Monday, January 14, 2013

Ku akui..


hati gembira baru balik dari kampung ^^V
nak sambung blogging..

____________________________________________________________

ku selalu adaMu..

yess, thats right. tapi terkadang diri terleka dibuai  mimpi indah kehidupan dunia.

pertemuan itu sudah pasti akan diakhiri dengan perpisahan.

pahit manis menjadi kenangan.

kasih sayang yang dibina diharap semoga berkekalan sehingga ke akhirnya.

walau bukan sedarah, bukan sedaging. namun sayang itu terlahir jua dengan doa & ikatan yang mesra.

tangis tawa duka gembira senyuman airmata marah sayang benci tak suka menjadi teman menjadi lawan



namun itulah lumrah, lumrah insan berkasih sayang.

lumrah insan hidup di dunia.

jadi, jalanilah kehidupan ini dengan penuh tabah & cekal.

apa yang menanti di hadapan tidak lagi diketahui. hanya berbekalkan semangat juang yang tinggi. 

jadikan kefahaman sebagai aset utama dalam membuat sesuatu perkara.

pilihan dalam kehidupan memang mudah untuk dibuat, namun untuk memilih adalah suatu yang sukar untuk dilakukan.

hargailah tika ia ada, rinduilah bila ia tiada. 

fahamilah ia bilamana ia perlu difahami.

berilah ia ruang & masa bilamana ia memerlukannya.

mengertilah sekiranya ia adalah yang terbaik untuknya, pasti ALLAH memberi yang lebih baik.

tidak semestinya ALLAH beri apa yang kita minta & inginkan, tetapi ALLAH itu memberi apa yang kita PERLU.

usah kecewa pesan pada hati, biar apa pun yang terjadi. 

YAKIN bahawa perancangan ALLAH itu lebih baik daripada perancangan kita sebagai HAMBA.


No comments: