Thursday, May 22, 2014

Tak salah :)

Jauh mana kita pergi..


Bila sampai tempat yang kita pernah lalu..

Kita mesti berhenti..

Tarik nafas dalam-dalam..

Pejam mata..

Bayang masa lalu..

Sampai dapat hidu waktu dulu..

Hingga tak sedar menyeka airmata..



Itulah kenangan..

Jauh mana kau berlari..

Tinggi mana kau pergi..

Ia mengikuti..

Takkan dapat kau tinggalkan..

Walaupun usang dan kau letak ia didasar paling dalam..


# tak salah melawat kenangan silam, tapi jangan tinggal dalam kenangan itu. Move on :')



kopi & paste dari FB Aku Islam

Monday, May 19, 2014

Semalam yang telah berlalu :)

Kenangan.

Sesuatu yang telah berlalu dan tidak akan pernah berulang kembali.

Sejarah itu mungkin berulang. Namun, ia tidak akan pernah sama.

Sehingga ke akhirnya.

Maka, kita perlu menghargai setiap detik dan ketika.

Tidak akan wujud penyesalan jika kita berusaha menghargai detik & waktu yang ada.

Tidak wujud rasa rindu. Tidak wujud semua rasa yang kadang kadang agak menyakitkan.

Tersenyum sendiri mengingatkan kisah kenangan lama yang mengukir sejuta rasa di jiwa.

Namun, ia pasti tidak akan berulang kembali.

Biarlah ia berlalu dan kini hanya perlu mengukir rasa dan perancangan buat masa hadapan yang bakal tiba.

Sememangnya mati itu pasti.

Namun, kita hanya merancang. ALLAH jua yang menentukan.

ALLAH yang memegang hati kita. Yang bisa mengubahnya.

Kita hanyalah manusia biasa.

Rasa rindu itu hadir tanpa dipinta. tanpa diduga. namun, rasa 'itu' juga hadir menjadi penghadang bagi rindu itu dilabuhkan antara kita. kerana rasa 'itu'.

Bukan bibir ini berbicara, namun jiwa ini berbahasa. Tindakan menjadi tanda dimana emosi merasai kerinduan yang sesekali ingin diluahkan namun tidak berdaya.

- rasa itulah yang menjadi penghubung antara kita. sehingga mungkin kita tidak akan bertemu lagi.

- menghitung hari. detik demi detik. "nak tak bina orang salji". (dialog Frozen)

HAHAHA. merepek dah ni petang petang macam neh.

Ni semua gara gara keletihan dinner batch malam semalam yang tak hilang lagi.

"Hargai tika ada, Rindui bila tiada".

Kau hadir membawa seribu hikmah mewarna senyuman yang kian pudar mengenal erti sebuah persahabatan menerima baik buruk seorang teman pengubat luka rindu dan kasih sayang memberi semangat dan harapan.
tanpa ku sedari kau tertinggal di hati tiada ku menduga rasa ini kan hadir maafkanlah aku
























kisah malam semalam.

180514.

Dewan Kolej Harun Aminurrashid, UPSI.

* tak sempat nak bergambar dengan begitu banyak sekali. terima kasih kepada yang sudi take take my picture with u olls.

Terima kasih menjadi sebahagian daripada kenanganku.

Semoga hubungan yang terbina kekal selamanya.

Semoga menjadi pendidik yang berwibawa, mendidik dan melahirkan anak bangsa yang berakademik dan berakhlak mulia.



Wednesday, May 14, 2014

ketemu lagi !

Pertemuan ini pertemuan terakhir,

dari dua insan yang sedang berkasih.

Eh,

takde kene mengene langsung.

pesanan seorang kawan, dalam entry aku sebelum ni.

campak penyakit hati jauh jauh.

Buat ape simpan? yang sakit hati sendiri. bukan hati kucing. eh. kucing pulak.

hati sendiri sakit.

sakit tu nak bawak pegi mane? tak bawak pegi mane pun. situ jela.

hati tu Allah yang pegang. bukan kite manusia yang boleh ubah ikut rentak kite. TAK.

Kalau Allah nak ubah, bile bile mase boleh diubah. ikut kehendakNya.

bibir hanya mampu berkata - kata, tidak berkuasa mengubah hatinya, malah untuk mengawal hatinya.

segalanya bermula dengan diri sendiri.

.
.
.
.
.
.
.
.

Maka, gembirelah selalu. senyum selalu. senyuman tika diuji adalah senyuman yang paling indah.

sebab senyuman itulah yang menjadi penguat serta pemberi semangat untuk kite terus menghadapi ujian yang akan datang.




okay, tu je nak merepek.

Maaf, kepada yang melawat blog ni, tak berape nak ilmiah sangat. takde isi lah katekan. HAHA.

Ok, selamat tidur. :)

Tuesday, May 13, 2014

Biar..


Jatuh cinta.

Dengan lagu ni.

Monday, May 12, 2014

Hadiah 13 Mei.


yeay ! 

Muke gembire tauu.

gembire, jadi kene senyum. 

sebab dapat hadiah. dapat hadiah. dapat hadiah.

gembire lah kan !


sape tak gembire dapat hadiah?

lagi lagi hadiah berupe makanan. HEHE. 

Plus maduu. 

madu untuk ubat batuk ni. bukan madu lain. kih3

rezeki orang sakit. ade orang care . macam ayat seseorang tuu.

HAHA.

Amiinn. 

Terima kasih awakk.

In Shaa Allah, jika diizinkan, saya pule membalas budi awak.

Semoga Allah merahmatimu. Awak dalam doa saya, in Shaa Allah.

Maaf kan salah silap saya pada awak ye.


p/s istimewa : jogging bagi keluar peluh yang tak sihat.

Bile bab jogging, mule lah. banyak alasan. HAHA. cemane nak amalkan gaya hidup sihat. HEHE


** throwback cerite semalam :
sebab nak jimat kot. beli cool fever kanak - kanak je. HAHAHA
kurang berhasil sikit lah. heeee


Best and only BestFriend !

9 Mei 2014,

jejak kaki ke KTM Tg Malim, nak balik kampung. Taklah meredah hujan sangat, tapi alhamdulillah dibasahi jugak dengan hujan.

menunggu ketibaan tren Tg Malim ke Rawang.

30 minit tunggu. akhirnya datang juge.

langkah kaki masuk dalam tren. 4 jam duk dalam tren. air-cond okayyy !

Akhirnya, jam 8 sampai Klang. Terus g dinner, reunion kakak dengan kawan kawan sekolah rendah die. dengan aku pakai selipar jepun, t-shirt program. HAHA.

Redah je masuk, restoran mewah tuu. nasib baik bukan kat hotel.

Esoknya. Pagi Sabtu. Terus takboleh bangun dari katil. Okayyy. Fine. Dah demam.

Mak : ko ni biar betul, demam? kene hujan boleh demam? tak penah2. 

Aku : hmm. (diam jela) dah demam kan. tak mampu berkate kate.

best and only best friend. paling memahami. tak dapat dicari ganti..

Mak. 

sape lagi boleh lawan? tade sape. mak sorang jee.

Terima kasih mak.

Rezeki demam kat rumah. dapat merasa mak masak bubur. tapi aku tetap kene makan sendiri lah. hehe.

Sabtu malam. memang tak larat. kakak dgn mak paksa juga mandi, basahkan kepala. sebab nak g makan2 kat secret recipe meraikan hari Ibu. Always love my mom. 

Menggagahkan diri juge demi mak.

Ahad pagi. muntah muntah. memang dah pikir tak larat nak balik kolej. tido sampai petang. jam 5 petang menggagahkan diri balik jugak naik tren ke Tg Malim.

Alhamdulillah dah kurang panas badan. Cume takde selera makan. kalau ni yang boleh buat berat turun, biar jela. HAHAHA.

Memang aku ngaku, susah nak demam. Tapi, sakit tu kita tak rancang pun. Kalau Allah nak bagi kita sakit, kita tak boleh nak jangka. So, jangan kite fikir kite susah nak sakit macam demam ke ape ke, kita tak kan sakit selama - lamanya. 

Get well soon. Su.

Dalam pada sakit ni, hati ni sensitif jugak. Betul lah teori aku dulu, kalau sakit, memang sensitif sikit hati ni.

So, setelah berlakunya kes tu kat aku, so, betul lah teori tu. HAHA.

terima kasih buat roommate. sampai die pun tade selera makan jugak. berjangkit neh. HEHE.

May Allah bless you. Keep it up ! Buat yang terbaik utk semester nih. Good Luck !


Ok, mencari semangat untuk meneruskan kerja - kerja yang tertangguh.

And ingat esok ade date okayy. 

Semoga dipermudahkan :)

Thursday, May 8, 2014

menghitung hari :)

menghitung hari. detik demi detik. 

masa ku nanti, apakah ada.

Jalan cerita kisah yang panjang.

Di Universiti Pendidikan Sultan Idris. 

Menghitung hari.


hari nak FINAL EXAM.

final year.

tiga (3) paper jeee.

Semoga dipermudahkan.

Istimewa untuk kawan kawan seperjuangan juge.

Semua.

nak sebut ramai sangat.

Nanti terlupe sebut, terase pulak.

kih3.

bakal berakhir. 

In Shaa Allah. Amin.

Dengan jayanya.

*happy.



Kisah si putih & si merah.

* Post Title takde kene mengene dengan entry.

.
.
.
.
.

Speechless.

Unable to speak.

Bila soalan soalan tu ditanya kat aku.

Terus terkejut. terfikir, selama ni ingat takde orang perasan kewujudan aku. rupenye, diperhatikan oleh mereka.

Lepas tu terus berdoa. Semoga semuanya berlalu dengan cepat.

Biarlah sakit teringat - ingat. jangan terfikir fikir buat masa sekarang.

Nak cerita, boleh buat buku dah cerita tu. lupa. letih. nak cerita. biarlah ianya berlalu.

PAST IS PAST.

but then, biar mereka bahagia.

Maaf.

This is me.

Fokus sekarang. Buat yang terbaik untuk TESIS.

Assignment. Final Exam.

Itu je.

I'm sick. I'm sick of that things.

tired.


Tuesday, May 6, 2014

Throwback.






Its me.

Maafkan bila terluka.
Sayangi bila bersama.


Kenangan itu indah.
Namun kadang kala kenangan indah itu tetap terus menjadi kenangan.
Dek masa yang tidak boleh diulang kembali.
Biar ianya terus menjadi kenangan.

Walau ianya pahit untuk ditelan,
namun itulah kenyataannya.
Biar tangisan yang menemani tika pahit harus ditelan menjadi pengubat duka.

Realitinya,
yang pahit lebih dikenang berbanding manisnya.
yang sering bermain di minda.
ternyata parut itu masih tinggal, walau luka sudah diubati.

Kenangan tetap kenangan.
Lets Move On.

Untuk membina kepercayaan memakan masa yang lama.
namun, bila ianya dimusnahkan dengan satu kebohongan.
Kepercayaan yang telah dibina sekian lama, hilang hancur musnah dalam sekelip mata.

maka, tiada yang lebih mengenali diri ini melainkan keluarga yang bersama selama 23 tahun.
tika suka & duka.

terima kasih Allah menghadirkan mereka.
mereka yang juga dikenali sebagai kawan, rakan, teman, sahabat.
bersama dalam jalan perjuangan menimba ilmu
sehingga ke akhirnya.
demi keberkatan dariNya
dan segulung Ijazah.

"kalau kita betul betul kenal kawan kita, dia buat ape pun, kita tahu kenape dia buat macam tu" - kawan 

"sebab kita dah percaya kat dia, dia senyum dalam sedih pun kita boleh teka, samada dia ok atau tak" - kawan

" kadang kadang kita rasa, kita adalah kawan terbaik buat dirinya. tapi bagi dirinya? mungkin kita hanyalah teman biasa" - kawan

"pandanglah sahabat kita sebagai ahli syurga" - kawan

"jangan di mulut kata lain, tapi hati kata lain" - kawan

"kalau dah set minda perkara positif, usah mengeluarkan kata kata yang berunsur negatif. bimbang ada yang salah faham." - kawan

Kesimpulan tesis.

tesis saya tak siap lagi.

Ok. jangan ada yang kata tesis saya dah siap. aku cepuk kang !




xoxo !




Senyum jelah.

Sentap bak hang !

Terima kasih.

Senyum je yang mampu.

HAHA.


'sweet' sangat ayat tuu. tertusuk ke jiwa yang paling dalam.



gune instrumen ape sampai terkeluar ayat tuu.

ayat tu hasil daripada pemerhatian ke temu bual ke.


xoxo !


Sunday, May 4, 2014

Kisah 040514.


kadang,
kita terlampau jaga hati orang,
agar tidak terluka,
walau sekecil apapun ia,
sampaikan hati sendiri,

yg terluka dalam diam.
kadang,
pendapat kita,
berbeza dgn orang,
namun kerna sayang,
terima apa jua kritikan.

Tuhan,
engkau lebih tahu rasa ini,
kuatkan aku,
kuatkan aku..


sedang asyik membuat analisis dapatan kajian.

terbaca. sesuatu di ruangan mukabuka Aku Islam.

tersentap kadang kadang dengan status status yang dilontarkan.

namun, ianya yang memberi semangat serta cas - cas positif ke dalam jiwa & minda.

Photo: Berterima kasihlah kepada mereka yang datang dan pergi dalam hidup kita, kerana mereka, kita menjadi KUAT! :')

semoga dipermudahkan.

tesis.

Projek Tahun Akhir.

This week. Week 11.

Berkorban masa , tidoq.

Kene jugak siapkan draf Tesis by end of this week.

Next week, my beautiful supervisor nak amik gred untuk tesis.

maksudnya?

by next week, no draft. or whatever lah.

MESTI DAH LENGKAP.

Cemburu.

Cemburu dengan kawan kawan lain yang dah siap tesis.

Yang dah submit.

In Shaa Allah, mereka menjadi sumber Inspirasi menyiapkan tesis.

dengan niat, ILMU buat tesis ni. 

kajian sendiri kan. *dialog roommate.

Semoga dipermudahkan olehNya.

"Utamakan yang utama" - kawan

terima kasih atas nasihat.

"bila dia sedang menuju kepada kejayaan, kita kena bantu dia. bukan kita kritik dia." - kawan

itulah yang perlu dilakukan. 

Alhamdulillah. tenang. dari segala rasa yang menyemak di jiwa.

Let It Go - Bebaskan - Frozen

Tahun Akhir. Maka. Jom hitung berapa hari lagi yang bersisa untuk kita bersama.

"Campak lah penyakit hati tu jauh - jauh. Membaziaq masa" - kawan

senyum.

Assalamualaikum. Selamat malam.

eh 

eh 

eh

eh

eh.

baru nak keluaq dari ruangan ni.

tibe tibe. ade someone bagi link ni.


NMMY : nice.. so kawin awal..

before 25 years old.

nampak tak kat situ?

HAHA.

awop nih. 

selamat malam awop. 

terima kasih ^_^

doakan yang terbaik ya. Love you NMMY.

Maafkan saya. 

berusehe NMMY. saya yakin, awop boleh ! 

COUNTING DAYS.

:)