Tuesday, January 29, 2013

Bukan entry about China :)


tertarik dengan tweet dari Santapan Minda 

Terkadang Allah hilangkan sesuatu yang kita sayang, kerana Allah sedang menggantikan sesuatu yang lebih indah untuk kita

ya, ALLAH itu Maha Mengetahui.

Hanya yakin dengan-NYA, doa serta usaha.

hanya doa yang mampu ku kirimkan buat dirimu, agar engkau sentiasa dalam lindungan rahmat-NYA.



Mungkin masih punya yang sesuai & layak untuk dirimu.

Sekarang, masih banyak lagi perkara yang perlu difikirkan.
Punya amanah yang perlu dilaksanakan.
Cukup sekadar kasih ini ku tumpahkan buat keluarga & sahabat2 tercinta.
Bukan lagi buat dirimu yang bukan halal buat diriku.
Tidak punya masa untuk fikirkan tentang perkara itu lagi.
Umur yang semakin meningkat waktunya untuk mengumpul seberapa banyak saham untuk dibawa ke akhirat.

ada yang berkata, seolah2 CINTA itu merupakan suatu kesalahan yang BESAR.
namun, fahami ia. CINTA itu meluas. 
CINTA itu kasih sayang.

Cinta adalah kekuatan,
yang mampu mengubah duri jadi mawar,
mengubah cuka jadi anggur,
mengubah sedih jadi riang,
mengubah amarah jadi ramah,
mengubah musibah jadi muhibbah,
itulah cinta..
Dideklamasikan oleh Ayyatul Husna
—–
Sekalipun cinta telah ku uraikan,
dan ku jelaskan panjang lebar,
namun jika cinta kudatangi,
aku jadi malu pada keteranganku sendiri…
meskipun lidahku telah mampu menguraikan,
namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang..
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya..
kata-kata pecah berkeping-keping,
begitu sampai kepada cinta..
dalam menguraikan cinta,
akal terbaring tak berdaya,
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur..
cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan..
Dideklamasikan oleh Anna AlthaFunnisa

Mungkin tersenarai dalam checklist perancangan masa hadapan.
Namun, biarlah masa yang menentukan.
tidak dunia, mungkin di akhirat jua.


Kesilapan masa lalu jadikan sebagai pengajaran & iktibar.
bersyukur dengan nikmat yang diberi.

Tiada yang terlihat lebih indah oleh dua orang yang menjalinkan cinta selain dengan perkahwinan.


Wednesday, January 16, 2013

Pelangi :)



jawapan bagi persoalan kenapa semua ini harus berlaku?




Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran. Contohnya Tuhan hadirkan pelangi yang indah dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan. 





Biar hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti.


insyaALLAH..


Monday, January 14, 2013

Ku akui..


hati gembira baru balik dari kampung ^^V
nak sambung blogging..

____________________________________________________________

ku selalu adaMu..

yess, thats right. tapi terkadang diri terleka dibuai  mimpi indah kehidupan dunia.

pertemuan itu sudah pasti akan diakhiri dengan perpisahan.

pahit manis menjadi kenangan.

kasih sayang yang dibina diharap semoga berkekalan sehingga ke akhirnya.

walau bukan sedarah, bukan sedaging. namun sayang itu terlahir jua dengan doa & ikatan yang mesra.

tangis tawa duka gembira senyuman airmata marah sayang benci tak suka menjadi teman menjadi lawan



namun itulah lumrah, lumrah insan berkasih sayang.

lumrah insan hidup di dunia.

jadi, jalanilah kehidupan ini dengan penuh tabah & cekal.

apa yang menanti di hadapan tidak lagi diketahui. hanya berbekalkan semangat juang yang tinggi. 

jadikan kefahaman sebagai aset utama dalam membuat sesuatu perkara.

pilihan dalam kehidupan memang mudah untuk dibuat, namun untuk memilih adalah suatu yang sukar untuk dilakukan.

hargailah tika ia ada, rinduilah bila ia tiada. 

fahamilah ia bilamana ia perlu difahami.

berilah ia ruang & masa bilamana ia memerlukannya.

mengertilah sekiranya ia adalah yang terbaik untuknya, pasti ALLAH memberi yang lebih baik.

tidak semestinya ALLAH beri apa yang kita minta & inginkan, tetapi ALLAH itu memberi apa yang kita PERLU.

usah kecewa pesan pada hati, biar apa pun yang terjadi. 

YAKIN bahawa perancangan ALLAH itu lebih baik daripada perancangan kita sebagai HAMBA.


Tuesday, January 8, 2013

Macam - macam :)


Alhamdulillah, masih diberi nikmat kehidupan hari ini !
tamat Semester 5, di U.P.S.I

tengok betul betul. cuak nye nak praktikal !
bakal menjejakkan diri dalam Semester 6 pada 18 Februari 2013.
NEXT?
semester 7.
SEE? bakal berpraktikal pada 15 Julai 2013 hingga 8 November 2013 !
serius?? serius !!!
InsyaALLAH, jika dipanjangkan umur.
aminn ya rabb..

macam macam dah jadik sepanjang semester 5.
pahit, manis, masam, tawar, masin pun ade.
semua rasa ada.
cuma semua rasa tu dah lepas pon. jadikan ia kenangan, jadikan ia pengajaran.
semoga dapat buat penambahbaikan pada masa depan !


HIDUP TAK SELALUNYA INDAH..
LANGIT TAK SELALU CERAH..
SURAM MALAM TAK BERBINTANG..
ITULAH LUKISAN ALAM..


yess. thats right. yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.
oh ya ALLAH, banyak sangat kalau nak cerita satu persatu. daripada mula sampai habeh. taknak cerita dah.

semua jadi kenangan.
apa yang utama? 2013, is a new diary !

hargai masa. masa yang ada, bukan kita boleh beli kat kedai jual masa. tak kan?
jadik, kalau siang, jangan tunggu tengahari, kalau tengahari, jangan tunggu petang, kalau petang ? jangan tunggu malam.

hari hari pun kena hargai. hargai mereka di sekeliling kita.
Mudah-mudahan jika ianya sudah tertulis, semoga ALLAH permudahkan..

Aminn ya rabb..
tak lari dari memohon petunjuk & perlindungan dari NYA !


semoga ALLAH permudahkan urusan kita semua.
di samping mujahadah diri (bersungguh-sungguh melawan nafsu) 

Pengertian mujahadah secara umum ialah berjuang bersungguh-sungguh untuk melawan musuh. Siapakah musuh itu? Tentu sekali hawa nafsu!
dalamhatiadasenyuman:esok balik kampung, teratak bondaku,mohon doa kalian ^^

Friday, January 4, 2013

kerana ODE. haha.

yeay !!

okay, gembira rasa kena ucap apa?



STATISTICS, Tunggu beta ya. ^^

caiyok3 !! struggle, tapi semalam memang tak terbaik lah kan. makan tidak, makan pun yg ringan2 je, tidur ta berapa nak betul smlm. 2 jam je kot tidur. untuk yang kesekian kalinya pelik je aku tak leh tido, tak makan, sebab?


ORDINARY DIFFERENTIAL EQUATION

subjek yang agak sukar bagiku. 

tape, tape. dah lepas. berlalu. biarkan ia pergi. mak marah sebab tak tido, nak exam tapi tak tido.

bijak.

tido mak, 2 jam. :)

HAHA. mak kata, nak periksa janganlah sampai tak tido. 

nanti ngantuk masa nak jawab periksa.

memang ngantok pun, dengan ada pulak soalan ta dpt jawab. sebab? ta study. conform2 ilang markah.

ape2 pon dah berlalu. so?

LET IT BE..




sebelum pulang ke kampung halaman yang dirindui. HAHA.

haruslah menyiapkan segala gerak kerja yang ada disini.

agar dapat pulang dengan hati yang tenang. kawan-kawan semua, selamat tinggal daku ucapkan. 

HAHA. Tak balik pun lagi.



inmymind --> pening pk, tade duit. nak cari mane, nak beli baju ape bagai. beli beg apela sume. hm. mana nak cari duit ??




kini lebih tenang, terima kasih ALLAH. Maha Berkuasa. 

 

Wednesday, January 2, 2013

Someday, Somewhere, Someone :)




"Allah bukan ganti yang lebih baik..tapi Allah ganti yang TERBAIK!!" 

yess. 

that is the point should i know !

and always remember.

Alhamdulillah masih punya teman yang sudi memberikan nasihat & peringatan.

bukan 13 hari, malah selama-lamanya harus terus mujahadah diri.

that is your answer.

thank you, thank you.

Alhamdulillah, hati kuat mengatakan bahawa semua yang berlaku adalah ujian kepada diri yang sangat lemah & kerdil di atas muka bumi ini.

Mengadu pada ALLAH, cerita pada ALLAH.


Syukran jazilan ya ukhti, :)

1 Januari 2013, seharusnya bersyukur atas peringatan yang disampaikan
sayang kamu kerana ALLAH.

Maafkan diri yang terlalu banyak khilafnya.












Tuesday, January 1, 2013

Special for you , comel :)

speechless.
wordless.
meaningless.
heartless.
macam-macam lah less.
dah buat kesilapan besar. malu. segan.
dengan ALLAH terutamanya.
dengan semua.
takpe, ambik masa. perbaiki. 
TAMAT.
________________________________________________________
MULA.
semoga dengan pemberian saya yang tak seberapa dapat menggembirakan awak wahai teman.
amik dr FB awak. maaf. :)
2 Januari 1991. kelahiran bayi yang paling comel.

bapanya Samsudin. namanya Nurul Hanis. ibunya, ermm. maaf hanis. saya taktau. saya mengaku.

nanti saya explore lagi tentang awak ya.

now, 2 Januari 2013.

22 years old already sayang.
SEMOGA ALLAH MEMBERKATIMU.
Aminn ya Rabb.
sajenakbagitau : saya masih muda. baru 21 tahun. HEHE.
hope you are happy. good luck untuk esok ! 
i LOVE you.

Aku & Dia 2013 :')

Kita punya perasaan.
Dia juga punya perasaan.
Kita punya hati.
Dia juga punya hati.
Kita punya tanggungjawab.
Dia juga punya tanggungjawab.
Jadi, persoalannya apa? saling menghargai.
Saling menghargai harus bermula dengan menghargai diri sendiri. Kurang manfaatnya jika terlalu menghargai orang lain tetapi tidak menghargai diri sendiri. Mulakanlah daripada hal-hal terkecil dalam diri :
1) Kesihatan
2) Kebersihan
3) Pemakanan
4) Penampilan
5) Pengurusan masa
6) Tanggungjawab
7) Apa sahaja yang bersangkut paut dengan diri sahaja. DLL :)
Sekiranya tidak mampu dilakukan, tipis harapan untuk kita menghargai mereka yang hadir dalam kehidupan kita.
Sekiranya mampu dilakukan, maka mereka yang hadir dalam kehidupan kita dengan mudah untuk menjadi lebih mesra & dihargai dalam kehidupan kita.
Pagi Januari 2013.
nasi goreng.
mak.
hati.
sangat heartless. payah jugak.
sangat tak heartless pun payah jugak.
haih.
kenapa nak terase? tak perlu. kena fikir perasaan orang lain. benci diri sendiri jela. tapi dlm masa yang sama sayang diri sendiri. kalau tak hargai diri sendiri nanti payah jugak.
buang masa je hati ni nak terase2. baik isi dengan perkara yang sepatutnya. 
bak kata kawan, kenapa terasa-terasa. 
kawan kan. janganlah terasa-terasa. tak best.
memang tak best.
biarlah hati ini dibawa pergi angin bayu.
sampai termimpi-mimpi malam tadi.
mimpi apa? mimpi kertas kerja tak jumpa.
dah buat, dah hantar, tak jumpa.
maksudnya?
apa-apa jela.
inilah aku. kalau dah terbanyak fikir sampai terbawak dalam mimpi.
apatah lagi PERDANA MENTERI ke, orang kuat negara ke. lagi banyak dia nak fikir kan.
takpe, masing-masing punya HAK,
kita manusia memang perlu hidup bersosial.
bermasyarakat.
sedangkan tarzan yang duduk dekat hutan pun bertemankan gajah, monyet, singa, harimau, burung.
apatah lagi manusia?
hasil dari pembacaan buku "Wadah Cinta Solehah"..
menarik sangat buku tu.
terima kasih buat dik Aqilah bagi akak baca buku tu.
sahabat saya kata : HATI ADALAH SATU ORGAN YANG SANGAT UNIK.
pesanan kecil pada hati saya : jangan terase lagi okay. forget IT. leave IT. 
semua kata tak baik terasa hati. oka. saya cuba tak buat lagi.