & manis dalam gerabak ini

Lagu by Mama

Di saat diriku
ketandunsan kata kata
kau datang menjelma
membawa cahaya

Kasihmu memberi sinar
untukku teruskan
kehidupan yang penuh dugaan cabaran

Indahnya Ukhuwah
Tanpa terpalit rasa
Sifat mazmumah antara kita
Kerdipan cahaya akan ku kenang jasa
Kenangan bersama antara kita

TERIMA KASIH.

Dan
Seharusnya 31 Mei 2013
menjadi tarikh keramat bagi
penerus generasi melafazkan ikrar
namun perjuangan peperiksaan harus ditempuhi dahulu
perjuangan yang menjadi salah satu matlamat UTAMA di UPSI

Namun, ALLAH memberi ruang & peluang
30 hari 
Masa yang perlu dihargai
Untuk menyelesaikan segala masalah & tugas yang telah tertangguh

Tanggal 30 Jun 2013
Penerus Generasi Inspirasi
bakal menggantikan posisi kami

Semoga dipermudahkan urusan kami
Semoga dipermudahkan urusan mereka
Semoga mereka tabah & bersiap sedia
dengan apa jua cabaran yang mendatang !

Setiap generasi itu berbeza cabaran
Walau apa pun gerabak ini tidak akan rugi apabila kita tidak menyertainya
Malahan kita yang akan rugi andai kite melepaskan ianya pergi..


Usah dipandang pada pahitnya, tetapi selamilah kepahitan agar dapat merasai kemanisan dipenghujungnya

wahai adik adikku
penerus generasi inspirasi

akak doakan semoga anda kuat & mampu mengharungi perjuangan dalam menggalas amanah ini
letakkan harapan pada PENCIPTA bukan ciptaanNYA

akhir kata, saya sayang semua.
TAHNIAH
Andalah insan yang terpilih
terpilih olehNya untuk menyertai gerabak ini.


depan laptop ada buku,
lepas ni study.
5-1-5.
alone




Wednesday, May 29, 2013

Gembira + Senyuman + Tangisan = Hadiah



TAHNIAH
Suriati Bt Mohd Khormain..
Alhamdulillah..
Rezeki..
Tak sangka dapat anugerah ni..
ape ape pun semua terima kasih Allah..
Family yang selalu doakan kejayaan aku kt UPSI ni..
Alhamdulillah , Alhamdulillah , Alhamdulillah


Alhamdulillah..
berkat doa sahabat sahabat pun ade.

hik3, panjang lebor pulak berucap. macam anugerah bintang popular.
HAHA.

Ape ape pun. Alhamdulillah..

Tu je yang mampu diucapkan dengan kata-kata campuq dengan muka yang segannya naik pentas.

abeh dah gambaq mase semester 1 terpampang kt slide, semua duk pakat tengok.
sampai ade yang tekejut, eh kenape tak sama gambar dengan yang amik hadiah kat pentas.

errr?????

dush ! maluunyeeeee..

makan spinach ni jap lagi, bertukar ! pukol orang tu kuat kuat.


eh eh eh. lama tak tengok citer popeye neh.
HEHEHE..

nak story tellingnya tak boleh tidor malam tadi.
pagi ni pegi berusehe menyelesaikan masalah. eh bukan. namanya memang masalah.
tapi bila nanges.rase macam ujian.
eh , ha ujian lah kot.

pastu cariklah penyelesaian, kalau nangis. memang lah tak selesai.

terima kasih kepada yang membantu mencari penyelesaian masalah.
hope all of this going to be fine.
hm.


aku nak belajar tenang. walaupun selepas berapi badan.
disirami dengan airmata.
huh.
RATU AIRMATA !!
baru lega lepas nanges.

kegembiraan dengan anugerah tersebut aku raikan dengan kesyukuran.
at the same time, doa ku kirimkan.
mohon padaNya
agar dilembutkan hati ku, hatinya, hati kita agar dapat ditarbiyah dengan baik.
doa ku agar aku tidak diuji lagi sepertimana kesilapan aku yang dulu.

ujian adalah tarbiyah dari Allah.


sekian. 
takut untuk diuji.
kenapa kita diuji?
KERANA STATUS KITA HANYA HAMBA.


dari meja sendiri. 
5-1-5
bersama hati yang luluh.
(^_^)






Monday, May 27, 2013

CINTA kerana ALLAH atau kerana NAFSU?




As'salammualaikum..

Jatuh yang tidak ada orang simpati ialah jatuh cinta. Sebab jatuh cinta indah, tidak macam jatuh tangga atau jatuh pokok, sakit. Cinta banyak perkara cinta. Tidak ada siapa pun yang dapat larikan diri daripada mencintai dan dicintai. Kemuncak cinta, ada orang masuk syurga kerana cinta dan tidak kurang ramai orang yang akan dihumbankan ke neraka gara-gara cinta. Cinta yang begaimana boleh bawa seseorang ke syurga dan kenapa ada yang masuk neraka lantaran kerana cinta?

Cinta, rasa yang ada dalam hati yang tidak boleh disukat-sukat. hati yang merasainya, sehingga boleh terhibur atau terseksa kerananya. Datangnya dari dua sumber yakni dari nafsu dan dari Allah.

Cinta yang diilhamkan oleh nafsu berlaku bila hati kotor, sering melakukan dosa dan tidak pula bertaubat. Sifat-sifat keji seperti sombong, ujub, riak, gila puji, hasad dengki dan lain-lain sifat jahat bersarang dalam hati tidak dikikis, maka ketika itu nafsulah yang akan jadi Tuhan dalam diri sehingga apa saja yang dilakukan mengikut arahan nafsu. termasuk dalam meletakkan cinta, ukuran yang diberi dan sebab jatuh cinta pun ikut selera nafsu.

Lelaki akan jatuh cinta pada perempuan yang mendedahkan kecantikannya hingga tubuh badan perempuan itu sudah tidak terlindung lagi pada pandangan nafsunya. Cinta diberi ialah untuk mengisi keinginan nafsu seks lelaki kepada perempuan. begitu juga wanita, jatuh cinta sebab lelaki kaya, handsome bergaya, ada jawatan dan lain-lain keistimewaan yang disenangi oleh nafsu. lantas cinta diberi dengan harapan mereka dapat tumpang kemewahan dan kesenangan hidup lelaki tersebut. Jelasnya, cinta yang datang dari nafsu ditujukan untuk kesenangan nafsu semata-mata.

Bila bertaut dua cinta yang dilahirkan oleh nafsu yang punya kepentingan masing-masing maka berlangsunglah babak-babak melahirkan rasa cinta. Dari surat menyurat, telefon, ziarah, keluar makan-makan, berdua-duaan di taman bunga, dalam keadaan saling rindu merindukan.. Ketika itu tak ada lain dalam ingatan melainkan orang yang dicintai. Sehari tak jumpa atau tidak telefon rasa berpisah setahun. Sudah tidak malu pada orang sekeliling, apa lagi pada Allah yang Maha Melihat. Lagi mereka tidak ingat dan takut. Lantaran itu mereka sanggup buat apa saja untuk membuktikan kecintaan pada pasangan masing-masing.

Hatta yang perempuan sanggup serah maruah diri konon untuk buktikan cinta pada lelaki. Yang lelaki pula rela bergolok bergadai untuk memberikan kemewahan pada perempuan sebagai bukti cinta. Akhirnya bila yang perempuan telah berbadan dua, lelaki serta merta hilang cintanya. habis manis sepah dibuang. Kalau pada lelaki pula, ada duit abang sayang, tak ada duit abang melayang. Kalau pada suami pula, isteri seorang suami disayang, bila hidup bermadu kasih pada suami

Itulah falsafah cinta nafsu yang melulu. Cintanya hanya selagi nafsu ada kepentingan. Cinta inilah yang banyak melanda orang muda yang dilambung asmara. Hingga sanggup buat apa saja, sekalipun bunuh diri, kalau kecewa dalam bercinta. Walhal sedap dan indahnya sekejap. Sakitnya lama, sakit yang paling dahsyat ialah di neraka kelak. Inilah kemuncak cinta yang paling malang dan memalukan.

Cinta nafsu kalau pun boleh bersambung sampai membina rumahtangga ia tetap akan menyeksa. Kerana suami akan cinta pada isteri selagi isteri masih muda, seksi dan manja. Yakni selagi nafsu dapat disenangkan. Bila isteri tua, kulit berkedut, tampal make-up lagi hodoh, rambut putih dan gigi pun sudah banyak gugur seperti opah, badan pun sudah kendur, maka cinta suami akan beralih pada gadis muda yang menarik. Sekaligus hilanglah cinta suami. Menderitalah isteri yang hilang perhatian suami apalagi kalau terang-terang depan mata suami kepit perempuan lain, lagilah isteri terseksa.

Begitu juga si isteri. Cintakan suami selagi suami boleh membahagiakan dan menunaikan segala keinginan nafsu. Selagi suami kasih dan sayang padanya. Andainya suami hilang kuasa, jatuh miskin, masuk penjara atau suami kahwin lagi seorang maka serta merta hilang cinta pada suami. Sebaliknya berbakul-bakul datang rasa benci pada suami yang dulu dipuja tinggi melangit. Begitu mudah cinta bertukar jadi benci. Akibatnya berlakulah pergaduhan, masam muka, kata-mengata, ungkit mengungkit, suami tidak pedulikan isteri dan isteri pun hilang hormat pada suami. Rumahtangga panas dan menunggu saat untuk ditalqinkan ke kubur perceraian. Ketika itu tak ada lagi pujuk rayu, cumbu mesra sebagaimana waktu cinta tengah membara. Maka doktor yang menulis pun dituduh merendahkan wanita, jangan marah tau.

Itulah gara-gara cinta nafsu yang sudah menyusahkan manusia di dunia lagi.

Sebaliknya cinta yang dialirkan oleh Allah ke dalam hati, itulah cinta yang benar, suci lagi murni. Cinta yang bukan diukur ikut pandangan mata, tapi ikut pandangan Allah. Ia bersebab kerana Allah dan cinta diberi pun untuk dapat keredhaan Allah. Cinta begini tiada batasannya. Tidak pula kenal jantina dan kedudukan. Dan cinta lahir hasil dari sama-sama cinta pada Allah.

Boleh berlaku pada lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan, lelaki dengan perempuan, antara murid dengan guru, suami dengan isteri, sahabat dengan sahabat, rakyat dengan pemimpin, antara umat dengan Nabinya dan yang paling tinggi antara hamba dengan Tuhannya.

Kalau berlaku antara lelaki dengan perempuan yang tidak diikat oleh tali perkahwinan, mereka tak akan memerlukan untuk berjumpa, bercakap atau melakukan apa saja yang bertentangan dengan kemahuan Allah. Cinta mereka tidak akan dicelahi oleh nafsu berahi. Sebaliknya cinta itu ialah tautan hati yang berlaku walaupun tak pernah kenal atau baru kenal tapi hati rasa sayang dan rindu. Hati sedih kalau orang yang dicintai ditimpa susah, senang kalau yang dicinta itu senang. Sanggup susah-susahkan dan korbankan diri untuk senangkan orang yang dicintai.

Cinta yang begini ada diceritakan dalam hadis, iaitu seorang lelaki yang bertemu dan berpisah dengan sahabatnya kerana Allah maka mereka akan mendapat perlindungan ‘arasy Allah di padang mahsyar nanti, hari di mana masing-masing orang mengharap sangat lindungan dari matahari yang sejengkal saja dari kepala.

Kalau berlaku antara suami isteri maka isteri akan letak seluruh ketaatan pada suami, berkhidmat dan melayan suami tanpa jemu-jemu. Sama ada waktu suami tunjukkan sayang atau masa suami marah-marah. Sama ada suami kaya atau miskin, atau suami kahwin lagi, cinta isteri pada suami tidak belah bagi. salah satu contohnya penderitaan mengundang bahagia. Kerana cintanya pada suami datangnya dari Allah hasil dari ketaqwaan isteri. Datanglah ribut taufan, angin putting beliung melanda rumah tangga, isteri tetap memberikan cintanya yang utuh dan teguh.

Begitu juga suami, cinta pada isteri tidak kira isteri itu muda atau tua. Samada pada hatinya. Selagi isteri taat pada Allah, isteri tetap dikasihinya. Kalau dia ada empat isteri, tentulah isteri-isteri akan tertanya-tanya, pada isteri manakah yang suami paling cinta? Kalau cinta itu bersumber dari Allah, tentu isteri yang paling taqwalah yang paling layak dicintai oleh suami lebih dari isteri-isteri lain. Sebagaimana Rasulullah lebih mencintai Aisyah kerana taqwa Aisyah lebih tinggi dari istei-isteri lain. Rasulullah saw akui sendiri hanya bersama Aisyah saja, dalam satu selimut baginda pernah diberi wahyu. Tapi tidak pernah berlaku semasa baginda satu selimut dengan isteri-isteri yang lain.

Sumber cinta yang datang dari Allah akan meletakkan Allah yang paling tinggi dan utama. Bila berlaku pertembungan antara cinta Allah dengan cinta pada makhluk maka cinta Allah dimenangkan. Misalnya seorang isteri yang cinta suaminya. Tiba-tiba suami larang isteri melakukan ketaatan pada Allah dalam hal tutup aurat, walhal tutup aurat itu Allah tuntut. Maka kecintaan pada Allah itu akan mendorongnya untuk laksanakan perintah-Nya walaupun suami tidak suka ataupun terpaksa kehilangan suami. Sanggup dilakukan sebagai pengorbanan cintanya pada Allah. Sebaliknya kalau dia turut kemahuan suami ertinya kata cinta pada Allah hanya pura-pura, cintanya bukan lagi bersumberkan Allah tapi datang dari nafsu.

Cinta yang datang dari Allah menyebabkan seseorang cukup takut untuk melanggar perintah Allah yang kecil, apalagi yang besar, lagi dia gerun. Seorang yang sudah dapat mencintai Allah, cinta yang lain-lain jadi kecil dan rendah padanya.

Sejarah menceritakan kisah cinta Zulaikha terhadap Nabi Yusuf. Sewaktu Zulaikha dibelenggu oleh cinta nafsu yang berkobar-kobar pada Nabi Yusuf, dia sanggup hendak menduakan suaminya, seorang menteri. Bila Nabi Yusuf menolak keinginannya, ditariknya baju Nabi Yusuf hingga terkoyak. Akibat dari peristiwa itu Nabi Yusuf masuk penjara. Tinggallah Zulaikha memendam rindu cintanya kepada Yusuf.

Penderitaan cinta yang ditanggung oleh Zulaikha menyebabkan dia bertukar dari seorang perempuan cantik menjadi perempuan tua yang hodoh. Matanya buta kerana banyak menangis terkenangkan Yusuf, hartanya habis dibahagi-bahagikan kerana Yusuf. Sehingga datanglah belas kasihan dari Allah terhadapnya. Lalu Allah mewahyukan agar Nabi Yusuf mengahwini Zulaikha setelah Allah kembalikan penglihatan, kemudaan dan kecantikannya seperti di zaman gadisnya. Peliknya, bila Zulaikha mengenal Allah, datanglah cintanya pada Allah sehingga masanya dihabiskan untuk bermunajat dengan Allah dalam sembahyang dan zikir wirid sehingga terlupa dia hendak melayan kemahuan suaminya Yusuf yang berhajat kepadanya. terpaksa Nabi Yusuf menunggu Zulaikha menghabiskan sembahyangnya, hingga hampir hilang kesabaran Nabi Yusuf lantas ditariknya baju Zulaikha sehingga koyak; sebagaimana Zulaikha pernah menarik baju Nabi Yusuf seketika dulu.

Begitulah betapa cinta yang dulunya datang dari nafsu dapat dipadamkan bila dia kenal dan cinta pada Allah. Cinta Allah ialah taraf cinta yang tinggi. Kemuncak cinta ini ialah pertemuan yang indah dan penuh rindu di syurga yang dipenuhi dengan kenikmatan.

Cinta pada Allah akan lahir bagi orang sudah cukup kenal akan Allah. Kerana cinta lahir bersebab. kalau wanita cinta pada lelaki kerana kayanya, baiknya, tampan dan sebagainya dan lelaki cinta wanita kerana cantik, baik, lemah lembut dan sebagainya maka bagi mereka yang berakal akan rasa lebih patut dicurahkan rasa cinta pada Allah kerana segala kenikmatan itu datangnya dari Allah.

Ibu bapa, suami, isteri, sahabat handai dan siapa saja yang mengasihi dan mencintai kita, hakikatnya itu semuanya datang dari Allah. Kebaikan, kemewahan dan kecintaan yang diberikan itupun atas rahmat dan kasihan belas Allah pada kita. Sehingga Allah izinkan makhluknya yang lainnya cinta pada kita. Walhal Allah boleh bila-bila masa menarik balik rasa itu dari hati orang-orang tadi kalau Allah mahu.

Allah yang menciptakan kita makhluk-Nya, kemudian diberinya kita berbagai-bagai nikmat seperti sihat, gembira, dan macam-macam lagi. Samada masa kita ingat pada-Nya ataupun masa kita lalai, tetap diberi-Nya nikmat-nikmat itu. Begitulah, kebaikan Allah pada kita terlalu banyak sebagaimana firman-Nya: yang bermaksud:

“Kalau kamu hendak menghitung nikmat-nikmat Allah, nescaya kamu tak terhitung.”

Besar sungguh jasa Allah dari menciptakan, menghidupkan dan memberi rezeki, suami, isteri, rumah dan macam-macam lagi yang dengannya kita boleh lalui kehidupan dengan aman bahagia. Alangkah biadapnya kita kalau segala pemberian Allah itu kita ambil tapi lupa untuk ucapkan terimakasih, lupa pada yang memberi. Walhal, Allah boleh saja menyusah dan menyenangkan kita dengan kehendaknya.

Oleh itu orang yang betul kenal dan beradab, dia malu pada Allah. malah kerana malunya itu dia tidak nampak yang lain lebih hebat dari Allah. Cintanya tertumpu pada Allah, dan penyerahan diri pada Allah sungguh-sungguh. Setiap saat menanggung rindu lalu masanya dihabiskan untuk berbisik-bisik dengan kekasihnya. Sehingga kerana terlalu mendalam cinta pada Tuhan ada hamba Allah yang berkata, “Wahai Tuhan, aku mencintai Engkau bukan kerana takutkan neraka-Mu. tapi kerana Zat-Mu, ya Allah. Aku rela masuk neraka kalau itulah kemahuan-Mu.”

Itulah rintihan hati seorang wali perempuan Rabiatul Adawiyah dalam munajatnya dengan Allah. Dia menyatakan dua cinta tidak boleh duduk dalam satu hati. Bila cinta Allah sudah penuh dalam hatinya, maka tidak ada tempat lagi untuk cinta selain dari itu.

Ada orang mangatakan: “jika kau berikan hatimu ataupun cintamu pada manusia nescaya dia akan merobek-robekkannya . tapi kalau hati yang pecah itu diberikan kepada Allah nescaya dicantum-cantumkan- Nya. Ertinya cinta dengan Allah pasti berbalas. Dan Allah tidak membiarkan orang yang dicintai-Nya menderita di akhirat.”

Jadi seorang yang bijak dan beradab akan meletakkan kecintaan yang besar pada Allah, pada Rasulullah dan barulah pada makhluk-makhluk lain di samping-Nya. Itulah perletakan cinta yang betul dan menguntungkan di dunia dan juga di akhirat. Itulah dia cinta kita pada Allah swt yang patut kita letakkan.




perkongsian dari artikel yang menarik.
untuk diri sendiri, pembaca, ahli keluarga, sahabat handai yang disayangi keranaNya.
Jom muhasabah diri.

Allah.
Terlalu menggunung dosaku padaMu.
Ampunkan hambaMu ini ya Allah.

2:12 pagi.
5-1-5, KHAR
dekat meja belajar.

Sunday, May 26, 2013

cerita campur campur.



Bengkak hati kita !


okay, nonsense ! 
HAHAHA.

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera!

Umur kembali matang.
bakal bergelar guru praktikal
di mana? cube teka !
HEHEHE

Aku harus berjuang
Mendidik mereka yang bakal menjadi anak didikku

15 Julai 2013 - 8 November 2013
Jumpe di Seremban !

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar
Taman Tuanku Jaafar, Sungai Gadut
71450, Seremban
Negeri Sembilan, Malaysia

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar atau nama ringkasnya SMK Taman Tuanku Jaafar, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Taman Tuanku Jaafar, Sungai Gadut.
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar memiliki 788 pelajar lelaki dan 754 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1542 orang. Ia mempunyai seramai 87 orang guru.


Nampak?
Betapa besarnye keluasan kawasan sekolah tersebut.
InsyaALLAH, saya akan berusaha sedaya upaya saya untuk berkongsi ilmu yang saya ada.
Selamat pagi murid murid (dengan muka bengis)
hari pertama mengajar
hari kedua mengajar
selamat pagi murid murid (dengan muka tegas)

HAHA. ape ape jela.
adakah aku bersedia dengan ujian yang bakal tiba sepanjang PRAKTIKAL ?
yeah, aku mampu !

tettt...
cerita bila umur dah senja.

Jawatan yang akan ku tinggalkan.
Amanah yang akan kau galaskan.

Namun kini hampir melepaskannya.
Semoga berjaya buat bakal penggantiku.
Ikhlaskan hati 
Kata kunci yang paling utama
Andai itu takdirnya, maka akan ku terima
Andai itu jalan ceritanya, akan ku doakan yang terbaik untuknya

Hanya Tuhan yang mengerti hati ku & hati hatimu
Kuatkan akar, sebelum mengoperasikan dahan.




Ingatlah wahai insan..
Tidak semua yang kita harapkan akan termakbul sepenuhnya
Walau kita dibelai, dimanja dengan kemewahan..
dengan kebahagiaan..
Namun ianya juga adalah ujian..
Kerana apa?
kerana status kita hanyalah HAMBA..

Usah selalu memberi sandaran buat yang lain,
sandarkanlah diri di atas kaki sendiri
berpaut pada Nya
Langkah yang tercipta itu pada mulanya memang sukar
Pengakhirannya kita yang merancang, namun hanya DIA yang menentukan

Bismillahirrahmanirrahim..

A028
Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah.

dedikasi buat pembaca.


Ungkit mengungkiti
Sakit menyakiti
Memusnahkan diri

Jangan Ada Benci, by Casey

Yang penting ! 
Tabah & Bersedia.





Monday, May 20, 2013

Untuknya.






ini sahaja doaku untuknya.

yang tidak pernah aku tahu siapa dia.

amin ya Rabb.



jom sejenak.

muhasabah diri kembali.

Tuesday, May 14, 2013

11 Mei 2013 :-)

11 Mei 2013

Istimewa, penghargaan buat barisan Jawatankuasa Mahasiswa Kolej
Kolej Harun Aminurrashid, UPSI

gelagat bermula perjalanan ke Ipoh



sepanjang majlis








sehingga ke akhir majlis

Alhamdulillah




Tuesday, May 7, 2013

Pergi - Simbiosis + Inspirasi :)


was made by Intan Nurazlin Azman.
alone, i will cry kuat kuat !
Thanks, for leave me a sweet memories through this video about US.

my heart.
touched already.
they teach me everything.
they teach me what is ukhuwah.
they teach me what is doa rabitah.
they teach me what is love.
bcoz of them, here i am.
so sweet !

ALLAH is THE BEST PLANNER.

ALLAH hadirkan mereka untuk saya.
ALLAH hadirkan mereka membantu saya.
ALLAH hadirkan mereka memilih saya untuk berada di posisi sekarang.

Terima kasih ALLAH.
Terima kasih mereka.
suka, pahit, manis, duka.
ku telan jua.
itulah kehidupan.
permulaannya sukar, pertengahannya duka bercampur suka, pengakhiran yang agak duka, namun disulami ketabahan & sokongan yang kuat bagi meneruskan legasi JMK.

Bukan hanya Jawatankuasa Makan Kuat
Namun ianya Jalan Membina Keluarga.
Tambahan ianya adalah Jalan Mencari Keredhaan.
Jalan Mengenal Kesabaran.
Jalan Membawa Kebahagiaan.
Jalan Mengenal Kedukaan.

Tanpa JMK, tidak ku kenal erti organisasi. Keluarga seramai 33 orang - JMK 11/12



Plus now, my family JMK12/13 - 37 orang.



Jumlah 33 + 37 = 70 orang.

what a beautiful number ! what a such wonderful sweet memories that ALLAH give for us.

Hargai tika ada, Rindui bila tiada.

Terima kasih mereka yang memberi peluang & kepercayaan untuk diri ini & sahabat2 ber7 meneruskan legasi JMK 1213.




Terima kasih juga kepada 30 INSPIRASI yang sudi bersama kami ber7 meneruskan perjuangan di jalan ini.
Terus bersama pahit manis menunaikan amanah yang diberi.

khas lagu PERGI untuk semua pembaca !



okey. bye bye.

Pergi sekarang.

Nak buat RPH. kui3. LOve all of you.


Semoga ukhuwah berkekalan hingga ke syurga.
Kekalkan kemesraan hati hati kami, ya ALLAH.
Amin ya rabb.

Stop kan masa. please. Someone said.
cannot sayang, its okay.
ALLAH IS THE BEST PLANNER.

Lots of Love.

Monday, May 6, 2013

Perasaan sekarang. =_=

Tetibe aku rasa.


apabila.

Intan : awak buat kajian tindakan tajuk ape?
Aku : err.. tak buat lagi.
Intan : ohh, awak buat Proposal tesis. 

Aku : (rase errmm.. ermm.. ermm..)
Kajian tindakan tu mcm mane pulak?

oh, gara gara tak ke kelas. HURM.


now, week 11.

another 2 weeks.

tindakan yang perlu diambil adalah !

stay up. appreciate TIME. 


esok. jejak kan kaki ke pustaka PLEASE. i need it. 

its my fault. semua tak siap. all my fault.

HABEHLAH.