Thursday, June 7, 2012

Ku serahkan segala kepada-Mu


Mujahadah.
Apakah maksud Mujahadah?
Mujahadah bermaksud melawan dan menundukkan kehendak hawa nafsu.
" Apabila nafsu dapat dikalahkan, individu mengutamakan perkara yang dicintai Allah dan mengetepikan kehendak peribadi."
" Orang yang sanggup melawan nafsu adalah orang yang percaya kepada akhirat serta hari pembalasan. Ia adalah kekuatan yang ada pada umat Islam."
Mujahadah menyucikan nafsu dan menaikkannya ke tahap yang mulia. Secara dasarnya, nafsu yang paling rendah martabatnya adalah nafsu ammarah. Hati yang dikuasai nafsu ammarah dipenuhi dengan syahwat, suka dipuji, takutkan kesusahan dan mudah kecewa.

taktaujadicaritaumaksudmujahadahyangsebenar:)

Selamat bermujahadah ya Ukhtiku Fillah..
Syukran kak..
pesanan dari seorang kakak di bumi UPSI ini..

Perkongsian bersama..
PAHIT sebab..SYURGA itu Manis..

Allah jua penentu segalanya..
Namun aku masih disini mencari yang tidak pasti..
Hidup ini indah jika segalanya kerna Allah..
Walau apa pun yang berlaku, jagalah hati dan hubungan yang sedia terbina kerna Allah..

Tiada sebarang jawapan mahupun persoalan yang dilontarkan ketika pertanyaan diajukan..
Lidah kelu tanpa kata-kata..seperti angin lalu..
Mungkin kata-kata tidak seiiring dengan akal fikiran..
Mungkin masih tidak cukup persediaan diri ini bagi menghadapi situasi itu..
Semoga Allah memberikan jalan yang terbaik buat dirinya dan diriku...
Tidak ku katakan YA, tidak ku katakan TIDAK..
Tidak kan ku berikan sebarang jawapan kerna aku masih tidak cukup bersedia..
Tidak cukup matang untuk menghadapinya..
Biarlah Allah yang menentukannya..

Cukuplah sekadar kita memperbaiki diri..dengan izin Allah, sekiranya kita ditakdirkan Ilahi untuk bersatu, tidak di dunia insyaAllah di akhirat..

hanya kepada Allah tempat aku memohon..
Maafkan aku..
namun Terima Kasih diucapkan kerna kita masih bersahabat..berukhwah kerna Allah..


Semoga Allah merahmati kita semua..
Ameen..
insyaAllah..


No comments: