Tuesday, June 3, 2014

12 hari lagi.

Tepi, tepi, tepi. Tepi semua !
Pen, kertas, buku, segala macam lagi yang bertaburan atas meja ni.

Tarik laptop dekat dekat. HAHA.
 
Maksudnya, dah tamat waktu studi malam ni kot.

Hai blogger. Hai pembaca.

Kisah Aku berhenti menulis entry merapu seketika. buat keberapa lame hari ntah. *merapu dah ni.

Sebab busy. sibuk sangat lah katanya. macam menteri pulak, pikiaq hal negara. HAHA.

Busy ape je pun, assignment yang hampir buat aku tertekan. tapi, happy. sebab dah habeh !

Alhamdulillah, final year project : TESIS pon dah selamat di submit kepada penyelia.

Kepada kawan kawan yang masih bertesis. teruskan perjuangan anda ! 

bahagia tak. eh, bahagia mesti. study week di kolej. bahagia. alone. sunyi. sepi. tenang.

agak agak ragu ragu dengan diri cabut angkat kaki pi library. fokus sikit membaca neh. 

planning nak balik kampung last weekend, tetapi hati ni rasa berat pulak. 

jawapan kepada emak tercinta. "nak menghabiskan sisa - sisa hidup di UPSI tercinta ni"

nampak tak sedih sebenarnya. HAHA.

Tapi cool jee. relaks. buat macam biasa.

UPSI menemukan aku dengan dia, mereka. 
UPSI mengajar erti kehidupan.
UPSI membuat aku mengenal erti persahabatan, kasih sayang, kesetiaan, kejujuran.
UPSI memperkenalkan aku dengan siapa kawan, siapa lawan, siapa musuh, siapa sahabat, siapa teman.
UPSI mengajar aku segalanya. terutama mengenai erti sebenar mendidik. tugas hakiki seorang guru.
UPSI mengajar aku ragam manusia yang pelbagai cerita.
Empat tahun menetap di UPSI. tak sayang? rugi tak sayang? kenangan manis pahit berlambak kat UPSI ni.
kadang kadang susah nak lepaskan segala benda macam sesuatu mahupun manusia yang kita dah pernah sayang.
sebab tu mak pesan "jangan terlampau sayang, nanti lame lame jadi benci"
habis tu mak, cemane ni nak sayang? "sayang biasa biasa je"
okay. mak lebih dulu makan garam daripada aku.
tapi, itulah realitinya kehidupan kita. tu lah dah kate kat tadi, 
UPSI ni banyak mengajar aku sesuatu. macam macam.
UPSI ni mengajar aku SABAR. 
walaupun kadang kadang tak sabar. 
masing masing punya jalan cerita kisah yang berbeza.
yang mana telah ditetapkan olehNya.

menghitung hari. 12 hari lagi. menetap di Kolej Harun Aminurrashid, UPSI.
so,no matter what. saya akan cuba mencari kebahagiaan. 

kebahagiaan itu perlu dicari kerana ia tidak hadir dengan sendirinya. ianya hadir melalui perkenalan. dan senyuman. - kawan

cerita posting. 
semuanya diserahkan sepenuhnya padaNya.
In Shaa Allah, ada rezeki, kite say Alhamdulillah. takde rezeki, say Alhamdulillah juge. 
Sebab Allah lebih tahu apa yang lebih TERBAIK buat hambaNya.

cerita lepas habeh belajaq, kerjalah apa lagi.
kerja, kerja, kerja.
target, nak beli kereta !
HAHA.

nak jalan jalan.
nak pi kenduri kawen kawan jauh jauh guna duit kan.
Maka, berkerja lah. "nanti lepas habis, terus kerja" - mak
nampak tak, tak bagi aku duk rumah dengan tenang.
"kita bukan orang senang, tak kan nak mintak duit kat kakak je" - mak

now : 2014. 
.
.
.
2018.

in Shaa Allah.


No comments: