Thursday, August 18, 2011

kata hati.. hihi

ya Allah..
hati ini..
semakin hari semakin tersenyum melihat akan nikmat Ilahi..
kurniaan Ilahi..
pada diriku kemungkinan sangat bertuah pd yang memilikinya..
namun, mengapa hati ini mengatakan bukan aku..
bukan aku insan yang bertuah itu..
untuk mendapatkan yang terbaik..haruslah aku menjadi yang terbaik dahulu..
tidak semua yang diimpikan akan dapat digapai oleh diri ini..
insan kerdil yang tidak punya apa-apa..

namun, aku tetap berusaha..
sebagai seorang Muslim..
muslimah solehah insyaAllah..
dr segala ciri..termasuk sahsiah serta peribadi..
ku lakukan segalanya apa pun kerana Allah s.w.t.
insyaAllah..
bimbinglah hati ini ya Allah..
aku mohon..
jika itu yang terbaik untuk dirinya..
aku redha ya Allah..
aku terima akan segala ketentuan-Mu..

aku percaya mungkin yang lain lebih baik dari diri ini..
dan mungkin yang lain itu juga lebih baik untukku..
usaha tetap diteruskan ! 
mind set penting ! 
klu aku kate bole, bole punya ! 
dengan izin Allah s.w.t..
yang Maha Menentukan..


thank you,
^_^


Tuesday, August 9, 2011

.......

peristiwa yang tidak disangka berlaku

adakah ia yang menyebabkan sehingga diri ini seolah-olah tidak wujud lagi?

sungguh,
aku terlalu sedih ya Allah..
hanya kepada-Mu tempat aku mengadu ya Allah..
aku tahu Engkau selalu disampingku ya Allah..

hanya dengan Al-Quran ,
ayat ayat suci-Mu yang bisa buat aku sedikit tenang
disamping teman
yang sering menaikkan semula semangat yang luruh ini

dihadapanmu aku lumpuh
kaku tidak berdaya
lidahku kelu
tidak berkata-kata
semoga detik bersamamu menjadi kenangan terindah
serta mengubat hati
yang sering merindukan dirimu

jika ini yang terbaik untukmu
aku redha..
redha ya Allah..
keindahan dalam keredhaan..
pasti hikmah yang ada teramat besar..
insyaAllah..

maaf ,
diri ini memisahkan hatimu dan hati yang lain dari selalu bersama
ruang akan kuberikan selepas ini
untuk hatimu dan hati yang bertaut dan bertemu kembali
di bulan yang mulia ini
aku mohon ya Allah..

berikanlah hamba-Mu ini petunjuk
dalam detik untuk aku melakukan sesuatu tanpa
melukakan hati hati yang ada
hati hati yang telah pun Engkau ketemukan dengan hati ini..
hati yang teramat rapuh..

akan kucuba sedaya upayaku
kudratku..
menjaga hati hati yang telah pun ditautkan bersamaku
dengan izin-Mu ya Allah..

ujian ini bagiku teramat berat..
namun ,
aku tahu ujian umat Rasulullah s.a.w sebelum ini lebih berat berbanding ini ya Allah..
hanya Engkau yang Maha Mengetahui..
Maha Mengasihani..
kasihanilah hamba-Mu ini ya Allah..

ameenn..
Allahumma Solli A'la Muhammad Wa'ali Muhammad

Tuesday, August 2, 2011

ramadhan..



oke, tadi jalanjalan stalker blog orang.
hihi. citer pasal ramadhan lagi..
dah hari kedua ni bos !

hurm, nak cerita tentang kelebihan puasa..
kopi dan tampal artikel dari iluvislam
HAHAHA..
nak uat sendiri tak reti..
tu cari cari ..
:)

oke, bace taw...


"Ramadhan bulan yang penuh keberkatan.  Di awalnya rahmat, di tengah-tengahnya maghfirah dan dihujungnya kebebasan dari api neraka".
Gembiranya hati tidak terkira kerana masih berpeluang menyambut bulan Ramadhan yang mulia ini. Terima kasih Ya Allah, kerana masih memberi kesempatan untuk diri ini bersama-sama mengapai rahmat dan redha-MU dalam menggandakan pahala di bulan yang mulia ini untuk menuju syurga-MU.
Rasullullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:
"Sesungguhnya syurga itu mempunyai sebuah pintu, disebut 'Rayyan'.  Akan diseru pada hari kiamat: " Mana orang yang berpuasa?". Lalu bila orang yang terakhir dari mereka telah masuk, maka pintu itupun ditutup". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Ya Allah, diri ini tidak sabar-sabar untuk bertemu dengan-MU, sesungguhnya rindu ini semakin memuncak ,bila tibanya bulan yang penuh keberkatan ini, apatah lagi bagi orang yang berpuasa semata-mata kerana-MU akan dikurniakan syafaat.
Rasullullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda: "Dan orang yang berpuasa itu beroleh dua kegembiraan yang menyenangkan hati: di
kala berbuka, ia akan bergembira dengan berbuka itu, dan di saat ia menemui tuhannya nanti, ia akan gembira kerana puasanya."
(Hadis Riwayat Ahmad, Muslim dan An-Nisa'i)
"Puasa dan al-Quran akan memberi syafaat bagi hamba, pada Hari Kiamat.  Berkata puasa pada Hari Kiamat: "Ya Tuhan, Engkau larang ia makan dan memuaskan syahwat di waktu siang, dan sekarang ia meminta syafaat padaku kerana itu".  Dan berkata pula al-Quran: "Engkau larang ia tidur di waktu malam, sekarang  ia meminta syafaat padaku mengenai itu". Maka syafaat kedua merekapun diterima oleh Allah." (Hadis Riwayat Ahmad)
" Barangsiapa yang berpuasa dalam bulan Ramadhan kerana keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu" (Hadis Riwayat Ahmad dan Ashabussunan)
Sesungguhnya puasa itu banyak hikmah dan faedahnya.
Antara hikmah dan faedah puasa ialah:
i. Boleh menyedarkan hati orang yang beriman bahawa dirinya di bawah
perhatian Allah.
ii. Bulan Ramadhan adalah bulan suci antara semua bulan dalam setahun.
iii. Allah menghendaki semua hambanya memenuhi bulan tersebut dengan
amalan ketaatan dan taqarrub kepadaNya.
iv. Kekenyangan yang berterusan dalam kehidupan seseorang akan
memenuhi dan menyuburkan jiwanya dengan sifat-sifat keras hati dan
keterlalulan.
v. Membangunkan masyarakat Islam dengan sifat kasih sayang dan prihatin.

wallahua'alam,

Allahumma Solli A'la Muhammad Wa'ali Muhammad.