Sunday, July 31, 2011

terkedu aku..

ramadhan ini..
aku hina..
sepertinya aku menyambut kedatangan bulan yang mulia dengan tangisan..
tangisan diatas ujian yang sekecil kuman,,

ujian ini tidaklah berat jika dibandingkan ujian kepada umat Nabi Muhammad s.a.w dahulu..
Allahumma Solli A'la Muhammad Wa'ali Muhammad

ya Allah..
berikanlah hamba-Mu ini peluang..
ruang untuk memperbaiki diri..
penuhi dadaku ini dengan sifat yang penuh kesabaran..


adakah aku tidak bersedia untuk semua ini ya Allah..
benarlah kata-kata seorang hamba Allah yang mengembalikan semula semangat dalam diri ini..
tika aku benar-benar terjatuh, 
ingin melangkahkan kaki keluar dari tempat ini..

dan tika itulah jua..
doa dan kata-kata yang lahir dari sahabatku..
insyaAllah..
sahabatku dunia hingga akhirat..
terima kasih sahabat..

aku sayang kamu kerana Allah s.w.t..

seseorang yang mengembalikan semula sedikit demi sedikit semangatku..

katanya, aku seorang yang berani..
tapi, aku jua lah yang meletakkan lemah dalam diri
dan akhirnya aku pasti akan terus lemah..

sekiranya dialah imamku dan syahid tika perang bersama imam mahdi dan nabi isa menentang dajal,
adakah aku akan bertindak untuk membunuh diri ?


terkedu seketika,
merenung kembali..
akan ringannya ujian yang diberikan oleh Allah..
terutama pada tika ini..
dimana semua umat islam gembira..
dan melahirkan rasa syukur menyambut kedatangan bulan Ramadhan..

No comments: