Friday, July 20, 2012

tersedar dari lamunan !

HIDUP UMPAMA AISKRIM
Nikmatilah sebelum ianya cair..


ada kisah di sebalik cerita
ada duka di sebalik senyuman
ada suka disebalik tangisan
ada kasih di sebalik perlakuan
ada cinta di sebalik rahsia yang terpendam
ada sesuatu di sebalik apa yang berlaku
ada hikmah tersembunyi disebalik yang berlaku

baik atau buruknya
hanya ALLAH yang tahu

usai sudah cerita hati
biarlah sampai disini
hanya langit menjadi saksi
renung kembali
kisah hati
yang mengusik hati
hati yang sungguh sukar tenang apabila diuji
ujian para nabi & Rasulullah s.a.w lebih menguji!

sesungguhnya yang berkata ini
hanyalah insan biasa
insan yang leka
insan yang alpa
namun punya hati & perasaan
yang ingin disayangi
yang ingin dicintai
yang ingin dikasihi
namun rasa ingin itu ada pada memberi
memberi itu lebih mulia dari menerima
bukan bermaksud
hanya menerima semata-mata
malah harus memberi

rasa apabila memberi
berbeza dengan rasa apabila menerima
syukur apabila menerima
bahagia & syukur apabila memberi
itulah naluri manusia

manusia yang punya pelbagai rasa
rasa yang mungkin dimengerti
rasa yang mungkin difahami
rasa yang mungkin ingin diberi
rasa yang tidak kan pernah wujud di mana-mana

ikhlaslah menjadi diri sendiri
agar hidup penuh ketenangan dan keamanan

HIDUP TANPA PEGANGAN IBARAT BUIH-BUIH SABUN
BILA-BILA MASA IA AKAN PECAH

Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam
di atas batu hitam
di malam yang sangat kelam
IANYA wujud tetapi amat sukar dilihat

tersedarku dari lamunan
sejarah pahitku lupakan
kenangan silam datang menjelma
ku biar kalam berbicara
menghurai maksudnya di jiwa
sungguh ku mengerti apa yang terjadi
sudah suratan ILAHI..

kata-kata menghurai maksud di jiwa
jauh di sudut hati
tercipta kasih
yang tidak berbelah bahagi
tercipta sayang
tercipta cinta 
tercipta rindu

semoga ini membuatku 
terjaga dari lena yang panjang
khilafku..
ku cuba sedaya upaya
tak melukai hatimu..
mungkin sudah suratan hidupku..

Selamatmalamsemua..
semoga Ramadhan kali ini penuh MAKNA..
insyaAllah..

No comments: