Tuesday, June 11, 2013

Buat yang tersayang !


Bismillahirrahmanirrahim..

Ujian pasti kan hadir di setiap saat , kadang dalam kita sedar mahupun tidak.
Tipu jika seseorang itu menyatakan bahawa dirinya tidak pernah diuji walaupun sekecil kecil mana ujian yang diterima.

Setiap orang pasti ada masalah yang tersendiri. tetapi sebabnya adalah SAMA.

ALLAH menguji seseorang itu kerana ALLAH mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada ALLAH hendak menambahkan iman kita atau hanya hendak menguji sejauh mana keimanan kita.

Di dalam gerabak ini aku juga pernah diuji. Pelbagai ujian hadir tanpa dipinta dan tanpa disangka. Namun, rahsia ALLAH itu ada setelah kehadiran ujian itu.

Berbeza gerabak, berbeza jua cabaran serta ujiannya. kerana apa? kerana ALLAH punyai RAHSIA tersendiri. 

Pemandu gerabak perlu kuat, tabah & sentiasa berdoa serta berusaha bersama pemandu gerabak yang lain bagi memastikan halangan yang tiba berjaya ditempuhi dengan jayanya.

Pemandu gerabak ini perlu kental ! Dengan penuh rasa kasih & sayang , serta ikatan yang kuat bersama anak anak gerabak yang lainnya untuk menuju ke destinasi yang dituju.

Pemandu perlu membawa  tidak kira banyak atau tidak anak anak gerabak yang ada, yang penting adalah ikatan antara gerabak serta matlamat UTAMA gerabak ini.

Pemandu perlu bijak mengawal keadaan sekiranya berlaku perkara yang tidak disangka sepanjang perjalanan gerabak menuju ke destinasi.

Pemandu gerabak perlu memulakan langkah bersama anak anak gerabak yang lain dengan harapan & doa serta semangat & kefahaman yang tepat !

Pemandu, anda bukan hanya seorang diri. Anda pemandu UTAMA, dibantu oleh pemandu-pemandu yang setia di sayap kanan dan kiri anda.

Kekuatan itu datangnya bukan dari SEGI FIZIKAL, tetapi daripada SEMANGAT YANG KENTAL!!

Berjalanlah TANPA HENTI


sehubungan itu,

kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita, yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera di lautan luas yang penuh dengan onak duri. 
UJIAN MEMATANGKAN KITA

Namun kadangkala ujian yang hadir pasti membuatkan kita tertanya tanya kenapa kita diberi ujian yang berat? Kenapa? Tetapi, usah dilupakan tempat untuk kita dapat mengadu hanyalah ALLAH s.w.t
Astagfirullah, lemahnya iman, rendahnya iman kita. sehingga timbul persoalan sebegitu.

ALLAH tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya.

ALLAH tahu kita kuat.

Melalui ujian itu, kita boleh lihat betapa sayangnya & kasihnya ALLAH kepada kita sebagai hamba.

ALLAH mesti dah aturkan yang TERBAIK buat kita kerana SETIAP YANG BERLAKU PASTI ADA HIKMAHNYA.


namun, jika merasa diri tidak cukup kuat, carilah sahabat sahabat yang senantiasa memberi kata kata semangat kepada kita bukan sahabat yang menjatuhkan kita.

Itulah pentingnya SAHABAT kerana tak mungkin kita mampu hidup keseorangan.

Walaubagaimanapun, selesai satu ujian tidak bermakna tiada lagi ujian yang akan hadir menemani hari hari kita.

Maka, kita seharusnya LEBIH BERSEDIA dan bertindak secara MATANG dalam menghadapi UJIAN yang seterusnya.

Betapa beruntungnya mereka yang selalu diberi UJIAN olehNya. KERANA itulah tanda ALLAH S.W.T sayang pada mereka.




Apa yang ditetapkan olehNya adalah yang paling TERBAIK untuk kita !!

dedikasi lagu khas untuk awak.

hensem kan? HAHA. aish, toksah tengok muka ja. dengaq lagu nih.

loveyoumissyouforeverandever




Selamat malam.

Hayatai doa rabitah ini. (bayangkan wajah wajah sahabat seperjuangan anda)



Assalamualaikum  !

3:36 pagi.
dalam bilik yang sejuk.
ditemani angin bayu pagi.

No comments: