Wednesday, March 26, 2014

#Kiasan Hati.

Gelak tawa ditemani.

Dengan harapan tangis duka juga ditemani.

Terluka rasa dihati pabila kejujuran diragui.

Kepercayaan tidak dihargai.

Jauh di sudut hati tersimpan rapi rasa itu.

Namun dipendam sehingga tidak disedari ianya terluka.

Nekad diri untuk menyimpan rapi.

Di dasar hati.

Usah meletakkan harapan setinggi langit, kerana itulah harapan itu perlu diletakkan pada PENCIPTA dan bukan pada ciptaanNya.

Bukan kecewa bukan juga terkilan.

Desak hatiku lupakan segalanya.

Memaafkan itu memang mudah, namun melupakan itu memang sukar.

Punah segala rasa percaya terhadap dirinya.

Kadang kadang rasa diri terlalu mengalah namun akhirnya tersungkur jua kerna semangat yang terlalu rapuh.

Kelu lidah untuk berkata - kata. 

Kita tidak sehaluan. 







No comments: