Wednesday, February 19, 2014

Cerite tahun akhir :)

Assalamualaikum. 
Lama meninggalkan ruangan ini. 
Kini, ruangan ini akan dicoretkan segala cerite.
(kalau sempat lah. HAHA)

Cerite Semester 8.

UPSI.

Semoga dipermudahkan segala urusan sepanjang semester 8 (semester akhir), UPSI.

20 Jam Kredit. 

Tesis yang masih dalam proses pelaksanaan. Berbaki 2 bahagian yang perlu diselesaikan. 

Itulah pelajar. Proses belajar. Masih banyak yang perlu diperbaiki. Sentiasa memperbaiki. Namun, segalanya ketentuan Allah. 

Berada di semester akhir, saat yang sukar untuk diri. Hanya meminta padaNya semoga diberikan kekuatan, semangat serta ketabahan sepanjang melalui semester akhir.

17 Feb , kuliah pertame. Sehingga 20 Feb. Sudah tersusun segale tugasan yang perlu SEGERA diselesaikan sebelum tarikh yang ditetapkan. 

Cerite Semester 1 Hingga 7 sepanjang di UPSI, sudah terlalu banyak dicoretkan di minda mahupun ruangan ini. 

Pesanan seorang ibu yang juga sudah tersusun sehingga perancangan selepas selesai tahun akhir akan diusehekan untuk buat yang terbaik.

Itulah ibu. yang tidak pernah putus asa, lekang mendoakan kejayaan anak anaknya. maka, sebagai anak harus berusehe menjaga sebaiknya setiap usehe serta doa yang sentiasa diberikan untuk kite. 

Berbicara bersame mereka. kedue due mereka, membuatkan diri ini semakin bersemangat untuk meneruskan perjuangan dalam pelajaran untuk ke peringkat yang lebih tinggi. sehingga disentuh isu mendirikan rumahtangga & calon yang bakal menjage diri ini selepas daripada keluarga. Namun, segalenye adalah sekadar perancangan. peracangan manusia. perancangan Allah itu adalah yang LEBIH BAIK!
Yang pasti MATI ITU PASTI. hanya bile, dimane & kenape itu yang kite tidak tahu.


Semester 8, sehari sebelum pulang ke bumi UPSI , ibu berpesan berulang kali. Persiapan selesai tahun akhir. Perlu bermula daripada awal semester bagi tahun akhir itu sendiri. kite berusehe, yang pasti ibu sentiase mendoakan. 

7 semester meninggalkan kampung halaman, berbakti pada banyak perkare termasuk manusia yang juga terdiri daripade anak didik SMK Taman Tuanku Jaafar. walaupun dulunya, hanya sekadar cita cita dan angan pada bibir semata mata, kini bakal bergelar seorang pendidik. semester akhir, mencuri peluang, berusehe menghargai mase yang ade, berusehe melakukan yang terbaik, merasai kehidupan seorang pelajar ISMP(Matematik). berusehe memimpin diri sendiri. mendisiplinkan diri untuk menyusun segala kerja & tugasan.

segala yang dicoretkan hanyalah perancangan. kadang kadang terlintas di benak fikiran, takut untuk merancang. kerana tidak pasti same ade perancangan itu berjaye mahupun tidak. namun, kite tetap harus merancang setiap perkare kecil mahupun besar dalam kehidupan kite. 

walaubagaimanapun, kehidupan itu tidak akan berseri seperti pelangi jika tidak dihadirkan dengan dugaan mahupun ujian. ujian yang diberikan bukan hanya sekadar ujian, malah tanda kasih sayang Nya kepada kite sebagai hamba. walau diri tidak cukup baik, yang kadang kadang tanpe sedar perlakuan, perbuatan serta percakapan telah menyakitkan dan melukekan hati hati yang berade di sekeliling kite.

kadang kadang bermonolong di dalam hati. be yourself. tapi, realitinye. gagal. kerane, kepentingan diri sendiri itu kurang. lebih kepada menurut kata orang lain dan akhirnya keinginan sendiri terabai. itulah aku. pasti ade yang berbicare mengenai sifat buruk yang diumpamekan seperti lalang. ucapan terime kaseh kepada yang berbicare. hanya Allah mengetahui segala isi hati. hanya keluarga yang memahami sifat sikap baik buruk diri. 


cerite kelmarin, menitis airmata tatkala masih ade yang mengingati diri ini apabile melihat hubungan yang diwujudkan melalui laman sosial FB. menitis airmata itu bukan kerane sedih, tetapi kerane rase bersalah yang teramat sepanjang 8 tahun berpisah tanpe khabar berite, bertemu mate, berbicare bersame mereka. namun, masih panjang ingatan mereka sehingga cerite sewaktu bersame 11 tahun yang lalu. hanya ucapan terime kaseh & syukur kerane mereka masih mengingati walau di kejauhan ini masih berdoa agar dilindungi olehNya.

airmata itu jualah yang berbicare mengenai perasaan yang berade di dalam jiwa ketika itu. tiada tempat yang terbaik untuk berbicare selain dariNya. maka, usah terlalu bersedih. semangat ! ingat pesanan mak !
tidak berharap untuk difahami, tapi mohon cubelah untuk memahami.

Semoge semester akhir ini meninggalkan sejuta kenangan terindah buat diri.



pasti kan hadir pelangi setelah hujan turun membasahi bumi. 














"usah dipaksa jika hati tidak rela."

bye bye ^_^

No comments: