Tuesday, June 14, 2011

Nikah Awal vs Nikah Lewat

Bismillahirrahmanirrahim..

Sini nak kongsi cket cerita,
sahabat saya tagged sy dlm FB.

bace taw. bace taw. bace taw.

Mencabar! Sebab…..setiap saat, setiap waktu, setiap hari, setiap detik, anak muda remaja dan belia kita di"bomb" dari segenap penjuru dgn pelbagai bentuk godaan peluru b'pandu yg m'bangkitkan naluri seksual memasing.biasalah bila dah baligh, umur meningkat, takde godaan pun keinginan akan timbul juga secara automatiknya. Maka apetah lagi ada godaan sekeliling kan. Maka secara logiknya, pasti keinginan seksual tu boleh teransang berpuluh lipat kali ganda dan b'laku pada tahap yg lebih awal lagi. tak gitu? Oh, jgn t'kejut budak sekolah rendah pun dah pandai daa...

Metro bebaru ni m'dedahkan kes anak2 b'umur 14 tahun secara senyop2 m'jadikan "hubungan sulit" sbg hobi, dan dgn confidentnye ibu bapa tak tahu-menahu apa yg b'laku. Perkara ni mungkin m'ngejutkan bagi beberapa org yg "innocent". Dengan godaan sana sini. Media sana sini. Internet sana sini. Pergaulan bebas sana sini. No hijab sana sini. Dedah sana sini.

Nah, inilah akibatnya. Keruntuhan akhlak. Keruntuhan moral.

Ni kalau dibiarin, confirm anak muda kita hancur, masyarakat punah, nak bina negara lagi la jauh. Keadaan yg sungguh meruncing, m'bimbangkan, meresahkan. Anda pula bagaimana?

Maka, duk t'menung dan b'pikir: apakah jln terbaik utk selesaikan masalah? Apakah jalan utk selamatkan spiritual anak kita ?(bila b'gelumang dgn dosa, confirm spiritualnya jatuh , cam ni : dush!) dan...apakah jalan terbaik untuk selamatkan masyarakat kita?

Tak boleh nak salahkan ibu bapa yg tak boleh awasi mereka 24 jam, dan tak boleh nak salahkan anak muda semata sbb cabaran yg melampau sana sini…salahkan kerajaan? Oh, itu dah politik, itu lain cerita na, maka tidak akan dibincang di sini okay :)







Maka….alkisah... selepas m'baca buku Islamik sana sini, yg m'bahaskan isu2 semasa, dan cara t'baik utk selamatkan masyarakat dan anak2 muda kita, maka, di sini try summarize dan senaraikan point2 penting:

  • Yang pertama, kahwin awal tu penting, sebab ia menjaga spiritual anak-anak kita dari dikotori

  • Maka, masyarakat harus berusaha m'cari jalan untuk m'bolehkan anak2 muda ini kahwin awal untuk memastikan jiwa dan spiritual anak itu sentiasa bersih. Dan p'kahwinan hanya satu2nya jalan untuk memenuhi keinginan seksual secara sah dan diredhai Allah.

  • Dan Islam memang menggalakkan anak2 muda itu supaya kahwin awal. Kerana Islam itu melihat jiwa anak-anak pasti akan terancam lebih2 lagi dengan godaan yg datang "attack" dari pelbagai arah at the same time. Di dalam Al-Quran, Allah berfirman:
"Dan kahwinkanlah orang-orang yang bujang di antara kamu….Jika mereka miskin, Allah akan memberi kemampuan kepada mereka…" (24:32)

  • Memang benar anak muda diajar untuk berpuasa untuk tahan nafsu, jaga pandangan dan sebagainya, tapi sampai bila? Bukan mudah untuk mengawal keinginan nafsu, dan mereka ini sentiasa berhadapan dgn godaan terus-menerus, setiap detik, setiap ketika, yg boleh m'nyebabkan "nerve breakdown", jiwa t'tekan, anak muda pun susah nak concentrate dlm p'lajaran. Akhirnya tu yg cari jalan belakang, jalan senyap2, jalan sembunyi2 utk memenuhi "keperluan semulajadi" …. -ni yg kita tengah cuba elakkan…
  • Tapi, nak kahwin awal bukan senang. Ibu bapa nak anak-anak habis belajar dulu, pastu misti ader duit, matured mentalitinya, ada kedudukannya, hantaran RM 15000-30000 (tepuk dahi), pastu kewangan untuk anak2 yg bakal lahir lagi, bla, bla. Maka kahwin awal tu macam impossible! impossible!!
Maka, di sini ada disenaraikan beberapa jalan utk m'bantu anak2 muda zaman sekarang kahwin awal , yg pertama:

1. "Kewangan support" dari ibu bapa yg "ada duit". Ibu bapa yg b'kemampuan memang digalakkan supaya support anak-anak ni supaya kahwin awal dan bantu yg mana patut. Kalau Islam itu m'galakkan kita untuk tolong org susah, org miskin, apetah lagi tolong anak sendiri sampai diorang boleh b'dikari, pasti banyak dan melimpah-ruah lagi ganjarannye , x  gitu :)

2. Yang Kedua,  "Komuniti support" . Kiranya kita ada Islamic organisasi yg menyediakan dana utk tolong anak2 ni kahwin awal. Mengikut sejarah , satu ketika seorang lelaki ditangkap dan dibawa ke Sayyidina Ali atas perlakuan yg tidak sopan. Selepas Ali memberikan hukuman yg sepatutnya, beliau mengahwinkan pemuda ini dgn menggunakan kewangan negara. Maka di sini Sayyidina Ali telah m'beri contoh macam mana masyarakat boleh menolong org muda utk b'kahwin

3. Yang ketiga pula ialah, "perkahwinan tanpa beban kewangan". Iaitu si teruna dan dara tu bolehla melaksanakan "aqad" sahaja untuk m'halalkan hubungan. Tetapi diorang boleh tangguh dari buat majlis perkahwinan yg menelan kos tu, mungkin lepas dah habis belajar, dah ade kerja, pastu bila duit dah banyak, barulah buat. No problem. 

    Dan mereka ni  bolela saling berjumpa sebab diorang pun dah nikah. Dan kalau ada keperluan untuk memenuhi "naluri", maka bolela m'amalkan "kaedah kontraseptive" utk "family plan"(dan family plan tak salah dalam islam. Yang salah ialah menggugurkan anak tu.) Maka dengan cara ini dapatlah anak2 muda ini memenuhi keperluan naluri tanpa ada beban kewangan, x gitu? So dapatlah diorang jaga diri dari maksiat, zina, onani dan sbginya….so spiritualnya mantap, study pun boleh concentrate, takdelah duk merana, jiwa tertekan dan sbginya

    4. Yang keempat, diorang buat "aqad"+ majlis perkahwinan, tapi tangguh jugak dari menimang anak, dan hidup with "simple lifestyle". maka dgn cara ni juga, mereka dapat memenuhi naluri memasing, dan dalam masa yg sama beban kewangan tu dapat dielakkan..

    Ya..begitulah…TE..TA..PI, ehem-ehem. Diingatkan di sini, pengawasan ibu bapa, konsultasi dengan ibu bapa sangat-sangatlah penting dan kritikal dalam mengatur perkara ini. Kami langsung tidak menyokong idea si teruna dan si dara buat keputusan sendiri tanpa "input" dari ibu bapa, dan tanpa m'register p'hubungan mereka. Ini adalah penting untuk melindungi reputasi pihak perempuan terutamanya  kalau-kalau perkara yg tak dijangka berlaku la pulak. So ibu bapa mainkan peranan yg penting sesangatttttttttt.

    Sekiranya kita (orang2 tua) m'harapkan anak-anak ni supaya kewangan dia "steady" dulu pastu baru boleh kahwin, maka alamatlah kena tunggu diorang masuk umur 30-an, barulah diorang berduit and kahwin, tapi memang time tu dah korupsi dah jiwanya sana sini…takde keraguan lagi.

    Maka, pabila kita memahami perspective dari sudut pandangan Islam yang m'galakkan perkahwinan awal, maka kita boleh lihat bukan p'kara mustahil bagi pelajar2, untuk berkahwin dan dalam masa yg sama m'neruskan pelajaran mereka, tinggal bersama di rumah ibu bapa, atau satu bilik yg disewa di university (diorang dah kahwin so no prob). Mereka boleh teruskan kehidupan yang sama mudahnya sepertimana kehidupan mereka sbg pelajar..so..begitulah..


    *Tapi hakikat wal makrifat, kalau tak nak anak kahwin awal, maka b'sedialah akan risiko2nya…Eh, ingin selitkan di sini, sesape yg confident dapat kawal diri, maka dipersilakan, takdela awan paksa semua supaya kahwin awal ... Depend on kondisi, situasi jugak kan


    *kahwin awal tu memang digalakkan, TETAPI mental, dan emosional, ilmu jugak, pun kena perlengkapkan jugak ye anak-anak sekalian, kalau takde rasa tanggungjawab, alamat kacau bilau la..…..TAQWA, misti penuh di dada, barulah rumah tangga tu b'cahaya, x gitu(dgn mata yg bersinar-sinar)

    - umo aku 20 tahun ? sesuai ke pk psl hal ni ? hm, maybe belum lagi. sbb belum bebakti pd mak ayh aku -
    - calon ? ade, dlm hati. inshaallah. tp, pegang ijazah dulu oke. pd calon aku, ku amat mencintai kamu. -

    maybe : bloggers or sahabat2 bole beri pandangan ?
    :)

    No comments: