Monday, May 19, 2014

Semalam yang telah berlalu :)

Kenangan.

Sesuatu yang telah berlalu dan tidak akan pernah berulang kembali.

Sejarah itu mungkin berulang. Namun, ia tidak akan pernah sama.

Sehingga ke akhirnya.

Maka, kita perlu menghargai setiap detik dan ketika.

Tidak akan wujud penyesalan jika kita berusaha menghargai detik & waktu yang ada.

Tidak wujud rasa rindu. Tidak wujud semua rasa yang kadang kadang agak menyakitkan.

Tersenyum sendiri mengingatkan kisah kenangan lama yang mengukir sejuta rasa di jiwa.

Namun, ia pasti tidak akan berulang kembali.

Biarlah ia berlalu dan kini hanya perlu mengukir rasa dan perancangan buat masa hadapan yang bakal tiba.

Sememangnya mati itu pasti.

Namun, kita hanya merancang. ALLAH jua yang menentukan.

ALLAH yang memegang hati kita. Yang bisa mengubahnya.

Kita hanyalah manusia biasa.

Rasa rindu itu hadir tanpa dipinta. tanpa diduga. namun, rasa 'itu' juga hadir menjadi penghadang bagi rindu itu dilabuhkan antara kita. kerana rasa 'itu'.

Bukan bibir ini berbicara, namun jiwa ini berbahasa. Tindakan menjadi tanda dimana emosi merasai kerinduan yang sesekali ingin diluahkan namun tidak berdaya.

- rasa itulah yang menjadi penghubung antara kita. sehingga mungkin kita tidak akan bertemu lagi.

- menghitung hari. detik demi detik. "nak tak bina orang salji". (dialog Frozen)

HAHAHA. merepek dah ni petang petang macam neh.

Ni semua gara gara keletihan dinner batch malam semalam yang tak hilang lagi.

"Hargai tika ada, Rindui bila tiada".

Kau hadir membawa seribu hikmah mewarna senyuman yang kian pudar mengenal erti sebuah persahabatan menerima baik buruk seorang teman pengubat luka rindu dan kasih sayang memberi semangat dan harapan.
tanpa ku sedari kau tertinggal di hati tiada ku menduga rasa ini kan hadir maafkanlah aku
























kisah malam semalam.

180514.

Dewan Kolej Harun Aminurrashid, UPSI.

* tak sempat nak bergambar dengan begitu banyak sekali. terima kasih kepada yang sudi take take my picture with u olls.

Terima kasih menjadi sebahagian daripada kenanganku.

Semoga hubungan yang terbina kekal selamanya.

Semoga menjadi pendidik yang berwibawa, mendidik dan melahirkan anak bangsa yang berakademik dan berakhlak mulia.



No comments: