Sunday, June 30, 2013

Kursus Timbang Tara KHAR 2013, UPSI :')

1 Julai 2013
diari baru hidup Suriati Binti Mohd Khormain bermula.
sebagai BAKAL PENGHUNI LIAR KHAR, UPSI pada semester akan datang. (sem 8).

kata Intan : welcome to the mantan's club.

hehehe.

Lokasi : Gambang Resort City, Gambang, Pahang.
Tarikh : 28 hingga 30 Jun 2013


untuk yang pertama kali diri ini menjejakkan kaki ke Pahang. Lebuhraya Karak & Gambang dan sebagainya. 

terima kasih ALLAH, membawa aku ke sini. rezeki, alhamdulillah. merata negeri carik lokasi nak buat program ni.
merata hotel, resort semua carik. 

SEMUA FULLY BOOKED pada 28 hingga 30 Jun 2013.

arrghhh.


kestressan melanda diri. akhirnya, tetibe resort ni bagi feedback !


Alhamdulillah. ade kekosongan.

Gembira. Saat terakhir. seminggu sebelum program baru dapat gerak kerja sebab baru dpt confirmation tempat.

semua sekali nak dekat 70 orang.

gerak jam 8.30 pagi rasenye, sampai kul 12 kott.

hari 1 : ICE BREAKING.

dengan kumpulan IRON GAMBANG :

ahli - ahli IRON :

1) Emy nazira
2) Suriati
3) Wan Nor 
4) Sarah
5) Farahin
6) Hanif

TAGLINE : FOREVER

CHEERS : Forever, iron. Forever, iron. Forever, iron. Gambang..(dengan suara yang seram)

hari 2 :  PAGI HINGGA PETANG - program khusus buat MMK 13/14

MALAM HARI ke - 2. 

memori terindah. bedtime story, tapi BUKAN.
mungkin
coffestory time.

peha kanan dicubit, peha kiri terasa.
ALLAH.
semoga tabah menghadapi hari2 seterusnya & terus diberikan kekuatan.

cup 1 : emy
cup 2 : wan nor
cup 3 : nisa

cup 4 : su (sebab sudu tu bengkok)



sayang kamu sangat2. kerana ALLAH.
for the last time, we sing a song together di S2-1-2.

selamat berpraktikum !

keesokan harinya.



akhirnya, dewan seminar 12 , LG2, Gambang Resort City menjadi saksi bagi penyerahan kuasa secara rasminya daripada JAWATANKUASA MAHASISWA KOLEJ, KHAR SIDANG 2012/2013 kepada MAJLIS MAHASISWA KOLEJ, KHAR SIDANG 2013/2014.

UPSI bakal melahirkan pemimpin yang bakal menerajui KOLEJ HARUN AMINURRASHID dengan lebih cemerlang !

TAHNIAH, TAHNIAH !!

SINERGI PEMANGKIN KEUNGGULAN.


untuk INSPIRASI DI HATI.

Terima kasih
Terima kasih
Terima kasih


atas kasih sayang yang sudi di limpahkan buat diri ini yang terlalu banyak kekurangan.
kerana melengkapi diri ini dengan kekuatan awak semua.

buat INSPIRASI.

hanya lagu & gambar yang menjadi kenangan.

semoga pertemuan & perpisahan INSPIRASI dirahmati & diredhai olehNya.

selamat menyambut Ramadhan.
selamat berpraktikum
maafkan salah silap diri ini

buat semua 36 wonders.

maaf kerana tidak dapat menjadi setiausaha terbaik buat semua.

maaf kerana banyak kekurangan dalam diri.

the end.



HARGAI TIKA ADA, RINDUI BILA TIADA.


buat semua.


INSPIRASI HATI.





the end.


bakal meninggalkan bumi KHAR,UPSI.
meneruskan perjuangan di bumi SMKTTJ, Seremban.
melatih diri menjadi seorang guru praktikal.
semoga dipermudahkan olehNya bagi semua urusan.
amin ya rabbal alamin.


Kem Pemantapan MMK KHAR 13/14 :)

Kem Pemantapan MMK 2013/2014.

Tarikh : 21 hingga 23 Jun 2013
Tempat : Kem Bina Semangat, Kuala Kubu Baru


Memori terindah. TAHNIAH semua !















terima kasih sepanjang berada di Kem Bina Semangat.
Zati, Kak Emy. Semua yang membantu. secara langsung mahupun tidak langsung.








- BLACK WATER RAFTING -







the end.


Thursday, June 27, 2013

Ke Bukit Gambang Resort City :)

Assalamualaikum :)

Salam Sejahtera :)

Misi hampir diselesaikan.

Alhamdulillah, bakal tiba masa untuk amanah ini ditukar tangan secara rasmi.

from INSPIRASI to SINERGI.

Semoga perjalanan kami selamat pergi & pulang.

Semoga urusan kami dipermudahkan.

ALLAH.

Amin ya Rabb.


penuh dengan harapan.

agar Kursus Timbang Tara KHAR 2013 berjalan dengan lancar

urusan watikah pelantikan MAJLIS MAHASISWA KOLEJ, KHAR, SIDANG 2013/2014, UPSI

bakal dilaksanakan pada hari Ahad 30 Jun 2013

Maka, berakhirlah tanggungjawab JAWATANKUASA MAHASISWA KOLEJ, KHAR, SIDANG 2012/2013, UPSI

tetapi, kami tetap mendoakan agar keluarga SINERGI dipermudahkan urusan dalam menghadapi perjuangan & misi seterusnya !

Amin ya Rabb.

Sayang semua.

terima kasih pentadbiran KHAR.
terima kasih felo KHAR.
TERIMA KASIH.
terima kasih penghuni KHAR .
terima kasih warga KHAR.

Salam perjuangan.

28 Jun 2013.


Tuesday, June 25, 2013

Fairy Tale Night !



saya jadi BAWANG MERAH.

kembar saya jadi BAWANG PUTIH.

A NIGHT TO REMEMBER.

Semoga dipermudahkan urusan.

Semoga tercipta kenangan terindah yang sukar dilupakan.

FullOfLove.


25  jun 2013.



Sunday, June 23, 2013

Nisfu Sya'ban , Jom kongsi !

Kelebihan malam Nisfu Sya’ban

1. Dari sayyidina Ali: Baginda Rasulullah SAW maksudnya:
Apabila datang malam nisfu sya’ban maka beribadahlah di malamnya dan puasalah di siang harinya sesungguhnya Allah menurunkan rahmatNya dan para Malaikatnya pada malam itu dan berkata siapa yang minta rezeki ku beri, siapa meminta keselamatan aku pelihara, siapa yang hendak sesuatu maka akan ku kabulkan sampai terbit fajar.
2. Dari Muaz bin jabal, Bersabda baginda RasulullahuSAW maksudnya:
pada malam nisfu sya’ban menurunkan Allah akan RahmatNYA dan para malaikatnya maka mengampuni Allah akan Dosa-dosa hambanya.
Di riwayatkan bahawa pemindahan semua perkara dari lauhil mahfuz pada malam nisfu sya’ban dan selesai pada malam lailatul Qadar Di serahkan urusan rezeki pada Malaikat Mikail urusan perang/gempa/bencana pada Malaikat Jibril , urusan amal pada Malaikat penghulu langit dunia dan urusan Musibah pada Malaikat maut.
3. Daripada sayyidah Aisyah  berkata:
Malam nisfu sya’ban aku terbagun dan rasulullah tidak ada di sampingku maka aku cari dan ternyata baginda ada di pekuburan sambil memandang ke langit kemudian berkata sungguh Allah menurunkan rahmatNya dan MalaikatNya ke langit dunia pada malam nisfu sya’ban dan mengampuni dosa hambanya 

4. Daripada Sayidah Aisyah berkata:
Rasulullah berdiri sembahyang dan kemudian sujud sangat lama sehingga aku menyangka beginda telah wafat. Was – was aku melihat sedemikian maka aku gerak-gerakan hujung kaki beliau maka bergeraklah.  Kemudian aku kembali ke rumah dan ketika beginda selesai dari sembahyang,  Baginda datang dan berkata: ” tahukah kamu malam apakah ini?
Berkata Aisyah: Allah dan Rasulnya yang lebih tahu
Berkata Baginda : Malam ini adalah malam Nisfu sya’ban sesungguhnya Allah Memandang dan mengampuni Hamba-hambanya pada malam ini.
5. Dari Naufal al bakali bahwasanya:
sayidina Ali keluar rumah pada malam nisfu sya’ban dan memandang kelangit sambil berkata keluar pada malam nisfu sya’ban nabiullah Daud alaihissalam dan memandang kelangit dan berkata Ya Allah sesungguhnya malam ini adalah malam mustajab do’a tidak berdo’a seseorang melainkan engkau kabulkan.
.
6. Diriwayatkan dari Ka’ab al ahbar berkata:
Sesungguhnya Allah Mengutus malaikat Jibril pada malam nisfu sya’ban ke syurga dan memerintahkan  dihiaskan syurga.  Allah melepaskan dari api neraka pada malam ini hambanya sebanyak bilangan bintang di langit, sebilangan hari dan malam di dunia, sebilangan daun-daun pepohonan, seberat gunung-gunung dan sebilangan pasir-pasir.
7. Pada malam Nisfu Sya’ban Allah menambahkan air Zam Zam.

Faedah amalan pada Nisfu Sya’ban

Disunatkan menghidupkan dan menghidupkan malam Nisfu sya’ban dengan beribadah seperti sembahyang sunat tasbih, Baca Alquran, Berzikir, Selawat, dan Berdoa dengan niat:
1. Panjang umur sihat wal’afiat dalam taat dan ibadah kepada Allah.
2. Selamat dari pada musibah, bala, penyakit, wabak penyakit.
3. Minta rezeki yang halal dan kaya hati dari sekalian makhluk dan mati dalam keadaan husnul khatimah baik kesudahan.
4. Dan sekurang-kurangnya pada malam Nisfu Sya’ban beribadah dengan mengerjakan Solat Isyak berjamaah dan Solat Subuh berjamaah.
 Ya Allah,Ya Rahman,Ya Rahim..
Jika Engkau takdirkan panjang usiaku
Tetapkanlah aku di jalanMu
Agar aku istiqamah menjejaki keredhaanMu
Teguh menjalankan perintahMu,tunduk pada ketentuanMu.
Jadikanlah diri ini orang yang selalu menjauhi laranganMu.
Agar tidak sia-sia sisa umurku berlalu…

Amin.

Wednesday, June 19, 2013

Harapan..








2:38 malam.
6-1-5,KHAR,UPSI.

hanyatuhanyangtahu.
Mungkinsayaperluberhenti.

Tuesday, June 18, 2013

Candy Crushh !!!

Dalam padaku gembira..

Kadangkala sedih juga..




1000 mimpi berjuta sepi

hadir bagai teman sejati


cerita hati. 


Friday, June 14, 2013

130613

Banyak peristiwa kecil terjadi. Bermula detik 12.00 pagi 130613.

Cicak.

oh ALLAH.

Hanya ALLAH yang mengerti betapa takutnya perasaan masa tu. Trauma teramat.

Alhamdulillah, ada insan yang sudi membantu menghindarkan cicak tersebut daripada aku.

Seterusnya. 130613.

Dia ada dalam doaku kepadaMu.

Kusampaikan salam rinduku dalam doaku buat dirimu.

Semoga engkau sentiasa di bawah lembayung rahmatNya.

" usah letakkan harapan pada ciptaanNya. letakkan harapanmu pada penciptanya."

130613.

jam 10.00 malam.

Mungkin ianya pernah berlaku terhadap orang yang aku sayang. tika dia sendiri. hendak mencari seseorang. namun tiada. hanya airmata menjadi peneman.

menangis semahunya. melepaskan rasa sebak di dalam dada dengan airmata.airmata yang tidak berhenti mengalir.i need a shoulder. but no one is there. no one. only ALLAH.

Hanya doa mampu aku kirimkan buat mereka yang aku sayangi, yang sudah tiada lagi di atas muka bumi ini. semoga arwah ditempatkan dalam kalangan hambaNya yang beriman.

Tangisan yang disebabkan oleh bermacam2 sebab. sebab yang tak pasti.makin laju ia mengalir tanpa dipinta.no one is there.bayangan wajah keluarga tercinta. menambah rasa sayu di hati.

Mungkin kesilapan diri.mungkin rasa terlalu berat. namun tersimpan rapi rasa ini.kerana mereka di luar sana , lebih hebat ujiannya. lebih besar cabarannya.jujur.rase nak lari masa tu.

"u r stronger than u think !"

terima kasih. sahabat.

"awak kan kuat syg..u r not alone ok? i love you. sy syg awk sgt2"

"pegang pd hati , ok syg? "

"rindu arwah ayah ke syg?  law rindu, doakanlah dye, semoga rindu kte disampaikan kpdnya"

terima kasih sahabat. sahabat yg sy syg. semoga ALLAH merahmatimu.

namun, ape kesedihan yang berlaku, tidak mungkin menghalang kerja-kerja yg perlu dilaksanakan.berhenti. berhenti. kawal. kawal. boleh boleh.

"ok ke ni?"

"ok".

"eh?"

"tak okey, tape, jap ag okey."

"ta nak cite?"

..........

terima kasih sahabat.

tamat perbualan.

terima kasih bertanya. terima kasih. alhamdulillah, terima kasih ALLAH.

130613. suwitt sangat tarikh ni.

sebab, mengajar aku ERTI UJIAN MEMATANGKAN DIRI. UJIAN & CABARAN MENGUATKAN DIRI.

tanpa UJIAN kita takkan sedar. kerana terlalu selesa. dengan kesenangan yang dipinjamkan olehNya.



kerana senyuman adalah terapi yang paling mudah dan murah untuk menyembuhkan dan meringankan kedukaan serta kesedihan yang dirasai. kekuatan yang dianugerahkanNya adalah kekuatan yang ada dalam diri kita sendiri. 
jika ingin menangis, bagi melepaskan beban yang terbuku didada, menangislah. 
asalkan tidak keterlaluan sehingga lupa padaNya.


tidak mengapa jika tiada insan menemanimu saat kesedihanmu. 
ATAU
orang yang diharapkan dapat berkongsi kedukaanmu tidak mempedulikanmu
kerana percayalah padaNya
DIA akan selalu bersamamu
DIA takkan pernah biar kita bersendirian
DIA akan tetap selalu menjagamu
DIA mendengar & melihat saat airmata yang jatuh, dikesat
u are NOT ALONE.
ALWAYS BE THERE FOR YOU


Maka, senyumlah keranaNya.
DIA akan memberi kekuatan pada dirimu untuk mengharungi kehidupan.
usah hanya sekadar berdoa agar diberikan kesenangan dalam kehidupan, malahan diberikan kekuatan untuk mengharungi setiap dugaan yang hadir.


Tuesday, June 11, 2013

Buat yang tersayang !


Bismillahirrahmanirrahim..

Ujian pasti kan hadir di setiap saat , kadang dalam kita sedar mahupun tidak.
Tipu jika seseorang itu menyatakan bahawa dirinya tidak pernah diuji walaupun sekecil kecil mana ujian yang diterima.

Setiap orang pasti ada masalah yang tersendiri. tetapi sebabnya adalah SAMA.

ALLAH menguji seseorang itu kerana ALLAH mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada ALLAH hendak menambahkan iman kita atau hanya hendak menguji sejauh mana keimanan kita.

Di dalam gerabak ini aku juga pernah diuji. Pelbagai ujian hadir tanpa dipinta dan tanpa disangka. Namun, rahsia ALLAH itu ada setelah kehadiran ujian itu.

Berbeza gerabak, berbeza jua cabaran serta ujiannya. kerana apa? kerana ALLAH punyai RAHSIA tersendiri. 

Pemandu gerabak perlu kuat, tabah & sentiasa berdoa serta berusaha bersama pemandu gerabak yang lain bagi memastikan halangan yang tiba berjaya ditempuhi dengan jayanya.

Pemandu gerabak ini perlu kental ! Dengan penuh rasa kasih & sayang , serta ikatan yang kuat bersama anak anak gerabak yang lainnya untuk menuju ke destinasi yang dituju.

Pemandu perlu membawa  tidak kira banyak atau tidak anak anak gerabak yang ada, yang penting adalah ikatan antara gerabak serta matlamat UTAMA gerabak ini.

Pemandu perlu bijak mengawal keadaan sekiranya berlaku perkara yang tidak disangka sepanjang perjalanan gerabak menuju ke destinasi.

Pemandu gerabak perlu memulakan langkah bersama anak anak gerabak yang lain dengan harapan & doa serta semangat & kefahaman yang tepat !

Pemandu, anda bukan hanya seorang diri. Anda pemandu UTAMA, dibantu oleh pemandu-pemandu yang setia di sayap kanan dan kiri anda.

Kekuatan itu datangnya bukan dari SEGI FIZIKAL, tetapi daripada SEMANGAT YANG KENTAL!!

Berjalanlah TANPA HENTI


sehubungan itu,

kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita, yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera di lautan luas yang penuh dengan onak duri. 
UJIAN MEMATANGKAN KITA

Namun kadangkala ujian yang hadir pasti membuatkan kita tertanya tanya kenapa kita diberi ujian yang berat? Kenapa? Tetapi, usah dilupakan tempat untuk kita dapat mengadu hanyalah ALLAH s.w.t
Astagfirullah, lemahnya iman, rendahnya iman kita. sehingga timbul persoalan sebegitu.

ALLAH tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya.

ALLAH tahu kita kuat.

Melalui ujian itu, kita boleh lihat betapa sayangnya & kasihnya ALLAH kepada kita sebagai hamba.

ALLAH mesti dah aturkan yang TERBAIK buat kita kerana SETIAP YANG BERLAKU PASTI ADA HIKMAHNYA.


namun, jika merasa diri tidak cukup kuat, carilah sahabat sahabat yang senantiasa memberi kata kata semangat kepada kita bukan sahabat yang menjatuhkan kita.

Itulah pentingnya SAHABAT kerana tak mungkin kita mampu hidup keseorangan.

Walaubagaimanapun, selesai satu ujian tidak bermakna tiada lagi ujian yang akan hadir menemani hari hari kita.

Maka, kita seharusnya LEBIH BERSEDIA dan bertindak secara MATANG dalam menghadapi UJIAN yang seterusnya.

Betapa beruntungnya mereka yang selalu diberi UJIAN olehNya. KERANA itulah tanda ALLAH S.W.T sayang pada mereka.




Apa yang ditetapkan olehNya adalah yang paling TERBAIK untuk kita !!

dedikasi lagu khas untuk awak.

hensem kan? HAHA. aish, toksah tengok muka ja. dengaq lagu nih.

loveyoumissyouforeverandever




Selamat malam.

Hayatai doa rabitah ini. (bayangkan wajah wajah sahabat seperjuangan anda)



Assalamualaikum  !

3:36 pagi.
dalam bilik yang sejuk.
ditemani angin bayu pagi.

Monday, June 10, 2013

Sedih & Maaf. Sayang :')



Kesedihan adalah satu fitrah yang Allah ciptakan kepada hambaNya.


"Orang yang paling sabar diantara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (Hadis Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)



JANGAN
sedih apabila tidak disayangi, sedihlah apabila diri tidak mampu menyayangi. 
JANGAN
sedih apabila tidak dihargai, sedihlah apabila diri tidak berharga dan tidak menghargai orang lain.

selamat malam.
Maafkan salah silapku.
10.46 malam.

Friday, June 7, 2013

Hujung Semester 6, UPSI :)

Assalamualaikum. Hai. Selamat Pagi.

Allahumma Solli Ala Muhammad Wa'ali Muhammad


Alhamdulillah,

tamat Semester 6, di Universiti Pendidikan Sultan Idris.


errr?

tak lagi kot sebenarnya.

Beratur assignment tak siap lagi. HAHA

Proposal tesis yg perlu diedit kembali.

Kajian tindakan yang perlu dibuat sepenuhnya 100% kembali.

Refleksi makropengajaran yang tak siap lagi.

Sampai kawan kate, lama pulak kau mengarang kaannn..

HAHA.



Semoga Allah permudahkan urusan ku & shbt2  semuanya.

Dimulakan dengan bismillah, disudahi dengan alhamdulillah, begitulah sehari dalam hidup kita, mudah-mudahan dirahmati Allah

dengan izinNya, dipermudahkan.

Terima kasih Allah.

okay. u olls. 

ada lagu baru yang menjadi kesukaan aku sekarang neh.

mempersembahkan !


Hanya Aku by Hyper Act.

&


Setia itu menyakitkan by Angkasa

Jangan lupe saksikan Teduhan Kasih (Isnin hingga Khamis) 7.00 malam.


Ok, bye !

teratak usang 5-1-5, KHAR, UPSI.
3.27 pagi.
8 Jun 2013.
29 Rejab 1434H.

One more days going to meet with Syaaban.

Thursday, June 6, 2013

Miss you comel :)


baju *ala ala scha al yahya*(gambar 1 & 2) : made by my lovely mother.

anyone nak buat tempahan.

PM FB saya.

heee...klik link bawah ni okay.

haha. (promote pulak kan) 
carik rezeki. hehehe


gambar 1

gambar 2

kelahiran Intan Umairah 16 September 2011.

Kini si comel berusia 1 tahun 8 bulan (kot). HAHA

SAYA RINDU COMEL !

teringat masa kecik comel.




the end.

I LOVE YOU.


Wednesday, June 5, 2013

Buat Noor Munirah Bt Muhammad Yusoff - 5 Jun 2013 (21Tahun)



"Kehidupan dunia ini (jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan, dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya, sekiranya mereka mengetahui." (Surah al-Ankabut , ayat 64)

Pagi pagi pergi mengail
Mengail gelama ikan keli
Maaf lewat beri ucapan ini
Doa dipanjangkan semoga ALLAH merahmati

Semoga ALLAH menyayangimu
Berbahagia selalu

Jadilah anak yang solehah kepada kedua ibubapamu
Kerana dengan izinNya , tanpa mereka tidak lahir kita ke dunia ini
Berbaktilah secukupnya kepada mereka
Pelihara diri, hati & iman
Dan bersyukur apa adanya nikmat yang telah dipinjamkan olehNya kepada kita 
yang hanya bergelar sebagai HAMBA 
di atas muka bumi ini

Usah ditanya mengapa ujian sentiasa hadir
jawapannya adalah
status kita 
hanya HAMBA

Peringatan buat diri & bufday gurl
walaupun dah lewat ucapan ini
tapi khas dari diri ini untukmu

ya Ukhti

di ruangan ini, ku titipkan khas buat dirimu & pembaca serta sahabat2 sekalian



TIPS GEMBIRA SEPANJANG HARI:

1) Bersyukur
2) Tekad bermotivasi
3) Tingkatkan motivasi diri dengan mencari motivasi terbaik
4) Mulakan dengan Bismillah
5) Mulakan hari dengan ubah sikap. Tetapkan apa yang mahu dicapai
6) Maafkan semua orang

sumber dari Iluvislam :)

bye. nak pegi studi pulok. esok exam. 

Assalamualaikum!

Tuesday, June 4, 2013

Kisah suatu petang :)

"Berulang kali kau menyakiti..berulang kali.."

Ringtone message.

Dia : Mkn laksa jom

Aku : Jom, sekarang ke? (sebab time ni still tengok "teduhan kasih")

Jam 6.00 petang keluar dgn dia. sambel cerita cerita.

Sampai destinasi (KUO) order makan.
Duduk meja bulat 9 orang kat KUO.
Kecewa sedikit, laksa habeh kuah.
Makan kueyteow sup, mee rebus, mihun sup.

Alhamdulillah.

Petang yang aku rasa suka nak ambik gambar bebanyak.

Mungkin ini terakhir kalinya aku bersama dia.

Pesan untuk dia. jaga diri, jaga iman, jaga hati.
Ingat pesan akak. Akak sayang awak. 
Jangan lupa yg dibawah, apabila berada diatas.
Akak sayang semuanya.
Apa yang awak cakap ngn akak tadi ?
Mesti ingat kan, Jadi. take it as YOUR RESPONSIBILITY.
with a full of love to them.

Akak tau awak macam mane. Walau akak tau, mak awak lagi tau awak macam mane.

Ni untuk awak & semua.





ingin mencipta kenangan.

TUHAN aturkan antara kita 1 pertemuan ditetapkan 2 hati. 
Dalam 2 hati diberikan 3 rasa :

SAYANG, KASIH & KASIHAN. Dalam 3 rasa itu diselitkan 4 tujuan:

BERKENALAN, BERTEMAN, BERKAWAN, & BERSAMA. Dalam 4 perkara itu tersembunyi 5 perkataan, iaitu:

TEMAN BAIK SELALU DI SISI. Dalam 5 prkataan itu tersmbunyi 6 impian iaitu :

SAYANG, KEKAL, SETIA, MENGERTI, MENGHARGAI, & MENGINGATI. Dalam 6 impian itu tersimpul 7 huruf keramat iaitu :

“SAHABAT”



Sunday, June 2, 2013

Emosi dikendur, Kasih sayang disalur :)

Perkongsian dari artikel i luv islam

Para anbiya', mereka adalah golongan manusia yang paling berat ujiannya melalui jalan dakwah. Jika hendak dibandingkan ujian yang dihadapi kita dengan tokoh-tokoh pasca khilafah pun tidak mampu untuk kita menanggungnya, apatah lagi dengan ujian ke atas para anbiya'.

Sesungguhnya ujian di jalan dakwah memang panjang dan amat berat. Justeru, senjata paling ampuh untuk menghadapi tekanan ujian ini tidak lain tidak bukan hanyalah sabar.
Namun sabar yang bagaimana yang kita maksudkan? Itulah sabar yang membuatkan emosi dikendur, kasih sayang disalur, Allah menjadi matlamat yang luhur. Itulah sabar yang dipraktik Nabi Muhammad SAW dan para sahabat.
Bagaimana caranya? Di sini kita akan teroka
Mengenali manusia.
Manusia merupakan makhluk yang bersifat egosentrik dan sering tidak kalah untuk menjustifikasikan perbuatan mereka sendiri. Sepertimana kita lihat zaman sekarang, begitu ramai manusia berbalah mempertahankan pendapat dan hujah masing-masing. Tidak kira dalam isu politik, agama, feqah dan sosial sehingga menyukarkan untuk kita mencapai kata sepakat dalam menyelesaikan sesuatu hal. Inilah realiti manusia.
Kesinambungan daripada sifat ego yang mengakibatkan perpecahan umat ini adalah sifat lupa diri. Pernah kah kita mendengar ada sebahagian daripada rakan-rakan kita mengadu,
"Mengapa manusia suka mencari salah orang lain tetapi tidak nampak salah sendiri?"
 Ada juga daie yang berkata kepada mad'unya,
"Mengapa kau ini tidak mahu dengar nasihat, aku cakap perkara yang betul!"
Sebenarnya kedua-kedua persoalan itu, jawapannya terdapat pada diri mereka. Sifirnya, apabila kita berbicara tentang orang lain, secara tidak langsung kita berbicara tentang manusia. Apabila kita berbicara tentang manusia, kita harus sedar dan tidak lupa diri bahawa hakikatnya kita sedang berbicara tentang diri kita sendiri kerana diri kita adalah manusia.
Di sini, method empati dapat dipraktikkan. Apa yang orang lain inginkan, kita juga inginkan perkara yang sama. Setiap keperluan dan kehendak orang lain, kita juga pernah merasakan hal yang sama. Cuma perlu selami dan kenali dengan lebih mendalam dan sabar.
Bagaimana pula dengan emosi, kasih sayang dan Allah. Apa kaitannya?

Mengendur emosi
Emosi lahir daripada rasa tidak puas hati. Tidak puas hati lahir daripada sifat ego (sombong) yang berada dalam hati manusia. Apabila manusia dilanda emosi, perilaku mereka menjadi tidak keruan, akal mereka berubah tidak waras. Kita akan hilang pertimbangan dan rasional. Ketika itu syaitan mengambil peluang mendendangkan falsafah yang mampu mengisi kehendak emosi. Pastinya falsafah yang merosak diri.
Perhatikan,  saat anda melihat manusia sedang marah dan dipenuhi kebencian, emosi memainkan peranannya. Ya, itulah emosi. Begitu juga manusia yang dirundung kesedihan dan kecewa, itu emosi. Tatkala emosi merasuk diri, sindrom 'tidak kisah' dan 'tidak peduli' mula timbul.
Dosa atau pahala, baik atau buruk tidak diambil kira dalam mengambil keputusan membuat sesuatu tindakan. Tidak hairan, kita melihat ada manusia yang tidak takut menabur fitnah terhadap orang yang dibenci. Tidak kurang juga terdapat manusia sedih yang mempersoalkan ketentuan Allah terhadap dirinya. Kerana mereka sedang beremosi.
Seorang daie tidak boleh terlalu beremosi. Dengan emosi, semua peluang kejayaan dakwah akan diragut. Anda bayangkan terdapat perintah Allah supaya membalas kejahatan dengan kebaikan hingga suatu ketika mereka yang membenci kita akan menjadi teman. Adakah orang beremosi mampu melakukan semua itu. Tidak. Sebagai daie Allah memerintahkan kita menyeru dengan cara yang hikmah dan berdebat dengan cara yang baik. Adakah orang beremosi mampu melakukan semua itu. Pastinya tidak.
Justeru emosi harus dikendur dan sabar harus dipupuk terlebih dahulu. Jangan bersikap terburu. Kemampuan mencegah kemungkaran yang terletak pada hati adalah dengan membenci dosa bukan membenci pelaku dosa. Kemampuan mencegah kemungkaran yang terletak pada lisan adalah dengan nasihat dan kata-kata yang baik bukan cemuhan dan cacian. Kemampuan mencegah kemungkaran yang terletak pada tangan adalah dengan bimbingan dan memberi pengajaran bukan hanya sekadar hukum menghukum. Semua ini hanya dapat dilakukan apabila emosi dikendur.
Kasih sayang disalur
Emosi yang dikendur dengan emosi yang ditahan (diempang) mempunyai jurang perbezaan yang ketara. Pengenduran emosi selalunya disusuli dengan saluran kasih sayang. Emosi yang ditahan(diempang) pula hanyalah suatu proses melambat-lambatkan kemarahan. Bahkan sekiranya ia terlalu lama diempang maka akan mengakibat pukulan emosi yang deras dan kuat terhadap iman apabila dilepaskan. Saya pasti anda pernah dengar kata-kata ini,
"Aku sudah puas menahan sabar dengan kau."
 Itulah kata-kata emosi seseorang sedang meletus ibarat gunung berapi setelah diempang begitu lama.
Emosi yang dikendur akan disusuli saluran kasih sayang. Itulah sabar yang sebenar. Setiap perilaku kita ibarat belaian ibu terhadap anaknya. Dan yang pasti kasih sayang itu haruslah selari dengan tuntutan syarak. Lagipun manusia memang inginkan perhatian dan kasih sayang seseorang apabila dilanda kesusahan dan musibah.
Adakala manusia yang sering melakukan dosa bukan kerana tidak mahu berubah tetapi menanti seseorang untuk membimbingnya. Tetapi seringkali dia hanya dapat orang yang menghukumnya. Betapa tepat sekali pepatah ini,
"Manusia tidak kisah apa yang kamu tahu, dia hanya kisah apakah kamu sayang".

Mungkin kisah sahabat nabi, Abu Darda RA ini mampu menerangkan lebih lagi;

Abu Darda RA telah menjadi hakim di Damaskus. Beliau telah menangani pelbagai jenayah. Satu hari beliau mengumumkan hukuman yang dijatuhkan terhadap seorang penjenayah dan kes itu dikira selesai. Bagaimanapun beliau terdengar seseorang yang mencerca orang yang bersalah itu. Kerana mendengar cercaan itu, beliau bertanya kepada orang yang mencerca itu:
"Apakah yang engkau akan buat apabila melihat seseorang jatuh ke dalam lubang yang dalam?"
"Aku akan hulurkan tali untuk selamatkan dia"
"Oleh itu mengapa engkau tidak berusaha untuk menyelamatkan lelaki ini yang jatuh ke dalam lubang kemaksiatan?"
"Apakah engkau tidak membenci pelaku dosa ini?"
Abu Darda menjawab dengan sungguh berakhlak, 
"Aku bukan musuh dirinya tetapi dosanya"

Allah,  menjadi matlamat yang luhur
Matlamat dakwah adalah menyeru manusia mentauhidkan Allah. Itulah perkara utama yang harus ditekankan iaitu tauhid. Ramai orang hanya berpegang Islam tanpa tauhid hakiki. Sedangkan orang yang benar-benar memegang tauhid telah memasuki Islam secara menyeluruh. Dan disebabkan Allah menjadi matlamat yang luhur, suka saya berkongsikan kata-kata yang saya dapat daripada saudara saya yang mengikuti Jemaah Tabligh.
Kita sering menyangka dakwah adalah menyeru manusia lain kepada Allah dan membetulkan diri mereka. Sedangkan dakwah adalah seruan kepada diri kita sendiri agar menuju Tauhid kepada Allah kerana apabila kita berusaha menyeru orang lain, secara tidak langsung kita akan bersungguh memperbaiki diri agar usaha ini diredhai Allah dan diterima orang ramai. Usaha kita bukan usaha memperbaiki masyarakat, tetapi usaha mengembalikan tauhid ke atas dunia ini. Usaha atas iman dan usaha ini tidak dapat dilakukan tanpa kebenaran hati dan niat.
Cukup menyedarkan hati dan sanubari. Apabila kita hendak menasihati orang lain kita harus menasihati diri kita sendiri. Bagaimana kita mampu memberi manfaat terhadap orang lain sedang diri kita tidak mendapat manfaat. Takutlah peringatan Allah tentang kebencianNya terhadap orang yang menasihat orang lain tetapi melupakan dirinya. Bersabarlah dalam berdakwah dan jangan bersikap gopoh.

Erti hidup pada memberi. Jangan sedih apabila tidak disayangi, sedihlah apabila diri tidak mampu menyayangi. Jangan sedih apabila tidak dihargai, sedihlah apabila diri tidak berharga dan tidak menghargai orang lain. Apa yang paling utama, bersabarlah setiap kali ujian menimpa. Bersikap positif lah setiap kali teruji dan fikirkanlah "
"Lebih baik siapa kita di depan Allah daripada siapa kita di depan manusia."