Saturday, December 17, 2011

' kekasihku '

Petang yang indah.
Matahari seolah-olah mengalirkan cintanya melalui sinar-sinar cahaya perangnya, 
yang menembusi setiap sudut dunia, menyinari setiap ciptaan Ilahi.






Burung-burung menzahirkan cintanya, bertasbih memuji keindahan Yang Maha Indah. 
Pokok-pokok kelihatan seolah-olah tiang-tiang cinta, bersambung ke langit, 
menghubungkannya dengan bumi.


aku berharap engkau mengerti mengapa aku berkelakuan seperti itu.
bukan aku menginginkannya..
tapi engkau yang menyebabkan aku berkelakuan seperti itu..
jika dapat diulang kembali masa lalu,
engkau renungkanlah detik dan saat yang mana kelakuan engkau yang sedikit membuat hati ini tersentak akannya..
aku tidak merasakan itu perlu,
tetapi mengapa harus engkau melakukannya..
aku letih..
aku tahu aku tidak layak dan tiada hak untuk berkata seperti itu..
namun, aku hanya manusia biasa..
yang lemah..
letih menahan..
berikan aku ruang..
berikan aku kesempatan..


aku tidak mampu..
hanya ALLAH yang mengerti maksud hati ini..
teruskan dengan cara hidupmu..
anggaplah aku tidak pernah wujud di dalam diari hidupmu..
buanglah segala kenangan yang pernah tercipta antara kita..
kerna aku bukan _ _ _ _ _ _ _ yang paling baik pernah engkau kenali..
engkau layak dan telah pun mempunyai insan-insan yang setia menemanimu tika duka dan senyummu..

aku harap engkau mengerti..
namun aku keliru, mengapa engkau begitu sukar untuk mengerti waktu dan tika itu..
mengapa harus ada perasaan yang tidak sepatutnya wujud antara kita..
kata-kata engkau menusuk hatiku.
itulah kenyataannya..
maaf jika ianya berterusan..
itu sahaja kemampuan aku..
untuk kembali seperti dulu...
entah..
hanya ALLAH yang lebih tahu..
yang menentukan segala-galanya..



wallahua'alam..
may ALLAH bless you..


No comments: