Monday, April 29, 2013

Istimewa buat keluarga JMK - Jalan Mencari Keredhaan

Berakhir sudah Karnival Hari Terbuka Kali ke 007, Kolej Harun Aminurrashid, 
Universiti Pendidikan Sultan Idris.




Tahniah kepada barisan Ejen & Spy yang bertungkus lumus melaksanakan amanah & misi yang telah diberikan.

Jutaan terima kasih & sekalung penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung & tidak langsung sepanjang pelaksanaan program ini.




Jari ku susun memohon kemaafan kepada semua pihak yang terluka atas perlakuan & kata-kata daripada diri ini yang tidak disengajakan.
Maaf atas kekasaran bahasa apabila sedang bercakap dengan anda semua sepanjang program ini.

Ya ALLAH kekalkan kemesraan hati kami..
Amin ya Rabb..

Pahit akan manis akhirnya - Ukays
Dan Bila Esok - Sofaz

Kedua - dua buah lagu ini punya maksud tersirat bagi diri ini mengenai KITA.

sempena Majlis Penutupan K'HAT 007. Dengarkanlah sumbangan lagu daripada saya. HAHAHA.

sebelum tu ! nyanyi betul betul eh. ikut rentak sikit sikit. hee.


Pahit akan manis akhirnya

Dan bila esok


Dan bila esok - versi aku


Di dalam hati selalu tersimpan
Rasa yang takkan pernah bisa ku ungkapkan
Kau diam tanpa kata
Saat ku ungkap semua rasa

Di saat aku menangis sendiri
kau datang dan memujukku
dan kau kata kuAdaMu
Saatku mengalirkan airmata

Dan bila esok
kita kan bertemu kembali
Masihkah ada ruang di dalam hatimu
Tuk sayang yang pernah kita miliki
Tuk selama-lamanya

Dan bila esok
kita kan bertemu kembali
masihkah ada waktu untuk bergelak ketawa
tuk mengekalkan kemesraan hati ini
tuk selama-lamanya

Mungkinkah esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu
untuk sayang yang pernah kita miliki
untuk selama-lamanya

Dan bila esok
kita kan bertemu kembali
Masihkah ada ruang di dalam hatimu
Tuk sayang yang pernah kita miliki
Tuk selama-lamanya


Dan bila esok
kita kan bertemu kembali
masihkah ada waktu untuk bergelak ketawa
tuk mengekalkan kemesraan hati ini
tuk selama-lamanya


Dan bila esok
kita akan berpisah selamanya
masihkah ada ruang rindu di dalam hatimu
Tuk JMK sidang 12/13
Tuk selama-lamanya

Ikhlas buat anda semua Ejen.

Pahit akan manis akhirnya - versi aku

Puas aku mencuba
Untuk tidak melukai hatimu
Malah berusaha menjaga hatimu
untuk tidak terluka

Peritnya aku lalui
kemelut yang panjang
Hingga ke saat ini
ku tidak ketentuan

Siapakah dia
Sanggup berjuang dalam JMK
Walau ianya pahit
tapi kan manis akhirnya

Terkadang harus terima
suratan dariNya
Pertemuan kita semua
Punya hikmah yang istimewa

Telah..ku terima seadanya..
Ku sayangi semua JMK..
Untuk membuat keputusan ..
haruskah kita berpisah..
Ianya sukar bagiku..

dan..
Jatuh airmataku..
Tika bacaan doa rabitah bersama..
Tak sanggup tuk melepaskan semua..
walau hakikatnya hati kadang terluka..

notakaki. i love all of you.
tahniah&terimakasih.andaorangyanghebat.maaftaskekhilafandiridaripadainsanyangkurangsempurna&kerdil
dihadapanALLAH.

ubah lirik walaupun tak suma. haha. khas untuk anda JMK 12/13.Lot of Love. LOL !

since Jun 2012.









lepas tu. rambut raya sesame. 





37 WONDERS DARIPADA UMMI.



done. 
next mission.
proposal.
kajian tindakan.
assignment.

Okay, bye bye.













Boleh pilih nak yang mana ;-)






Sunday, April 21, 2013

Heal..and you will be healed..


Heal..and you will be heal..

This what im feeling right now.


Friday, April 19, 2013

Entry saje.

Selalu aku berdoa kepada Yang Maha Esa..
Moga dikurnia seorang ratu di jiwa..
Tempat untuk kuluahkan segala rasa..
Perasaan yang tersimpan seribu satu makna..

Di kala aku keseorangan
dia penghibur dan jua peneman
hati yang sayu tidak kesepian
duka lara tiada keresahan

Ya ALLAH tidak ku pinta yang menawan
tidak ku harap yang hartawan
bukan jua kerna kedudukan
cuma ku damba insan yang sepadan

Kasihnya sejati bukannya kerna paksaan
biarpun derita yang menjadi rintangan
ketulusannya yang tiada bandingan
tercipta ayu indahnyaperibadi insan..



Aku selesa begini.
Mengharap dapat membahagiakan keluarga, sahabat-sahabat & orang sekeliling.
Kisah Aku yang dulunya satu kesilapan & pengalaman akan diusehekan supaya tidak berulang lagi.
Berusehe aku untuk jaga hati, namun kekuasaanNYA itu lebih hebat berbanding yang lain.
Jika hendak diuji hati ini, maka terujilah jua.
Semoga dilindungi & dijauhkan daripada Kisah Lama.

Mungkin kini bukan lagi masa dan tikanya.
Ku harus persiapkan diri.
Semoga dia juga mempersiapkan diri.
Tidak ku pinta cintanya kepada manusia melebihi cinta kepada-NYA.

Percaya akan jodoh & takdir-NYA.
Semoga dipermudahkan urusan.

Aminn ya Rabb.







Wednesday, April 17, 2013

.......

Sakitnya.

ALLAH.

Fizikal.

Perasaan.

Aku nak jadi seorang yang TABAH.

Aku usaha.

Usaha buat yang terbaik.

Mungkin hati terluka akan sikapnya.

Sehubungan itu, terus menerus dengan permintaannnya.

Aku harap aku kuat.

Banyak yang tak terurus diri. Kalau bukan aku nak buat, takkan mak datang nak tolong?

kata-kata diuji. tak sah kalau tak nangis. so, sekarang terima. tapi jangan cengeng. teringat kata-kata dia, jangan nangis. kenyataannya. realiti. masin mulut dia.

Yang pahit ni mungkin manis akhirnya. Cume nak tempuh yang pahit kena KUAT. Nak jadi KUAT, perlukan kekuatan diri sendiri. Minta tolong dari ALLAH. orang yang ada disisi cume dapat bagi kata-kata semangat. SELEBIHNYA DIRI SENDIRI.

Terima kasih.


zikir penenang hati by Hafiz Hamidun.

harap bantu tenangkan hati.



Saturday, April 13, 2013

6 to 8 April 2013 :-)

6 April 2013.


7 April 2013


8 April 2013.



Selamat Jalan Pulau Pinang.

Terima Kasih ALLAH, Terima Kasih Keluarga.




Thursday, April 11, 2013

Misiku. update lagi. :-)

Next Mission.



Apa?

Street Campaign pon ade, nantikan update seterusnya !!


Wah, banyaknye !! Ada lagi !!


Okey, wait for the next mission !!!


Misi Ku. Update.


Coming Soon.


Awak.. Hold My Hand..Pegang Tangan Saya.

Forum ! Coming Soon !



Gambar 1
FEAR FACTOR
.

Gambar 2
EKSPLORASI ALAM BARZAH
.

Gambar 3
BENGKEL QUILLING


Suka Karipap ??
Memang sedap !!
Ha, jom lah join buat karipap sesame. TAPI , Karipap kali ni memang lain dari yang lain. 

MESTI CUBA !!


NANTIKAN !!!

Misi tetap diteruskan !!!

Semoga dipermudahkan urusan kami. Amin Ya rabb.
Semoga bermanfaat setiap apa yang dilakukan buat kami & buat semua.
Semoga diberkati ilmu yang kami perolehi.

Aminn ya Rabb,
Selamat malam.
Assalamualaikum.






Thursday, April 4, 2013

syukur ditemani airmata. bole ke? HAHA

Assalamualaikum & Salam Sayang buat semua pembaca yang sudi singgah di teratak KISAH AKU.

detik waktu terus berjalan..

tangis & tawa tergores bagai lukisan..

sejak beberapa hari ni, banyak airmata mengalir tanpa dipinta.
mengalir dari hati yang terluka.
luka kerana manusia?
itulah aku yang kadangkala sering menangis kerana manusia.
sedangkan dosa kepada pencipta-NYA lebih menggunung.
maafkanlah bila hati tak sempurna mencintai-Mu.

Alhamdulillah..

sakit itu adalah ujian dari ALLAH.
supaya sering mengingati-Nya, sering bersyukur ats nikmat-Nya.
tanda-tanda macam dah ada.
cuma takut nak pegi jumpa orang yang sepatutnya untuk mengesahkan perkara ni.
04/04/2013 - dua kali hampir mengalirkan airmata gara-gara sakit perut.

maaf ya semua. maaf hosuemateku yang teman makan tadi.
saya tak tahan, tapi saya cuba.
terima kasih kepada yang sudi bertanya tentang kesihatan.
may ALLAH bless all of you, sahabat.

bakal menjelma cuti mid semester 6.
tempoh yang lama. SEMINGGU.
lama kan?

berusehe menyelesaikan perkara kerja amanah yang diperlukan dengan SEGERA.
kemudian, di follow oleh tugasan yang diamanahkan oleh pensyarah yang dikasihi.
terima kasih barisan pensyarah.

semoga urusan saya & sahabat2 yang bakal membuat makropengajaran di sekolah pilihan masing2 dipermudahkan.
bukan mudah menjadi seorang pendidik. mudah untuk mengajar. tetapi sukar melahirkan sifat sabar dalam diri yang bakal berhadapan dengan bakal generasi MASA HADAPAN.
PEMIMPIN MASA HADAPAN.

pesanankhasbuat diri : bukan diri ini sahaja yang punya masalah, penyakit. semua juga punya perkara yang sama. yang bezanya adalah kemampuan untuk menanggungnya.

ALLAH menguji hamba-Nya berdasarkan kemampuan dirinya.
doakan semoga dia mendapat hidayah, agar hati ini menjadi hati yang terakhir terluka olehnya.
aminn ya Rabb.

ALLAH.


ingatlah, tiada duka yang abadi di dunia.
bersyukur kerana mampu tersenyum.