Monday, December 10, 2012

esok, nak jumpa si comel :)


esok. nak jumpa si kecil ni !

gembira rasa hati. ya ALLAH terima kasih, sebab saya masih punya keluarga walaupun tanpa seorang AYAH sebagai ketua keluarga.

doa sentiasa mengiringi ayah, semoga tenang di sana..

Nasihat yang sering diberikan daripada seorang TEMAN.



jujur, hati ini pedih rasanya KINI. surat cinta ALLAH memujuk hati.

peha kiri dicubit, peha kanan yang terasa.

nota kaki : nak tau kenapa saya buat macam tu? sebab saya terasa sakit bila peha kiri dia dicubit, peha kanan saya terasa. itulah sebab utama ianya terjadi. terima kasih.

harapan semoga semuanya selamat di bawah lindungan rahmatNYA..
tekad hati, menjaga hati utama kerana ALLAH s.w.t
bukan kerana manusia.

terutama juga menjaga hubungan sesama manusia.
walaupun terkadang ianya perit, namun itulah rencah kehidupan di dunia.
pelbagai ragam manusia yang ada.
pentas utamanya dunia, pelakonnya adalah manusia.

maaf dipinta melukakan hati semua pihak. mungkin watak diri ini merosakkan lakonan pentas ini.
HAHA.

memetik status dari FB seorang HAMBA ALLAH.

Kalau ingin dimaafkan, belajarlah untuk memaafkan.
Kalau ingin dihormati, belajarlah untuk menghormati.
Kalau ingin difahami, belajarlah untuk memahami.

Kalau ingin disedari, belajarlah untuk menyedari.
Kalau ingin disayangi, belajarlah untuk menyayangi.
Kalau ingin dikasihi, belajarlah untuk mengasihi.

Kalau ingin diterima, belajarlah untuk menerima.
Kalau ingin dihargai, belajarlah untuk menghargai.
Kalau ingin disenangi, belajarlah untuk menyenangi.

Bukan orang lain yang perlu berubah mengikut kehendak kita tetapi kitalah yang sebenarnya perlu mengubah diri kita.

Memuaskan hati semua orang itu tidak mudah tetapi berubah untuk memuaskan hati semua orang itu tidak mustahil.

Bak kata pepatah, di mana ada kemahuan di situ pasti ada jalan.

DENGAN IZIN ALLAH, AKAN DIPERMUDAHKAN..
INSYAALLAH SEBAIK-BAIK JANJI..




2 comments:

Unknown said...

be strong..
sgt indah kta2 e2..
ap2 pun pnca dri kita kita kne mlakn dulu klau nk suh org len ikit kita..^_^

Cik Suriati said...

yup, thats right :D

Perubahan itu bermula dari diri sendiri :)