Wednesday, November 23, 2011

kerana mulut santan BINASA !!

Assalamualaikum & selamat pagi.
pagi yang indah ini..
tersenyum sendiri..
^_^
pagi ini kte ada tajuk ini !
kerana mulut, santan jua yang binasa.
silap mulut ?
hurm, 

Lidah dan pena adalah anugerah Allah kepada kita untuk berkomunikasi tetapi sering disalahgunakan untuk mengeluarkan perkataan dan penulisan yang mendatangkan keburukan seperti berdusta, menyebar fitnah dan bermaksud jahat yang membawa menjatuhkan maruah orang lain, apatah lagi kalau sesama Muslim.
Allah telah berfirman yang bermaksud:
"Bukankah Kami telah memberikan kepadanya dua biji mata, lidah dan dua bibir. Dan Kami menunjukkan kepadanya dua jalan (jalan kebajikan dan jalan kejahatan)." Surah al-Balad: ayat 8-10
Apakah di antara kesan tidak menjaga tutur-kata ?
1-Fakta yang tidak betul dan menanggung dosa
2-Perkataan tersebut menebabkan saudara Muslim berkecil hati
3-Ukhuwah di kalangan umat Islam tercalar
4-Menyukarkan usaha-sama di kalangan umat Islam
5-Fitnah boleh menyebabkan perpecahan dan huru-hara
6-Nilai peradaban di kalangan umat Islam terkikis dan akan menyebar-luaskan dosa di kalangan umat
7-Kejayaan dan gembiraan di pihak musuh
Elok kita berhati-hati dalam percakapan atau penulisan sehari-harian. Jika dikhuatiri tidak elok dan mungkin memudaratkan, lebih baik kita berdiam diri. Ini akan mengelakkan diri daripada menanggung dosa dan bagi mengelakkan orang lain terasa hati. Lebih buruk lagi jika ada orang tengah silap mendengar dan kemudian menyebarkannya. Bak kata pepatah ´terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata buruk padahnya´.
Lidah dan pena juga boleh menjadi alat penyebaran fitnah dan mengadu domba yang boleh menyebabkan perpecahan dan huru-hara.
Allah mengingatkan kita dengan firman-Nya dalam surah al-Baqarah ayat 191bermaksud: "Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan."
Kita tidak mahu termasuk di kalangan mereka yang dicelakakan oleh Allah swt sebagaimana maksud firmanNya: "Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat dan pencela."(Surah al-Humazah: 1)
Hanya orang yang berpekerti buruk akan melahirkan perkataan buruk walaupun berwajahkan seorang yang soleh. Orang yang cerdik tidak akan sekali-kali mengeluarkan perkataan buruk (secara sengaja atau telah menjadi tabiatnya) yang secara langsung melambangkan keburukan dirinya sendiri.
Ya Allah, bantulah kami dan umat Islam sekeliannya dalam mendepani ujian kehidupan ini.... Amin Ya Rabb.

No comments: